Aku Lepaskan Dia Untuk Julia

Assalamualaikum. Thank you admin sebab publish confession ni. What I want to share might be typical or dah biasa dengar, but I think I need to share this.

I don’t know how to start but it’s all about why aku batalkan majlis perkahwinan aku sendiri about three weeks before majlis tu berlangsung. Aku kenal Ilyas (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun (2009), sejak zaman sekolah lagi. Dia senior aku dan berkawan baik dengan sepupu aku, Maya (bukan nama sebenar).

Ilyas selalu datang rumah Maya dengan kawan2 kelas yang lain untuk study group dan aku memang rapat dengan Maya sejak kecil and always lepak dekat rumah dia since rumah kitorang dekat je. But one day ditakdirkan aku jumpa Ilyas di rumah Maya dan Ilyas mula berminat nak berkawan dengan aku.

Aku anggap dia macam kawan biasa je sebab jarak umur kami agak jauh (dia 4 tahun lebih tua) dan aku agak kekok untuk berkawan. Tapi sebab Maya selalu cakap dia lelaki yang baik, so aku kawan je mcm biasa. Sampailah Ilyas confess yang dia sukakan aku. And aku selalu jumpa dia kat rumah je. Bukan dekat luar and family aku pun dah kenal Ilyas. Family aku agak strict dalam bab berkawan dengan lelaki ni.

Sampailah dia habis sekolah, kami jarang contact. And I know dia jumpa orang lain dah. Yelah. Bila dah sambung belajar, macam2 orang kau akan jumpa kan. I admit it and aku biar je. Benda dah boleh agak kan. Dan aku tak mengharapkan apa2 dalam hubungan ni. Aku masih muda dan jauh lagi perjalanan.

Dipendekkan cerita, after about 9 years (tahun lepas, 2018), kami ditakdirkan bertemu semula. Ilyas menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku. Dia bekerja di Sarawak dan aku bekerja di Selangor. Lepas dia confess untuk berkahwin, kami balik ke kampung (Johor) pada Disember 2018 dan dia bawa aku berjumpa dengan keluarganya.

Everything went well. Keluarga dia sangat baik dan menerima kehadiran aku. Kami bertunang pada Februari 2019 dan merancang untuk bernikah pada Julai 2019. Semua berjalan dengan baik, sehinggalah sebulan sebelum majlis (Jun 2019), Ilyas buat pengakuan yang dia bertemu dengan orang lain, Julia.

Aku memilih untuk bertenang dahulu, dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Ilyas bercerita pada aku tentang Julia. Mereka berkenalan pada bulan April 2019. Yes, pada bulan puasa waktu itu. Ilyas beritahu bahawa Julia berasal dari Sarawak, bekerja sebagai seorang guru sekolah, dan dia merupakan bekas pelajar sekolah agama.

Aku tanya Ilyas, apa tujuan dia meluahkan semua ni pada aku? Dan dia mengaku yang dia tak dapat nak tinggalkan Julia dan pada masa yang sama dia tak nak lepaskan aku. Sehinggalah aku menyatakan hasrat untuk membatalkan majlis jika benar dia tak mampu meninggalkan Julia. Ilyas mengugut untuk bunuh diri jika aku batalkan majlis. Dan waktu tu aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat.

Aku berhubung sendiri dengan Julia.

Julia mengaku, dia yang cuba dapatkan Ilyas. Dia yang confess pada Ilyas yang dia sukakan Ilyas. Dia juga mengaku bahawa dia yang buat Ilyas ragu-ragu untuk berkahwin dengan aku tetapi Ilyas tetap mahu meneruskan juga perkahwinan kami. J

ulia menyatakan pada aku, bahawa dia akan lepaskan Ilyas tetapi jika Ilyas berani berjumpa dengan walinya, dia akan terima. Dan aku tidak menyatakan apa2. Aku hanya mengiyakan kata2nya.

Julia ada mengatakan bahawa sepanjang bulan Ramadan, mereka selalu bersaing untuk bangun malam dan melakukan solat istikharah. Dan jawapannya as you expected, Julia mimpi Ilyas, dan Ilyas mimpi Julia. Setelah itu, aku bertanya pada Julia, jika itulah jawapannya, kenapa Ilyas masih tak nak lepaskan aku? Jawapannya, sebab KESIAN.

Kesimpulannya, aku kena terima bahawa ada orang lain dalam hati Ilyas dan kemungkinan besar Ilyas akan bernikah dengan Julia setelah dia menikahi aku.

Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan bertemu parents Ilyas yang aku panggil mama dan abah. Aku luahkan segalanya. Aku maklumkan pada keluarga aku juga. Dan mereka meminta aku untuk buat keputusan sebaiknya. Aku bersyukur, keluarga aku tidak memberi tekanan kepada aku.

Walau apa yang dilakukan Ilyas cukup menyakitkan hati, tetapi mereka tetap meminta aku doakan yang baik2 saja buat Ilyas. Mak usu meminta aku untuk istikharah dan sepanjang itu aku tidak berhubung dengan sesiapa untuk mendapatkan jawapan yang sewajarnya selain drpd berbincang dengan keluarga aku serta keluarga Ilyas.

Sehinggalah aku membuat keputusan untuk menangguhkan majlis yang hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Keluarga aku memaklumkan pada keluarga Ilyas. Dan mereka menerima keputusan aku dengan baik walau kami semua terluka dan kecewa. Betapa hancurnya hati mama dan abah atas apa yang terjadi.

Ya. Kenapa terlalu lama masa yang aku ambil untuk buat keputusan? Kerana banyak maruah yang terlibat. Aku perlu fikir apa kesannya jika aku buat keputusan terlalu cepat since kesihatan mama kurang baik sehingga kini. Dan demi kebaikan aku serta yang lain, aku tangguhkan majlis. Dalam erti kata lain, aku batalkan majlis.

Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan keluarga aku dan keluarga Ilyas dalam keadaan baik. Aku masih menziarahi mama dan abah jika aku pulang ke kampung. Aku sudah anggap mereka seperti ibu bapaku sendiri.

Ilyas, sejak abah memberitahu dia yang aku batalkan majlis, dia tak dapat terima keputusan aku dan bertindak mendiamkan diri sehingga kini dan tidak pulang walau untuk bertemu mama dan abah.

Dia menghina aku perempuan yang tidak baik dan tidak menerima semua yang terjadi. Dan menyatakan aku pentingkan diri sendiri. Sampai satu hari Ilyas memberitahu pada aku bahawa dia hanya perlukan masa untuk meninggalkan Julia. Tetapi bukan itu yang dia nyatakan pada awalnya kepada aku.

Untuk Julia, jika awak baca confession ini, saya sudah lepaskan dia. Saya tidak akan berjuang untuk orang yang tidak mahu berjuang. Dia selalu kata awk perempuan yang baik, jadi terimalah dia sebaiknya.

Walau mama abah tidak merestui kalian, itu bukan atas kuasa saya. Saya tidak pernah menyerang awak, instead awak menyerang saya dengan mengatakan saya tak pandai jaga tunang saya. Saya masih simpan semua mesej awak, semua penghinaan yang kalian lemparkan ke atas saya walau pada hakikatnya, maruah saya yang tercalar.

Bukan saya jika awak anggap saya akan menyerang awak. Saya bukan begitu. Jika dia berpaling, saya akan meninggalkan. Keputusan ni berat. Sangat berat, tetapi saya tidak mahu menanggung risiko ditinggalkan suatu hari nnti.

Jodoh itu rahsia Allah. Dan Allah sudah menyelamatkan saya daripada hubungan toxic ini. Saya sayangkan dia. Tak pernah saya tinggalkan namanya dalam setiap doa saya. Tapi bukan dia yang terbaik. Semoga kalian bahagia dunia akhirat. Dan semoga mama dan abah merestui kalian.

Buat ‘orang ketiga’ di luar sana, kalian bukan hanya menghancurkan satu hati, bukan hanya mencalarkan maruah seorang manusia, tetapi kalian telah menghancurkan hati serta mencalarkan maruah setiap insan yang menantikan penyatuan ini.

Sekarang aku dalam process untuk melanjutkan pelajaran. Mohon kalian doakan segala urusan dipermudahkan. Aku yakin dengan hikmah Allah yang indah. Ada yang lebih baik yang Allah persiapkan untuk aku.

Buat kalian yang sedang kecewa, yakinlah dengan rahmat Allah. Jika bukan dia yang terbaik, lepaskanlah. Jangan bersedih terlalu lama, Allah itu ada. Dia maha Melindungi.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan ini. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

– E.L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *