Assalamualaikum semua. Bila baca tajuk, mesti semua dah boleh agak kan kisah yang aku nak rant ni..
Aku seorang perempuan yang berumur 30an tahun ni.
Aku nak kongsi kisah hidup aku sehingga awal tahun 2025, dimana aku dah lakukan perkara yang membazirkan masa, tenaga, emosi malah wang ringgit.
Korang tahu catfish kan? ya bertahun-tahun aku jadi catfish.
Aku perempuan tapi menyamar jadi seorang lelaki (pakai dp lelaki dan menyamar jadi orang tersebut).
Disebabkan itu, seumur hidup aku tak pernah berkenalan/rapat dengan mana2 lelaki atau bercinta secara real.
Asalnya niat aku jadi catfish sekadar untuk merasa “bercinta”, disebabkan rupa paras aku yang tak seberapa, sangat sukar untuk menarik perhatian mana2 kenalan lelaki.
Maka, aku memilih untuk “pretend” menjadi lelaki dan bercinta dengan perempuan di alam maya.
Apabila bertahun-tahun (lebih dari 6 tahun) menjadi “seorang lelaki” di alam maya (sudah 4-5 kali tukar pasangan),
Aku jadi terbiasa menjadi “provider”, aku belanja partner makan, belikan hadiah (order dari grab, foodpanda atau lalamove).
Sepanjang aku “bercinta” dengan pasangan, tak pernah on call. Aku akan bagi alasan aku tak ready atau tak suka on call.
Dan sekarang, aku sudah sedar semua kesilapan aku, aku stop segalanya & cuba untuk move on.
Tapi tak semudah yang disangka. Aku cuba berkenalan dengan lelaki. Install dating app, tapi aku tak ada perasaan.
Aku tak ada rasa minat nak berkenalan dengan mana2 lelaki sebab aku dah terbiasa jadi “lelaki”. Aku dah terbiasa aku yang mulakan langkah, bukan menunggu partner yang mulakan.
Aku teringin nak bercinta secara real, dating, seperti pasangan2 yang lain.
Tapi aku tak ada keyakinan, aku rasakan aku tak cukup cantik untuk ada pasangan (aku makin montel, muka berjerawat, gigi tak tersusun, unstable financial).
Aku jadi keliru, aku ni lesbian ke, kenapa aku tak minat nak berkenalan atau rapat dengan mana2 lelaki………..
Aku ni lelaki ke perempuan?……………
– Alam Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab ko selalu HINA DIRI SENDIRI sebab tu ko tak dpt menarik aura positif dan jodoh kot.
Org cacat pun ada jodoh.Org gemok pon dpt suami kurus.
Kau x minat lelaki sebab ko takut nanti kena reject kena hina kan?Cuba lah cantikkan diri pakai produk selamat..kuruskan bdn dgn bersenam..gigi tu pakai braces.Zmn skrg cantik boleh buat asal melabur duit
Ko ni takut dgn bayang2 sendiri.Cubalah bina keyakinan diri..p cari kaunseling atau terapi diri utk reset balik otak yg mgkn dah rosak
cantik tue subjektif sistur..ade lelaki rase pmpuan itam idung kembang comel dan ade lelaki ase pmpuan kurus cantek ..dan ade lelaki yg suke pmpuan chubby..so ko x ya nk terlalu merendah dri..klo ko cantek skali pn klo akhlak ke laut ..ade B.O lg mkn bbnyik ko ase lelaki nk accept ke? So jgn narrow minded sgt ya..Kluar dr circle ko n meet people scra physically. Klo economy x stable find a better job..saving n 1/2x a year travel sama ade domestic or international ..x de partner dont worry ko msuk group travel blambak org nk cr partners travel ssma. Ptg2x p briskwalk area uma ko..Kalo weekend free time p hiking mne2x bukit yg bdekatan. Get close to nature n bina hbgn dengan Allah.Kbye
Awak ni perempuan. Berfitrah zahir dan batin perempuan (based on what u wrote). Baguslah tu awak nak berubah, kembali ke dunia yg nyata. Takpa berubah pelan2, being a gugurl again. Face yourself. Be true to yourself, takyah lah nak sembunyi2 lagi di sebalik media social tu. Use your own money on yourself. Its 2025, money can help you to glow up. You just need to know how. Okengg, fighting…
mungkin, selain awak dah insaf, awak pergi lah minta maaf kepada mangsa-mangsa penipuan awak. awak sebenarnya dah memainkan perasaan orang. orang lain pun ada perasaan selain awak. saya bercakap dari sudut mangsa catfish. waktu tu umur saya belasan tahun. naif. ada sorang perempuan ni menyamar jadi mamat lelaki dekat sekolah saya. text saya. konon berminat dengan saya. berbulan saya macam orang bodoh. iya lah, remaja kan? teruja lah ada orang suka. mamat tu pun baik budak nya. tapi ada berlaku peristiwa yang kantoikan penyamaran perempuan tu. saya sangat malu ya. terutama sekali dekat mamat tu. sebab kalau terserempak, saya senyum-senyum macam kucing. mesti dia pelik kenapa saya macam tu. lepas kantoi tu, saya marah perempuan tu melalui telefon sahaja. saya marah kaw-kaw
sejujurnya sehingga hari ini (saya nak masuk umur 30-an), saya masih occasionally berjumpa dengan perempuan itu. sebab dia kenalan. walaupun mulut saya kata saya dah maafkan, tapi hati saya sangat sakit bila terkenangkan apa yang dia buat dekat saya. sebab saya tak tahu apa motif dia. saya tak pernah kacau hidup dia. bergurau? perasaan saya sangat rapuh ya. dan ya, lepas tu memang saya ada trust isu. saya jadi susah nak percaya orang. saya rasa bodoh dan saya rasa mcm ada orang-orang ketawa tengok kebodohan saya.
jadi, selain insaf, cari lah balik mangsa-mangsa awak tu. minta maaf. kami ni mangsa, tak kacau pun hidup orang. orang macam awak yang kacau hidup kami.
sekian,
mangsa catfish.
play stupid games, win stupid prize..
sis, you toyed people’s feeling.. perempuan2 yg you dh aniaya.. ring any bell?