Aku Keturunan Wali

Kenalkan nama aku Najib (bukan nama sebenar) untuk artikel kali ini aku ingin bercerita kejadian ajaib atau pelik yang berlaku pada aku.

Aku dimaklumkan oleh ibuku bahwa keturunan kami adalah orang baik-baik, dulu pernah aku belajar senarai susur galur moyang aku, nama ke nama.

Dan abang aku maklumkan salah seorang daripada moyang aku ni kemungkinan besar adalah wali Allah.

Bukan aku nak bangga, cuma aku nak bercerita kebaikan daripada keturunan baik baik ini.

Menurut mereka, moyang belah ayah adalah dari keturunan baik manakala dari belah ibu pula biasa-biasa sahaja.

Maksud dari keturunan orang baik adalah atuk dan moyang aku merupakan ustaz, yang mengajarkan agama di kampung. Keturunan aku bukan orang Malaysia, jadi tak perlu cari lah siapa mereka.

Ini antara kebaikan aku pernah dengar, kami di kampung ada satu budaya yaitu kalau maulidur rasul kami akan siapkan satu hamper dan kami akan hadiahkan pada orang lain.

Tukar tukar hadiah, kebiasaan di dalam hamper akan disediakan makanan. Kalau sekarang dalam hamper makanan ada susu tin, ada coklat, ada beras, ada gula dan macam-macam jenis jajan yang lain.

Atuk aku akan letakkan lah makanan sedap sedap dekat hamper tersebut dan dia akan cari ibu tunggal atau janda yang susah.

Dia akan berikan hamper tersebut pada ibu tunggal dan ibu tunggal tersebut akan berikan hamper dia pula kepada atuk aku. Jadi dia dapat bantu ibu tunggal tersebut dengan cara begini.

Hamper makanan ibu tunggal dengan atuk aku jauh bezalah, kalau ibu tunggal mungkin beras sahaja. Tapi atuk aku akan letak daging, sayur, beras dan beri pada ibu tunggal tersebut.

Ok sambung balik cerita, pasal keistimewaan menjadi keturunan orang soleh ni?

Pernah tak anda dengar kisah saidina umar dan anak perempuan penjual susu?

Mak kepada penjual susu nak menipu jual susu dengan tambah air biasa supaya nampak banyak, kebetulan saidina umar lalu di kawasan tersebut dan mendengar perbualan antara ibu dan anak.

Asbab kejujuran anak perempuan, saidina umar meminang perempuan tersebut untuk anak lelaki nya.

Hasil daripada pernikahan tersebut lahirlah cucu yang salah seorangnya menjadi khalifah yaitu Umar Abd Aziz.

Ok tutup disitu, sekarang kita sambung pasal aku dan keluarga aku.

Walaupun atuk dan moyang aku merupakan ustaz tapi ayah dan pakcik aku bukan ustaz.

Tetap sedikit kesolehan tersebut diwarisi oleh ayah dan pakcik aku, dari fizikal nampak mereka rajin ibadat dan ada ilmu ilmu perubatan islam.

Ya ayah aku diberikan sedikit ilmu untuk rawat orang kesurupan atau kerasukan jin.

Sekarang untuk aku pula anak kepada ayah aku, kami sangat berbeza dengan mereka. Lahir dan membesar pun di Malaysia dan di zaman moden ini, jadi kehidupan kami agak bebas.

Cuma yang aku perasan, mungkin ini kelebihan hasil doa daripada moyang.

Contoh kalau aku lambatkan solat, rezeki susah sangat nak masuk.

Projek yang patut menjadi pun, boleh terbatal kalau ringankan bab solat ni.

Setiap kali aku buat onar je terutama bab ibadat, Allah akan balas di dunia. Yaitu rezeki aku akan menjadi sangat susah.

Dekat sinilah aku rasa kelebihan adanya moyang yang soleh dan baik.

Ok, mungkin ramai kot macam aku yang dijauhkan daripada istidraj.

– Najib (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

    • Sy rasa gtu jugak. Sbb sy perhatikan bila sy malas2 sikit nak ibadah mmg mendapat la. Tp bila sy rajin n ikhlas, rasa mudah je hri tu. Tp xtau la kot org lain xrasa gtu.

  1. Assallamualaikum wbt . Jazaakumullahu khairan katsira kerana sudi berkongsi amalan Semua Almarhum ketika hidup,Semoga Allah Taala mengurniakan kita semua Kekuatan utk meneruskan tradisi ya f mulia ini..Benar,Rasulullah SAW suka Dan gemar & suka berbagi manisan Dan menberi hadiah kepada orang.Makanya Maulidur Rasul seharusnya menjadi Bulan bagi menyemarakkan amalan Sunnah Baginda SAW.Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *