Aku Lelaki Takut Untuk Berkahwin

Aku lelaki takut untuk berkahwin kerana sumpahan dan aku sendiri akan menamatkan sumpahan itu dengan cara tak berkahwin dan menamatkan keturunanku sendiri.

Aku seorang lelaki yang tak berkahwin dan takut untuk berkahwin. Aku takut berkahwin kerana mak dan arwah ayah aku bercerai.

Mak Long aku bercerai. Mak Ngah aku tak kahwin umur dah 47. Pak Cu aku tak kahwin umur 41. Arwah nenek aku bercerai dengan arwah atuk aku.

Ia seperti satu sumpahan yang terjadi pada keturunan selepas generasi nenek aku.

Salah satu sebab arwah nenek aku pernah melawan cakap arwah moyang wan aku keluar rumah tinggal kampung pergi singapura untuk jadi pelakon sezaman dengan p.ramlee.

Ya, arwah nenek aku berjaya jadi pelakon. Antaranya filem Mata Shaitan dan Pontianak Gua Musang.

Arwah nenek aku juga berkahwin dengan arwah atuk aku orang Singapura merupakan wartawan akhbar dan penulis buku di Singapura pada tahun 1970.

Ceritanya kenapa aku berfikir dan merasakan ia satu sumpahan. Sebab arwah moyang wan aku tak restu perkahwinan arwah nenekku dengan arwah atukku.

Ketika aku kecil semasa aku cuti sekolah tinggal di rumah arwah moyang ku.

Arwah moyang wanku tak suka dengan aku sebab aku cucu arwah nenekku berbanding arwah moyangki aku yang ok dengan aku dan selalu bawa aku makan roti canai dekat kampung bah.

Disebabkan itu aku memilih untuk tak berkahwin supaya aku menamatkan segala sumpahan ini supaya tiada keturunan yang tersakiti.

Aku sendiri akan menamatkan keturunanku…

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *