Aku Lagi Ke Yang Salah?

Saya dah berkahwin dan anak nak masuk 2. Saya sebenarnya penat dan tak tahu apa lagi nak buat dengan suami saya.

1. Suami saya tak kerja. Dia jenis tak nak kerja makan gaji. Dia tak suka sebab dia tak boleh terima arahan sangat. Dia dah biasa kerja jadi bos dan business.

Saya tak kisah dia buat business tapi business dia banyak gagal sebab dia tak konsisten atau senang cerita angan2 taik ayam, semangat dan rajin pada awal2 saja selepas tu dia pas kat orang lain. Alasan penat dan lambat.

2. Belanjawan isi rumah 80%-90% saya yang tanggung. Selepas kahwin, kami duduk di rumah saya.

Dari sebelum ada anak sampai anak dah besar 2 tahun, semua dari duit saya. Dia hanya beli pampers atau sesuatu sebab saya suruh. Kalo tak dia tak hulur apa2.

3. Bab duit. Dia sekarang tengah sedap belajar main saham. Modal ada laa ciput tak sampai rm1000. Tak tahu mana dia dapat duit. Dia sekarang jarang stay kat rumah sebab kelas dia kat kawasan mentua saya.

Jadi dia selalu kat sana dan kerap bermalam kat sana. Dia tahu saya ada kemahiran trading cuma tak selalu praktik secara besar-besaran. Sekadar untuk hidup saja.

Dia asyik datang rumah bercerita pasal saham, keuntungan dan modal tak ada. Last2 dia minta saya kembali kepada trading guna modal saya bagi dia modal saham dalam RM5k ke RM10K.

Saya cakap saya tak mampu dan tak ada masa sebab anak masih kecil. Dia tak puas hati. Hampir setiap kali dia balik mesti ulang benda yang sama.

4. S*x. Saya tahu sebagai seorang isteri saya perlu menjalankan tanggungjawab saya tapi saya tak suka cara dia yang nak melakukanya tak kira tempat.

Saya paling tak suka dia buat dan paksa saya bersetubuh depan anak perempuan saya. Saya dah beritahu jangan, dia jawab tak apa, budak kecil tak tau apa2.

Bayangkan saya dan anak tengah sedap melayan TV dia datang terjah. Budak tu terkebil2 tengok. Saya dah tolak banyak kali tak nak, ada anak. Dia masih teruskan. Dalam hati saya pada waktu itu betul2 rasa macam nak minta cerai.

Saya tengah masak kat dapur pun dia boleh datang terjah camtu je. Saya dah bagitahu jangan. Dia buat pekak saja. Saya kadang2 geram saya hayun pisau depan dia suruh berhenti. Anak saya 2 tahun tu jenis ikut kemana saja saya pergi.

Kalo saya ada kat dapur, dia pun ada kat dapur. Saya mandi pun masih bersama dia. Saya tak tahu macam mana nak bagi dia faham jangan buat benda tak senonoh depan anak.

Last2 dia kata saya jual mahal, last bila dapat sedap ok ja. Anak tu kecil lagi bukan tau apa. Biarkan je.

Saya sekarang dalam delima sebab saya tak mampu bagi nasihat dia. Setiap kali saya tegur atau beritahu saya yang disekolahkan macam saya yang salah.

Sekarang kewangan saya makin sorot sebab terpaksa cover belanjawan harian dia sekali. Dari tak ada tunggakan dah ada.

Saya kadang2 fikir kalau macam ini la hidupnya, baik saya bunuh diri sebab terlalu stress. Saya ada depression dan penah beritahu pada dia.

Dia jawab tu semu perasaan mengada-ngada. Selepas itu saya banyak pendamkan diri dan nangis sorang2.

Dia langsung tak fikir dia ada kesilapan dan apa yang dia buat dan keputusan dia sentiasa betul. Kalo salah, dia akan lupakan. Lastly saya yang kena settlekan.

Bila saya dalam keadaan stress saya kadang bertekad nak bercerai setelah 5 tahun selepas ekonomi saya stabil dan mampu sara anak2 saya tanpa dia.

Tapi bila lama2 saya berfikir bukan kan meminta cerai adalah salah. Perkara berulang2 berkali2 setiap masa.

Jadi apakah selamat ini salah saya sebab asyik menolak dan menegur dia. Adakah teguran saya salah?

P/s : mohon maaf jikalau ada ayat atau bahasa yang agak kurang enak atau kasar.

Yang ikhlas,

– Fida, Ibu baru anak nak masuk 2 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *