Aku, Khai Dan Nadia

Hi semua. Aku Nurul, 40 tahun, suri rumah dan ibu kepada 2 cahaya mata – Myra 6 tahun dan Lyla 2 tahun.

Waktu aku menulis, jam sudah pukul 10 pagi. Aku menulis ketika keseorangan di rumah. Myra dan Lyla di taska masing – masing

Suamiku Khai juga sudah kembali bekerja. Selepas hampir 5 bulan on medical leave – kemalangan kereta dan patah kaki.

Aku dan Khai hampir bercerai sebelum ini, tapi kemalangan Khai menyebabkan kami ketepikan dahulu perkara itu.

Kini Khai sudah sihat. Adakah dia akan terus bersama aku – seperti yang aku minta? Atau bersama aku dan Nadia – seperti yang Khai mahukan? Atau cuma Khai dan Nadia, tiada lagi aku?

Throwback sikit kisah aku dan Khai sebelum adanya Nadia..

Aku berkahwin 7 tahun lalu dengan Khai, yang aku kenal dari tempat kerja yang sama. Kami berdua menjawat jawatan yang sama – engineer, cuma berbeza jabatan sahaja di sebuah kilang MNC yang terletak di utara tanah air – negeri yang MBnya selalu bergaduh dengan PMX

Aku dan Khai hanyalah rakan sekerja. Aku bujang dan dia pun bujang (dibaca: bujang terlajak). Kami tidak pernah bekerja bersama disebabkan berbeza jabatan.

Tapi since kami satu level office yang sama – makanya memang kerap bertembung, cukup sekadar hi dan senyum, tapi dalam diam aku perhatikan dia. Hahaha. Dia saja the only single man di office yang boleh aku stalk tanpa rasa berdosa :)

Aku pendekkan cerita sajalah. Akhirnya kami berkahwin, melalui seorang kawan yang jadi match maker. Alhamdulillah

Memulakan keluarga di usia lewat membuatkan aku dan Khai sentiasa ada perancangan jangka masa panjang untuk keluarga kecil kami.

Kami berdua kahwin lewat, at least sebelum apa2 terjadi pada kami berdua, kami prepare yang sebaiknya until Myra and Lyla

Atas sebab itu, bila sahaja aku disahkan hamil anak kami yang number 2, terus saja kami berdua decide untuk aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Atau other option – kerja yang gaji biasa, dekat dengan rumah tapi I can focus more to family

Khai sudah level assistant manager, gaji sudah lama cecah 5 angka. Makanya aku berkorban kerjaya yang aku suka, supaya Khai boleh focus 100% to work

Myra dihantar ke taska dan tak lama lagi akan memulakan sekolah harian, maka banyak yang kami perlu fikirkan. Sesungguhnya position sekarang yang tiada work-life balance betul2 menguji kehidupan peribadi kami

Skop kerja kami berdua yang kadang2 perlu bekerja sampai malam/ hujung minggu. Rumah pula jauh dari tempat kerja. Setiap hari kami berulang alik lebih kurang 50km. Rumah di Penang sebelah pulau, kerja pula di sebelah tanah besar.

Myra kami hantar ke nurseri yang berdekatan tempat kerja sementara kami bekerja 8-5pm. Kasihan Myra membesar dalam kereta di atas Penang bridge

Aku dari awal memang bercadang untuk berhenti kerja ketika Myra mencecah usia 5 tahun, supaya aku boleh plan mengenai sekolah rendahnya dengan teratur.

Tiba-tiba, pada masa yang sama aku disahkan mengandung anak kedua- without any hesitation, aku plan to resign without cari back up kerja lain

Lapan bulan aku dan Khai selesaikan hutang2 jahat dan other expenses yang mahal – terminate 2/3 credit card kami, setelkan loan kereta H Khai yang balance lagi RM60k. Kereta H aku pula sudah lama habis bayar (maaf, kami berdua kebetulan sama2 bangsa H).

Rumah yang sebelum ni tiada grill, dipasang grill. Dapur yang sebelum ni pakai kabinet ikea, terus pasang built in cabinet. Semua bilik dipasang air cond. Mesin basuh ditukar dari yang biasa kepada washing + dryer. Peti sejuk dari satu pintu kepada 2 pintu.

Setiap bulan aku maksimumkan simpanan tabung haji dan public gold kami. Sebabnya nanti bila aku berhenti, 100% pendapatan hanyalah dari Khai. InsyaAllah masih mampu menyimpan, cuma amountnya nanti pasti akan berkurangan.

Once aku sudah berhenti kerja, Khai masih perlu bayar loan rumah under nama aku manakala rumah Khai disewakan. If penyewa buat perangai, sekurang kurangnya Khai mampu untuk bayar loan kedua dua buah rumah.

Selesai maternity leave 3 bulan, officially aku menjadi suri rumah.

Kepada Khai aku selalu ingatkan, aku tak biasa hidup susah, if dia tak mampu berikan apa yang aku dapat semasa aku bekerja dahulu, just beritahu. Aku akan cari kerja dengan masa yang lebih fleksibel untuk anak anak

Aku kategori muka awam. Tapi untuk memastikan muka aku kekal awam seawamnya, aku tiap2 bulan pergi skin treatment. Scar removal, skin hydration, laser.

Setiap tahun around 10k aku belanjakan. Sudah 5 tahun aku buat treatment ni dan tak mungkin this routine akan stop lepas aku jadi suri rumah.

Khai ok kan saja bila aku minta bayar separuh separuh, tapi at the end dia yang bayarkan semua. Iklan: bila kakak neelofa cakap dia habiskan beratus k untuk cantik, jangan kecam dia, aku akui kos semua tu mahal tapi berbaloi.

Nafkah dari Khai sama seperti sebelum berhenti kerja, boleh aku katakan makan pakai aku cukup sama seperti ketika aku bekerja, tiada yang berubah

Aku hampir2 bekerja di Tesco, bukan sebab tak cukup duit, tapi sebab burn out sebab hari2 terperuk kat rumah. Dari lepas grad aku bekerja, aku sedikit culture shock menjadi suri rumah.

Khai menyelamat. Myra masih dihantar ke taska berdekatan tempat kerja daddynya, maka pagi2 urusan Myra dari bangun tidur hingga ke taska, Khai yang uruskan

Waktu subuh pagi aku masak siap siap. Dibahagikan kepada bekal Khai dan Myra, selebihnya aku habiskan. Petang pukul 6 Khai sudah berada di rumah, kami masak dan uruskan anak bersama. Malam selalunya pukul 8 sudah gelap, hanya tunggu Isyak sebelum tidur

Lyla yang berusia 5 bulan juga kami hantar ke day care 3 hari seminggu bila aku rasa aku nak healing atau untuk kami ‘honeymoon’ tanpa gangguan anak.

Sebelum ada yang kecam, aku hantar Lyla separuh hari sahaja kerana day care Lyla ada sesi playtime dengan kawan2 seusia (basic sosial skill untuk baby)

Akulah isteri yang bertuah, punya suami yang baik dan yang indah indah sahaja terjadi dalam keluarga kami.

Jujur aku cakap, aku tak pernah diuji dengan benda2 yang tak elok. Anak2 sihat tubuh badan, setakat demam yang hanya pergi ke klinik.

Tak pernah pula aku bergaduh besar dengan Khai, setakat merajuk tak bercakap tak lebih sejam. Jujurnya, tak ada benda nak digaduhkan dan tak ada sebab untuk bergaduh

Sebagai anak bongsu, perempuan pula tu – aku akui aku sentiasa ‘panas’. Khai berlawanan, akan sentiasa tenang dan berdiplomasi.

Hidup aku perfect. Sampailah ketika usia Lyla 10 bulan, suatu malam Khai luahkan hasrat untuk berkahwin lagi sekali.

Dunia aku hening, sunyi, otak aku kosong, aku terasa lembik.

Sebenarnya, desas desus mengenai Khai dan Nadia sudah aku tahu kira kira 3 bulan sebelum Khai minta untuk berkahwin lagi

Nadia – bekas tunang Khai semasa mereka berdua di universiti, satu negeri dengan Khai – negeri yang ada 8 orang penduduk.

Kenapa putus tunang? Katanya tiada perasaan cinta. Ditunangkan sebab sama2 jauh dari keluarga di bumi asing. Rancangannya mahu disatukan pada tahun akhir pengajian, namun tidak menjadi kenyataan

Khai berjumpa semula Nadia, seorang full time ejen insurans. Baru berpindah ke Penang, sebelum ini menetap di ibu kota. IG yang dipenuhi post2 melancong ke luar negara, makan pakaian yang cantik cantik, every post is instagrammable.

Pada awalnya, aku yang confront Khai. Aku perasan dia sudah lain. Phone dia sudah tukar password yang aku tidak ketahui. Phone melekat di tangan. Muka sentiasa tersenyum bila memandang phone – senyum yang dahulu untuk aku, tiba2 terasa bukan untuk aku anymore

2 jam aku confront Khai. Aku pilih hari Jumaat, esok Sabtu Khai cuti. If kami gaduh besar, aku cadang nak merajuk balik rumah mak aku, anak2 aku plan tinggal dekat Khai.

Jam 9. Anak anak sudah tidur. Rumah digelapkan. Hanya cahaya dari lampu balkoni. Aku tarik tangan Khai ke meja makan. Tangan Khai yang sejuk dengan mata aku yang bertakung air mata Kami duduk bertentangan.

Aku buka mulut dan satu ayat sahaja keluar – ” Ingat tak janji kita dulu? Anything berlaku, jangan menipu? Air mata aku mengalir seperti empangan yang pecah..

Mungkin atas rasa bersalah atau mungkin kesian. Atau mungkin sebab aku sudah tahu, lancar saja Khai ceritakan semuanya.

Siapa Nadia..

Bagaimana Nadia muncul semula..

Bagaimana rasa cinta yang dulu dinafikan tiba2 muncul kembali..

Apa yang mereka berdua expect from this relationship – hanya berkawan atau mahu berkahwin..

Terdiam aku mendengar. Khai menangis, berkali kali meminta maaf. Dari ceritanya aku simpulkan hubungan mereka serius. Dan dari ceritanya juga, perlahan lahan aku terpaku. Rupanya akulah orang ketiga. Aku tak sepatutnya wujud, perkahwinan aku dan Khai tak sepatutnya berlaku.

Sepertinya Khai hanya pinjaman untuk aku, Nadia sudah kembali. Aku perlu pulangkan semula Khai. Pulangkan kepada yang sepatutnya- Nadia.

Sabtu keesokan hari nya, aku hanya termenung di rumah. Anak2 dibawa berhujung minggu di luar. Of course Khai pelawa aku, tapi aku menolak dengan alasan nak berehat di rumah.

Banyak aku fikirkan. Akan janji2 kami sebagai suami isteri dan juga janji kami sebagai ibu dan daddy kepada Myra dan Lyla.

Sebagai isteri, setiap saat aku inform Khai aku tak rela dimadu. Andai satu hari nanti dia ada orang lain, jujurlah dengan aku. Andai satu hari nanti dia ada orang lain, lepaskanlah aku.

Lepas kejadian malam tu, Khai banyak berdiam tetapi menjadi terpaling function ketika di rumah. Balik kerja awal, anak anak dan kerja rumah dia setel tanpa tangguh keesokan hari.

Ada ke patut, dia pernah mop lantai malam2 pada satu hari bila semua kerja rumah aku setelkan sendiri tanpa bantuan dia. Pinggan kotor makan malam pula aku basuh ketika dia sedang solat Maghrib.

Tempoh bertenang tu aku lalui dengan penuh hati-hati. Melihatkan kelakuan Khai yang sentiasa berada di rumah selepas waktu kerja membuatkan aku sedikit pelik.

Apa dah jadi antara dia dan Nadia? Masih contact seperti biasa atau sudah putus?

Apatah lagi insiden malam Sabtu tu sehabis mungkin aku pasti – mereka serius, dan akan berkahwin.

Aku banyak nak cerita kat sini, tapi aku stop sini saja sebabnya aku perlu keluar untuk mengambil Lyla dari day care.

Banyak yang berlaku sehingga aku pasti satu perkara – Khai memang dijodohkan dengan Nadia, aku tak sepatutnya ada di antara mereka.

Tapi aku masih isteri Khai, masih suri rumah, masih ibu kepada Myra dan Lyla. Cumanya, cinta aku pada Khai seperti sudah mati. Nantilah aku sambung kalau ada yang berminat.

Agak2 sampai bila ya? Mungkin sampai aku mati, selagi Khai, Myra dan Lyla perlukan aku….

Khai perlukan aku untuk apa? dia kan sudah ada Nadia….

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Betul mcm tu jugak la perasaan aku sekarang setelah dimadukan oleh laki aku.. hati aku dah mati.. awal² dia kawen dulu meletup jugak la.. kepala serabut hilang arah tuju.. sampai dah pernah pergi cara kerja.. last2 kesudahannya sekarang aku dah tak heran dah laki aku nk nikah 3 ke 4 ke lantak dia la.. aku nk hidup tenang2.. tapi yang pasti hati aku dah mati dengan dia.. aku dh takde perasaan apa2 pada dia..aku yg dulu seorang yg manja.. skrg dh x lagi dah.. dah berubah 100%.. dulu awal2 dia kawen sikit2 cemburu la apa la.. skrg dah lantak p hang la nak jadi apa.. diri dia skrg Pon tgk makin penat.. ingat seronok ka kawin lain? Makin serabut ada la dpt pulak madu yg cemburu buta.. lagi la.. hang serabut la sorang2 aku nk tenang2 ja lani.. yg pasti hati aku dah xdak perasaan dh kat hang.. ya semua orang cakap dia baik la apa la..tapi aku terluka sebab dia.. dia dpt apa yg dia nak.. tpi dia xdpt nk kembalikan diri aku yg dulu..

  2. Sambung la pelik la laki Dan hidup elok anak kecik lagi .tak cukup sorang nak kahwin lain .kesian anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *