Kali ni aku lari lagi. Ini kali kedua aku melarikan diri. Lari dari suami (yang aku tak pasti aku sayang atau nafsu semata) dan anak-anak (yang aku sayang tapi aku sering marah kerana suami marah aku dan aku terpaksa tinggalkan kerana suami aku langsung seharian tak pandang apa aku buat untuk mereka).
Aku cuma nak sedikit masa bersendirian. Hidup aku sangat sibuk dan penuh. Aku tahu tindakan ini jahat, derhaka dan tak sepatutnya aku lakukan tapi ini sahaja yang boleh aku lakukan untuk aku kekal waras tanpa menikam anak dan suami aku.
Ya, aku selalu terfikir untuk tamatkan semua ini, tapi selalu waktu solat aku akan berfikir waras dan mencari kewajaran setiap tindakan aku.
Aku sebenarnya untuk tahun ini cuba untuk push diri aku. Tahun ini anak minta berbekal ke sekolah. Berbekal yang aku masak. Aku bukan mak yang hebat, aku tak dapat sediakan makanan berkhasiat tapi aku mampu sediakan seadanya, mostly frozen food yang aku goreng.
Takpa, anak happy. Aku pun happy. Kalau tak sempat masak, aku akan pastikan at least ada sekotak air susu dan roti dalam beg sekolah pagi dan petang, sebab anak kata kadang kala tak sempat pergi kantin, ramai orang. Sedih, anak aku ni kategori yang lembik. Kena buli, kena pau, tak boleh nak lawan kalau orang kacau.
Sekolah unresponsive – cikgu uncontactable, aku belum try guru besar, sebab selagi belum melibatkan nyawa, aku bertabah dan bertahan, ajar anak aku cara self defence dan avoid the problem…
Tapi aku tak tahu sejauh mana emosi dia tercalar… Dan aku tahu.. Emosi dia pun sangat tercalar, pada saat aku melangkah keluar dari rumah tadi.. The only thing yang aku boleh buat doakan dia, which is aku tak tahu makbul tak doa aku sebagai ibu sebab aku sendiri pendosa yang besar.
I survived domestic violance. Aku bertahan pada saat dihempuk, dicekik, ditumbuk. Bodoh, orang kata aku bertahan. Aku survived episod2 suami aku keluar berdua dengan perempuan lain which is dia kata hanya kawan. Aku survived episod anak mati dan suami kata aku punca.
Aku survived episod mengatur anak ke segala mak nenek appointment penyakit kronik dengan denial daripada suami. Aku survived episod suami tak bagi nafkah yang cukup dan episod baling duit ke muka aku bila aku kata nak pinjam sebab nak belikan anak kuih bawa bekal ke sekolah pada saat dompet aku tiada duit sebab mesin atm kata sorry kat aku.
Tapi aku failed, bila suami aku hina aku dari segi moral dan emosi. Aku failed bila suami aku boasted jaga anak-anak ni senang, tak faham kenapa aku merungut membebel. Padahal setiap hari aku yang atur semua. Dia cuma mandikan 2 dari 4 anak dan urus seorang sahaja pergi sekolah.
Rumah aku menggunung kain baju tak dilipat. Rumah aku bersepah toto sebab semua tido bawah, tido atas tak sempat/lambat pergi kerja/sekolah. Kain baju menggunung tak dibasuh, tapi kena basuh, kalau tak anak dan suami tak cukup baju sebab unifom yang ada tak cukup untuk seminggu.
Aku sehari tido dua-4 jam, but still aku tak dapat pastikan rumah aku teratur dan tersusun, sebab laki aku keep cakap aku yang tukang sepah, aku yang punya barang sepah-sepah kat rumah ni. Ya, semua aku salah katanya, dia tak salah, walhal balik rumah, dia hanya tengok telefon tak sudah.
Ya, dia pembersih sangat. Walhal, setokin dia bersepah aku yang kutip. Kadang kalau hujan, sampai keringla setokin kat luar rumah, sebab tak bawa masuk. Dia mandi, sellau aku kutip tuala dan sidai. Dia lepas solat pun, aku yang lipatkan sejadah. Kalau aku tak buat, situlah gamaknya forever.
Ya, aku ni, yang pengotor dan pemalas ni yang basuh tangan baju uniform dia sebab nak hilangkan kesan hitam dan daki. Aku ni yang iron baju dia setiap hari. Tapi aku pemalas. Tu semua bukan kerja. Baju dia, setokin dia ada tiba-tiba.
Aku juga yang p simpan tool box dia yang bersepah, alat gardening, alat mancing aku belikan box, tapi box tu still ada kat kat situ. Aku pasang rak utk organize barang kat stor, aku tunggu je, bila dia nak simpan segala briefcase gadget dia yang bersepah kat tu, tapi dah dua bulan tak kemas, kena tunggu aku juga yang kemas.
Most of the time, at the end, aku juga yang buat. Tapi tetap yang tak guna adalah aku. Rumah bersepah sebab aku. Beliau malas nak kemas, sebab kemas macam mana pun aku yang sepahkan. Itu yang beliau cakap, lihat tudung aku di lantai. Tudung tu di lantai sebab balik2 sahaja ambil anak-anak dari sekolah, sorang terkencing kat lantai, sorang lagi kena ambil ubat.
Korang ingat, aku ada masa nak cara mana barang aku masa angkut berbondong2 beg and baju dari transit setiap hati dengan anak merengek dan menangis bergaduh?
Dia tak rasa semua tu. Dia balik malam, pada saat aku exhausted, kadang tertidur tapi terbangun sebab dia tengah bebel2 kata aku ni semua salah sambil anak aku tuang vitagen atas muka aku. Aku yang salah, kenapa anak boleh minum vitagen tanpa pengawasan.
Mulut. Aku pernah dan selalu cakap dengan dia, dia pukul, aku boleh tahan. Dia keluar dengan perempuan lain, aku boleh tahan. Mulut berlagak dia memang aku tak boleh tahan. Tak puji apa aku buat, takde hal. Tak tolong aku buat house chores, tak apa. Tapi jangan komplen. Jangan berlagak semua benda senang, dan aku ni haprak sebab susah sangat buat benda tu.
So, sebelum aku rasa aku betul-betul nak tikam dia (sebab aku rasa and terfikir nak buat macam tu), aku walked out. Aku tinggalkan anak yang sakit macam tu je dgn dia. Aku cakap kat anak sulong aku, if anything happened, ingat, bapak kau yang cabar aku buat macam ni.
Aku derhaka. Nusyuz. Sebab aku tak tahan dengan my boastful husband. Aku pemalas, sebab rumah bersepah. Aku tak layak untuk rasa penat, walau aku mengajar, mengais rezzeki untuk sama2 dengan dia bayar bil utiliti dan yuran sekolah anak. Aku kena juga buat kerja rumah. Dia bos. Dia kena tengok hp je kat rumah, sebab kat office tak boleh tengok hp.
Aku ni good at nothing, and he is the best.
Kalau ko baca apa aku tulis ni bro (ya, kali ni aku marah sangat sampai berkau aku dengan dia, hilang dah, bi, sayang, i, you), ko fikirlah penat aku, ko fikirlah aku ni layak dihargai atau tidak, selama aku tak balik rumah ni. Aku ingat, anak happy, aaku ppun happy. Rupanya aku tak happy, sebab ada manusia rasa aku tak buat pape dan membebankan di rumah tu.
Sekian, daripada isteri dan mak betung yang tak tahu apa nak buat lagi lepas ni. Stress.
– Si Betung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit