Salam. Aku lelaki. Asal semenanjung tapi aku bekerja di borneo. Dan setiap kali aku ke borneo untuk bekerja, aku dapat rasakan perubahan perasaan dan pemikiran pelahan-lahan.
Dan perubahan ini ada baik dan buruknya, tapi kebanyakkan tak best.
Bila balik di tempat asal, aku rasa seronok. Jumpa mak ayah, saudara mara dan kawan-kawan rapat dari kecil.
Hilang perasaan kosong, bosan dan sentiasa rasa ada benda nak buat dan sembang. Ronda sana dan sini. Tak perlu minum mewah, hanya teh tarik di kedai mamak.
Kisah berita, politik dan media sosial? Orang nak kutuk aku atau orang lain? Malas aku nak ambek port.
Message berjela-jela, malas aku nak baca.
IIUM Confession? Malas juga. Cuma fokus kepada kehidupan sendiri.
Hidup seolah-olah cerah dan masa berjalan pantas.
Tapi bila aku ke Borneo untuk bekerja, bila dah sampai KLIA aku dah start rasa kosong perlahan-lahan. Selepas seminggu biasanya aku akan landing betul-betul ke dalam zon perasan kosong.
Di sini aku ada kawan tapi entah, tak rasa sebest dengan kawan-kawan rapat yang kau kenal sejak kecil.
Dan aku rasa kosong/ sunyi ni yang menjadi masalah utama. Otak aku akan start tercari-cari benda untuk hilangkan kekosongan ini.
Aku start scroll media sosial, tengok youtube dan movie, main game sampai larut malam.
Pemikiran pula mula menjadi negatif. Perasaan risau akan masa hadapan, asyik bertanya apa aku buat disini, bila nak balik, asyik nak marah orang dan diri sendiri, nak dengar lagu-lagu sedih.
Tangan ni plak rajin buka post-post IIUM Confession sebab nak tengok macam mana masalah kehidupan orang lain.
Keadaan jadi parah bila hari cuti. Di sini kurang kesibukan, jadi kau ada banyak masa untuk layan pemikiran-pemikiran negatif ini.
Peliknya, oleh sebab perasaan dan pemikiran ni masuk perlahan-lahan, aku akan rasa normal dengan pemikiran dan emosi ini, dan hanya perasan ‘ini bukan aku’ bila pulang balik ke kampung halaman.
Jadi adakah semuanya negatif? Tak. Walaupon aku dihentam dengan emosi dan pemikiran macam ni, banyak perubahan positif pada diri.
Disebabkan banyak masa dan nak hilangkan kekosongan jiwa ini, aku telah belajar tambah sijil dan skill dalam bidang yang berkaitan, menghargai ibu bapa dan kawan-kawan dan banyak mendalami ilmu agama dan psikologi.
Aku juga sudah buat perancangan kewangan di hari tua.
Pada masa sama aku telah belajar bahawa kota raya ini penuh dengan hiburan dan benda-benda yang tak penting (distraction), yang mencuri masa untuk kita belajar skill yang boleh meningkatkan potensi kita untuk menjadi lebih berjaya.
Sebenarnya ramai diantara kita sebenarnya boleh belajar dan pergi jauh, cuma itulah, banyak sangat distraction.
Sekarang aku faham, hidup ni simple saja sebenarnya. Kita banyak ditipu oleh iklan/ mengejar lifestyle.
Aku sedar juga yang orang yang kuat muncul/ drama/ showoff di media sosial ni, hakikatnya mungkin mereka berbuat demikian sebab mereka rasa kosong dan cuba mengubat kekosongan itu dengan meyakinkan bahawa mereka tengah ‘enjoy’ hidup mereka.
Oleh sebab aku suka baca IIUM Confession, mengingatkan aku bahawa semua orang ada ujian tersendiri.
Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Fokus pada diri dan belajar dari pengalaman orang lain.
Jadi apa point aku tulis kat IIUM Confession ni?
1. Supaya mengingatkan diri. Bila aku start buang masa scroll internet berjam-jam, hati aku sebenarnya dah kosong dan rindu pada keluarga dan kawan-kawan. Ubatnya pada keluarga dan kawan-kawan, bukannya gadget.
2. Kota raya penuh dengan dugaan dan distraction. Jadi awasilah keluarga kita (terutamanya kanak-kanak). Mereka mungkin boleh pergi jauh jika mereka kurang distraction.
3. Aku respect orang yang bekerja jauh dari keluarga dan kawan-kawan sebab sunyi boleh membuat depression. Aku bertuah ada kawan baik dan keluarga yang tidak toxic.
Tak dapat aku nak bayangkan macam mana orang-orang yang tidak bertuah yang tiada sokongan keluarga dan kawan-kawan, dan hidup sorang-sorang.
4. Hidup ini simple. Nafsu saja yang merumitkan kita dengan berbagai-bagai kehendak.
5. Sesiapa yang berkerja berjauhan dan mula tertanya-tanya kenapa korang jadi lemau, tak berternaga, asyik habis masa dengan gadget, banyak fikir bukan-bukan dan rasa kosong; itu mungkin petanda kita kena balik ke tempat asal secepat mungkin.
Harap bermanfaat.
– Zack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit