Aku Loser Dimata Orang Ramai

Luahan aku kali ini ialah tentang aku loser di mata orang ramai.

Aku ialah lelaki loser di mata orang ramai.

Ramai yang menyatakan aku loser kerana single tiada awek, cinta, kahwin dan hanya ada motor 150cc yang bunyi kadang-kadang rosak sekejap.

Hidup introvert, jadi bujang, keluar makan seorang diri dan tengok wayang seorang diri.

Kau orang boleh lihat aku di luar sana begitu sahaja hidupnya itu.

Walaupun aku loser di mata orang ramai tapi aku spend time duit aku pergi travel 3 buah negara Indonesia, Thailand  dan Vietnam. Aku dah naik flight 6 kali.

Aku tak ada hutang kereta dan motor besar macam orang lain. Cuma aku ada sedikit komitmen seperti bayar bil elektrik,air dan rumah. Belanja dapur pun ada.

Internet? Aku tak ambil sebab ia bukan keperluan aku masih pakai top-up dan prepaid. Buat apa aku nak sakitkan duit poket aku? Biar aku ada saving sikit janji happy tak berhutang.

Aku ada bayar medical card. Mana tahu sakit jatuh tiba-tiba.

Walaupun aku macam itu tapi aku boleh buat saving bulanan aku ialah RM1000. Tak pun paling kurang RM500.

Dalam ASB aku ada RM10,000, Tabung Haji ada RM5,000 dan ada emas fizikal RM5,000.

Aku pernah bercinta berkali-kali dan mendapat rejection banyak kali.

Pernah aku pergi rumah seorang awek nak jemput dia naik motor 150cc aku yang berbunyi. Hari ini jumpa esok kena reject terus dia ghost aku buat tak tahu.

Cuma aku terasa loser sebab banyak berseorangan dan tak ada kawan. Yang ada kawan rakan sekerja tapi tak boleh melebih sebab kau faham kan tempat kerja.

Aku sekarang fokus saving RM3000 untuk buat backup plan aku nak ke JB kerja dekat Singapore  pula.

Aku ialah loser di mata orang ramai.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. aku tak nampak kau ni loser bro…..kau dapat pergi travel, beli motor, good financial planning tu kira alhamdulillah dah tu. Jadi single itu premium bro bersyukurlah apa yg ada sekarang ni lagi berbaloi….self love lebih baik😎
    percayalah org lain confirm jeles nak jadi mcm bro…. setiap kali kau rasa loser kau ingat Allah sahaja tahu apa yang berlaku dalam hidup bro… teruskan hidup simple tapi happy happy gitu

  2. bagus seorang mat motor yang ada simpanan. Teruskan mennyimpan sebab hidup ini keras mat. semoga bertemu jodoh dengan wanita yang menghargai diri mu.

  3. Cari hobi brother. Pergi keluar cuba benda baru. Hiking, pergi gym, join kuliah kt masjid ker.. join kelas bahasa, join usrah ke..jadi volunteer ker..secara tak langsung you will socialise with others. Mana tau jumpa jodoh sekali.

    Jgn pernah rasa diri sendiri looser. Dari pembacaan saya.. You know how to organize your life. Ada saving. Ada backup plan. Tak ada susahkan org. Wow I wish I had your life too. Semoga istiqamah. Yg dok kata you looser tu.. abaikan. Its their lost. Tin kosong mmg bunyi kuat. Org mcm tu tak luak pun jadi member kita. Instead of kita jadi lah diam2 ubi berisi. Stay strong and keep moving forward ya 💪

  4. biasala tu bang oit, xde ongkos, org xpandang pun kau, ada ongkos, smue bnde ko boleh dapat, tinggal pilih je

  5. kau tak loser. bagi aku, kau dah ok. simpanan ada. kerja ada, melancong apa semua. medical card ada. bab takda kawan tu biasa ja.. dah sempurna tu. cuma nak pesan, zaman sekarang ni dah semakin mengarut. walaupun kau dah kena reject dengan awek berkali -kali, jangan sekalipun kau berubah jadi gay. Itu loser sebenar.

  6. kalau sy pun reject , zaman skrg tak valid dah susah sama2.
    nak ada pasangan kena tunjuk apa yg u ada , kalau tunjuk motor buruk mmg bye bye la.
    zaman skrg keras bro..taknak ada pasangan , simpan je la duit banyak2..jgn salahkan perempuan pulak sbb memilih..kalau perempuan tak memilih , silap2 merana hidup.

  7. Slm bro.. kita lbh krg sama je, cuma bezanya mngkin aq dah berumor.. hidup x kisah org, pkai kreta kecik dan xde sapa tahu tentang simpanan aq, sbb aq tak suka mnunjuk2, x suka pkai brg2 kemas mcm gelang, cincin suma tu, tp ada kepingan2 emas utk buat ‘saving’ n kegunaan klaw2 aq ‘terdesak’ wang ke, mne tau.. hidup xde sapa nk kcau, msih mnyewa (setidak2nya masih ada org yg cari aq, klaw x byr sewa ke.. na’uzubillah), aq bule g tengok wyang sorang2, g shopping sorang, nk beli apa2, ok je.., pon begitu aq x suka berbelanja mewah, klau bule beli utk kperluan shj, harga pon yg bole berjimat, asalkan ia selesa utk aq.. kdg2 lbh bhagia begini, takde sapa yg kacau.. doakn aq dpt prgi haji thn dpn ke, yg tu mmg aq ‘aim’ pakej yg selesa, walau pon kna byr lebih.., cukup la stakat Allah yg ‘pandang’ kita, walau org lain x pandang pon.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *