Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-lepaskan-dia-untuk-julia/).
Assalamualaikum. Thank you admin sebab siarkan confession untuk kali keduanya. Allahu Allah. Terlalu banyak komen yang positif di confession yang pertama.
Moga segala doa kalian, Allah makbulkan bukan hanya untuk aku, tetapi untuk kalian juga. Dan semoga sampailah pesanan saya kepada Julia. Medium yang lain sudah di ‘block’, jadi hanya ini saja yang mampu saya lakukan. Aneh, sepatutnya saya yang block awak. Huhu.
Mungkin ada antara pembaca yang mengenali siapa E.L tapi tidak mengapa. Sungguh, aku meletakkan satu ‘standard’ atau prinsip, jika patah hati, jangan terlalu lama menyendiri. Alhamdulillah.. Fasa merintih dan menangis itu sudah berlalu.
Tujuan aku berkongsi pengalaman diri, hanya untuk kita sama2 kutip sedikit sebanyak kekuatan yang Allah hadiahkan untukku. Kerana bagi aku, kekuatan itu bukan seharusnya aku gunakan seorang diri. Tetapi untuk berkongsi dengan kalian yang sedang berjuang mmbina kebahagiaan.
Aku berumur 23 tahun. Orang kata, aku masih terlalu muda untuk lalui ujian sebegini. Tetapi Kun Fayakun. Allah maha Besar kan. Tiada yang mustahil bagiNya.
Soal move on, alhamdulillah, Allah setia bersama aku. Selepas keputusan membatalkan majlis perkahwinan dibuat, Allah beri aku satu rasa ketenangan yang teramat.
Keluarga dan rakan-rakan rapat cukup tahu bagaimana teguh aku berjuang. Merekalah saksi tumpahnya air mata. Dan merekalah yang Allah titipkan menjadi penguat semangat, mengajar aku untuk tidak berdendam dan belajar memaafkan. Cukup positif.
Bohong jika aku tidak merasa sedih. Sedih itu masih ada, aku tidak nafikan itu. Tetapi kesedihan itu bukan keutamaan hidup. Kita hidup bukan semata2 untuk lelaki mahupun perempuan, atau cinta manusia. Kita hidup untuk gapai redha Allah yang maha Penyayang.
Buat kalian yang sedang berjuang, yang sedang diuji, tidak kira apa bentuk ujian sekali pun. Sungguh Allah amat dekat dan hampir dengan kalian. Jadi jangan lah cepat berputus asa.
Soal Ilyas dan Julia, aku sudah tidak berhubung setelah keputusan aku disampaikan kepadanya. Segala tohmahan yang dilemparkan ke atasku, aku syukuri. Moga Allah membalasnya. Aku tidak punya kuasa dan hanya mampu bersangka baik sahaja. Aku mohon doa kalian, moga Allah kuatkan hati dan jiwa mama dan abah. Moga syurga ganjaran untuk mereka.
Julia, saya tidak tahu confession ini sampai kepada awak ataupun tidak. Sy memilih medium ini untuk sampaikan. Kami semua disini menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka walaupun terluka. Bukan niat saya untuk memburukkan institusi guru dan masyarakat sarawak. Tetapi itulah hint untuk sampaikan perkara ini kepada awak.
Perlu awak tahu, maruah kami mmg tercalar. Keluarga saya, keluarga dia, kami menanggung malu disini. Sy sendiri melihat keadaan keluarga Ilyas yang terlampau kecewa dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Hancurnya hati seorang ibu, dan luluhnya jiwa seorang ayah, yang sentiasa menghitung hari menanti hari bahagia anak mereka.
Byk hal yang terpaksa kami batalkan di saat akhir. Terima kasih kerana melalui awak, saya terlepas dari hubungan yang penuh tipu daya. Dan keputusan yang dibuat, bkn hanya untuk diri saya sendiri. Tetapi demi maruah dan harga diri keluarga saya juga. Jgn risau, Julia. Hanya saya saja yang tahu siapa awak, ahli keluarga saya yang lain tidak tahu. Melihat gambar awak pun tidak pernah.
Tiada seorg pun drpd kami menyerang awak, Julia. Tiada seorang pun dari ahli keluarga saya menyerang Ilyas. Malah mereka sentiasa menasihati saya untuk memaafkan segala perbuatan kalian. Dgn harapan Allah meredhai langkah kami. Jadi, bersyukurlah. Kami tidak ambil sebarang tindakan disini. Walau berpeluang untuk itu. Tapi untuk apa saya mmbuang masa?
Satu permintaan saya, dan saya ingin tegaskan, saya tidak memberi sebarang hak kepada awak dan Ilyas untuk bersuara menentang saya serta keluarga saya, serta kalian tidak punya hak mempersoalkan tindakan saya.
Selain daripada mohon maaf, bukan pada saya, tetapi pada hati2 yang hancur itu. Kalian bersalah, so act like one. Cukup. Tiada permohonan maaf juga tidak mengapa. Cukup kalian diam sahaja. Anggaplah itu sebagai bayaran atas segala yang terjadi.
Soal menziarahi keluarga Ilyas, aku bukanlah tidak move on lagi. Huhu. Hanya sekadar ziarah kerana sudah saling mengenali. Tetapi tidak sekerap dahulu. Aku tahu batasnya bagaimana.
Bagaimana aku move on, hanya satu saja yang dapat mengubat hati iaitu Taubat. Allah maha Setia. Jadi berdoalah, moga Allah pautkan kesetiaan kita hanya padaNya. Kita doakan yang baik2 saja buat mereka. Kerana kita sendiri tidak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. Syurga itu mahal, sebab tu kita perlu sabar dan solat. Minta petunjukNya.
Buat lelaki dan wanita yang lain, dalam perhubungan, letaklah prinsip atau pegangan, standard. Jika dia berpaling, maka lepaskanlah. Jika benar sayang, mengapa harus ada yang kedua? Aku yakin, kita semua tidak sanggup untuk menghabiskan sisa hidup dengan org yang hatinya berpaut pd yang lain, bukan?
Jadi berbahagialah dibumi Allah ini. Allah ada, sudah ada yang terbaik yang Dia siapkan. Ingat, jangan bersedih terlalu lama. Sujudlah padaNya.
“Jangan berjuang untuk orang yang tidak mahu berjuang.”
Ramai suka quote ni kan?
Buat jiwa2 yang hancur patah,
Andai kau rebah tertunduk, kau tunduklah pada yang Satu.
Semoga Allah tetapkan hati kita pada jalan iman dan Islam.
Semoga kita bertemu di syurgaNya kelak.
Aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan penyampaianku.
– E.L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit