Aku Lelaki, Melihat Lelaki Yang Tak Bersyukur

Artikel kali ini ialah pengalaman hidupku melihat lelaki yang tak bersyukur.

Aku dah biasa bekerja dan hanya kenal rakan sekerja tak lebih dari itu.

Banyak lelaki yang aku jumpa khususnya di tempat kerja tak bersyukur apa yang mereka ada.

Aku single, introvert dan hanya bekerja tapi aku memahami apa itu perhubungan.

Perhubungan itu perlu dua hati yang disatukan tanpa merahsiakan apa-apa.

Ketika aku bekerja di pulau pinang melihat orang lelaki yang gelarannya suami, tunang dan boyfriend tapi ada perempuan lain yang mereka jumpa selalu.

Nak kata muka dia orang handsome taklah. Gemuk, perut boroi dan botak tapi ada awek lain. Nak kata gaji dia orang besar taklah cuma dia orang jurutera dan arkitek yang tinggal serumah denganku rumah sewa.

Ada juga yang bawa balik perempuan masuk bilik dia orang.

Ada yang dah bertunang nak kahwin lagi sebulan tapi masih kekalkan cinta lama dengan awek lama sampai awek lama sanggup datang dari Sabah jumpa dia. Ayat apa dia guna pun tak tahu.

Ayat yang tak boleh blah minta aku jadi penasihat dan tanya padaku, “aku masih sayang dia (awek Sabah) tapi aku nak kahwin dengan tunang yang aku kenal selepas dia”.

Aku hanya mendengar dan jawab “tak tahu. Aku tak ada awek”.

Yang lagi seorang memang kaki perempuan pernah bawa perempuan balik rumah tidur bilik dia. Ini memang aku marah sangat sebab undang-undang rumah sewa tak boleh bawa balik perempuan.

Tapi awek dekat kl dok tunggu dia perempuan berjubah tudung labuh. Nak kahwin dengan orang baik tapi kaki zina.

Tak boleh blah minta aku jadi penasihat dan tanya aku, “aku sekarang ada tiga perempuan yang aku sayang. Dua perempuan aku nak kahwin dengan dia orang. Seorang perempuan lagi aku sayang tapi tak nak kahwin dengan dia aku nak kekal dengan dia”.

Aku jawab balik, “aku tak tahu aku tak ada awek”.

Lepas itu aku dah tak kerja di pulau pinang aku kerja dekat Selangor balik. Kerja tetap tapi kerja biasa je. Dalam 8 tahun kerja dah. Ada juga kenalan rakan kerja sahaja.

Seorang ini ada isteri tapi ada awek janda kenalan omi dah berkasih sayang bagai. Minta nasihat dan pandanganku, “aku kenal janda ini tapi tak nak kahwin”.

Aku jawab, “tak tahu aku tak ada awek”.

Yang seorang lagi ada tunang dan dah ada awek melayu islam kenal di Instagram. Dia bulan 12 ini dah nak kahwin dengan gadis India. Aku pernah jumpa cantik. Apa dia nak lagi?

Pernah minta nasihat aku, “aku bulan 12 ini nak kahwin. Tapi awek melayu ini aku tak boleh tinggal. Aku nak stay dengan dia. Aku Kristian dia Muslim”.

Aku jawab, “aku tak tahu aku tak ada awek. Kalau kau nak perempuan melayu islam kau kena kenal siapa diri dia macam mana. Islam kau tak boleh sayang melalui awek. Cinta manusia ini benda sekejap. Kau ambil Al-Quran kau baca dulu”. Aku cuba offer islam dengan dia.

Aku pernah bercinta, ada awek, putus, hanya jadi tempat perempuan membalas dendam, jadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain dan disia-siakan. Sebab itu aku kurang percaya cinta manusia.

Nafsu dan cinta ialah dua perkara berbeza. Jika cinta hanya perasaan. Jika nafsu hanyalah keinginan syahwat, berdendam dan suka mempergunakan orang lain.

Bertahun-tahun aku tak ada awek tapi aku tak pernah menganiaya perempuan. Aku single sebab takut jadi tempat persinggahan sahaja. Ini ujian bagiku.

Aku bersyukur kerana aku tak tergolong seperti lelaki yang aku lihat selama ini.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Syukur alhamdulillah, yg awk tidak tergolong (& jgn cuba2), dlm kalangan mrk yg ‘curang’ dgn isteri/tunang/kekasih diorng tu.. pokok pangkal nya ‘iman’ yg ada dlm diri.., klaw iman x ckup kuat, silap2 pak aji pon bule ‘terjebak’ dgn bisikan iblis n syaitan.. setan2 ni hanya bule ‘bisik’ je kpd manusia, (sebab depa nk cri ‘geng’ utk masuk neraka dgn depa nt..), yg nk ikut ckp depa tu manusia yg x kuat imannya.. wallahu a’lam

  2. Tula pelik lelaki tak pernah cukup bersyukur kawan aku dah laki orang anak dah 3 bini cantik je tapi mesej gatal pompuan lain menyedihkan.. mungkin memang fitrah lelaki suka kejar perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *