Aku Lelaki Pendosa

Assalamualaikum semua, coretan dari seorang lelaki pendosa. Entah bagaimana pengakhiran nanti. Terasa berat untuk aku ceritakan aib sendiri hidup yang bergelumang dosa.

Sebelum itu biar aku kenalkan diri. nama samaranku Aza, lagi 2 tahun usia aku menginjak 30 tahun. Namun masih terpalit dengan hidup yang penuh noda, bertuhankan nafsu.

Aku belum berkahwin, dan dilahirkan dalam background keluarga yang Alhamdulilah baik dan sempuna kasih sayang. Tapi aku pilih untuk hidup dijalan yang salah.

Banyak kali aku cuba untuk berubah tapi kesudahan nya aku akan melakukan nya berulang2 semula. Tanpa merasa dosa.

Ceritanya begini, sebentar tadi aku ada terbaca sebuah confession “P*rnografi, depresi Dan Rasa Hidup Tidak Bertuhan” (https://iiumc.com/bermulanya-detik-hitam/).

Bila aku terbaca cerita ini, seolah-olah kisah aku sendiri, sebab itu aku terpanggil untuk menceritakan aib aku yang Allah simpan sehingga kini.

Mungkin kalau Keluarga aku tau. Semestinya kecewa sebab lahirkan aku kedunia ni. Ya sebab aku homoseksual atau erti kata lain g4y.

Aku menyukai kaum sejenisku, nabi pun tak akan mengaku umat apatah lagi keluarga dan orang sekeliling aku. Pasti dicemuh dan dihina.

Seingat aku pada usia di bangku sekolah rendah. Aku sudah terjebak. Aku dliwat oleh jiran aku. Ya jiran aku sendiri, yang aku anggap abang sendiri selalu aku panggil abang K. Hubungan itu berlarutan sehingga abang K tamat sekolah.

Dan abang k berpindah ke tempat lain. Terkadang aku cuba untuk mengelak. Tapi aku kalah dengan nafsu. Tak pernah aku cerita dekat keluarga aku sebab aku takut dengan abang K.

Aku sangka hidup aku akan kembali normal tapi aku silap. Sekali aku terlibat dalam dunia ini sulit untuk aku keluar.

Aku mempunyai kawan baik. Aku gelarkan Pit. Pit baik dengan aku. Kami ke kelas mengaji bersama dan bersekolah di sekolah yang sama membuatkan banyak masa kami habiskan bersama dan rumah kami berdekatan.

Keluarga aku pun dah anggap Pit macam keluarga sendiri. Walaupun Pit beza Setahun muda dari aku. Rupanya Pit juga sama seperti abang K.

Hampir Setiap kali selepas balik dari kelas mengaji pasti kami melakukan hubungan jijik dan terlarang ini sampai akhirnya aku melangkah ke sekolah menengah.

Tapi itu dulu. Sekarang kalau berjumpa dengan Pit, aku tak pernah tegur sebab aku malu atas apa yang kami lakukan. Aku merasakan dia pun sama.

Berbalik semula akhirnya aku berpindah masuk ke sekolah menengah dan menetap di Asrama, disini lagi sekali aku diuji di dua tahun aku berjaya untuk tidak terlibat dalam dunia g4y tapi tidak sewaktu di tingkatan tiga aku berkenalan dengan Hanif.

Sebenarnya aku dengan hanif satu sekolah tapi berlainan kelas tapi hanif akhirnya diturunkan kelas dan masuk ke kelas aku. Disini aku mula menjadi rapat dengan hanif. Dan dari menjadi kawan rapat dan Hanif pun masuk Asrama.

Akhirnya aku dan hanif menjadi pasangan g4y (couple) yang berusaha terlihat normal sebab takut kawan2 dan warden hidu hubungan kami.

Hanif la teman aku dari katil sampai la ke kelas mesti korang jijik kan tapi itu lah yang aku buat dan aku lalui disebabkan pilihan aku sendiri.

Lamanya hubungan kami sampai ke tingkatan lima. Sampai akhirnya ayah aku meninggal disaat aku hampir SPM. Disaat down juga la hanif selalu ade dan bagi aku semangat.

Sedih arwah ayah aku, kalau dia tahu anak yang dia sayang dan manjakan akhirnya jadi g4y. Memilih jalan hidup seolah tiada agama.

Hubungan aku dengan Hanif akhirnya seperti lost contact setelah kami tamat SPM. Hanif belajar di kolej di KL dan aku menyambung pelajaran ke tingkatan enam di sekolah lain.

Satu tahun setengah aku berada di tingkatan enam Alhamdulilah aku berjaya untuk tidak terlibat dalam dunia g4y. Aku nekad untuk berubah ke jalan yang lurus memikir bagaimana nanti kalau aku dah tua. Dan tiba tiba mati.

Setelah tamat tingkatan enam, aku terus berkerja. Selama lima tahun di salah satu rangkaian kedai serbaneka 24jam.

Daripada menjadi cashier sampai aku menjadi manager disini aku berkenalan dengan seorang customer aku gelarkan dia abang N. Aku kesiankan abang N dia selalu luah perasaan kat aku selepas dia putus tunang.

Setiap kali aku shift malam pasti abang N datang hantarkan makanan dan teman aku sepanjang malam dengan aku.

Kebaikan abang N akhirnya membawa aku ke dalam pelukan abang N. Tapi tak lama aku melarikan diri N aku berhenti kerja setelah mendapat pekerjaan lain. Dan akhirnya kami lost contact.

Ditempat baru sampai lah sekarang aku berusah terlihat menjadi Normal. Walaupun housemate aku sendiri g4y. Aku berpura tak ambil tahu dan malas ambil tahu.

Aku dapat tahu pun selepas aku check history handphone dia. Tapi hanya aku sahaja yang tahu. Disini aku belajar untuk bercinta dengan perempuan.

Walaupun tak lama dan kerap kali putus cinta dan putus tunang setidaknya aku berusaha untuk kembali normal dan sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila aku hidup bujang mungkin mati rasa.

Ada beberapa kawan perempuan yang meluahkan perasaan tapi aku menolak mereka secara baik sebab aku taknak mereka terseksa bila tahu kisah silam aku, walaupun hati aku sunyi.

Aku tak nak sakitkan hati orang dengan kisah silam aku. Terkadang ada jugak aku terjebak di waktu terluang terdownload apps tak sepatutnya. Terkadang aku uninstall kadang install balik.

Dengan media sosial sekarang pun da berlambak dan mudah jumpa video pelik, bukan mudah untuk aku nak Berubah cuma sekarang jiwa aku terasa Kosong.

Aku berharap korang doakan aku mampu berubah. Dan berjaya tahan diri saja sudah cukup. Walaupun sungguh susah. Sebab sekali terjebak dalam dunia ni akan susah nak keluar sepertinya kecanduan.

Aku malu. Kadang terasa seperti baik aku mati dari terus melakukan dosa. Korang yang membaca pun jijik apatah lagi diri aku sendiri. Aku lihat tubuh aku pun berasa jijik dan hina.

Pernah aku cuba untuk bunuh diri dengan memandu kereta menghadap lori balak sampai akhirnya lori balak membunyikan hon panjang hujungnya aku mengelak dan masuk ke dalam semak.

Bunyinya kelakar tapi ya itu la yang pernah aku lakukan tapi mungkin Tuhan bagi aku peluang untuk bertaubat lagi,

Kadang aku menangis bila kenang apa yang sudah aku lakukan. Aku malu terlihat baik kerana Allah tutup aib aku selama ini.

Tolong doakan aku…

– Aza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *