Assalamu’alaikum admin & semua pembaca. Saya Min, late 40s. Min nak share kisah Min yang lewat menyedari kesilapan Min. Mana tahu boleh jadi panduan adik2, anak2 yang mengikuti ruangan ini.
Min dibesarkan dalam sekitaran toxic, keluarga berantakan, parent abusive & in constant crises. Senang cerita, menginjak dewasa, Min banyak berdikari, pandailah hidup sendiri.
Min berjodoh sebaik grad & selepas beberapa anak, dikhianati suami pula. Ringkasnya – bila suami susah, isteri berkorban, bila suami senang, isteri terkorban. Bukan tak nak cerita lagi, tapi banyak sangat dah dalam confession sekitar kisah lebih kurang sama.
Dua kali & dalam dua fasa berbeza dizalimi oleh mereka yang sepatutnya menyayangi & membela kita membuatkan Min bitter. Min tak sedar Min berubah throughout the years.
Min bercakap penuh sindiran. Min tak berpuas hati selalu. Min marah dengan sekeliling. Sebenarnya ia resentment yang Min tak dapat lepaskan kepada orang yang dituju. Bagai membakar kelambu, jiwa ini menuntut keadilan & pengiktirafan dengan penuh keliru.
Akhirnya ia memakan diri Min sendiri. Min hilang identiti, hilang kawan, hilang ketenangan, hilang macam2. Selepas 2 orang beritahu betapa lainnya Min dulu, Min mula sedar.. tersingkap satu persatu di kala PKP yang banyak mengurung kita.
Ketika itu, Min umpama dikejut dari satu mimpi ngeri, ditampar terjaga, dipaksa bangun berdiri. Suddenly Min realize – Allahuakbar! aku yang sabotaj diri sendiri for so many miserable years !! YaTuhan, Astaghfirullah…aku tak aware langsung selama ni..
Min lihat gambar2 lama yang dikongsi dalam FB oleh sahabat2 yang social platform nya tiba2 over aktif ketika pandemic. Min begitu ceria dulu.
Dari sekolah rendah hingga menengah sampai ke Menara Grading. Min cemerlang akademik & di asrama premier, Min aktif & berjawatan. Di Uni, Min menyerlah dengan aktiviti pementasan.
Min antara yang digelar beauty with brain. Namun Min jaga diri, jaga aurat, tidak clubbing & berazam tiada lelaki lain yang menyentuh Min kecuali suami Min.
Menjadi gadis rebutan, jelas terpancar raut yakin masa depan yang cerah kerana Min pilih yang terbaik agamanya di kalangan peminat Min.
Terbayang menyulam bahagia setelah Min bagai hidup sebatang kara dengan family yang selalu treat kita seperti worthless. Min buka album yang berhabuk, begitu lah portrait Min di kala Konvo & hari pernikahan. Wajah Min penuh cahaya cinta. Mata bersinar, gigi berkilau.
Panas tak sampai ptg, alangkah sedihnya melihat.. lama kelamaan wajah-wajah Min semakin sugul, berkerut, tiada lagi unsur cahaya itu. Min bagai dimamah usia. Min bagai tak minat lagi berada di dunia. Rupa tak manis lagi, kata-kata pun sering tajam sekali.
Mentempiaskan kesakitan hati kepada orang yang tak berkenaan, tak kira siapa yang lalu lalang, menyebabkan orang keliru apa yang Min mahukan. Ada yang tanya – Min nak marahkan siapa sebenarnya. Itu kira baik..ada yang tuduh Min negative, ada yang kata paranoid, macam2 lah.
Umpama bengang dengan bapak, anak yang jadi mangsa, begitu lah yang berlaku di Pejabat, di rumah, kejiranan, di kalangan kawan atau di mana sahaja. Siapa yang tak terlepas dengan Min, asal triggered, Min sound terus pdhal topiknya umum. Langsung orang akan terdiam.
When your company is no longer pleasant, people start leaving you, physically, virtually. And I kept exiting WA groups too. One by one, I lost them. Some are very dear friends. Some are relatives. Jiran beberapa. Hanya kerana manusia 2-3 kerat yang jadi puncanya.
Dulu aku salahkan mereka kerana hancur kan hati aku, musnahkan hidup aku. Langsung aku tak perasan aku rosakkan diri sendiri dengan perangai anginku sampai di bank, Klinik, airport, sekolah anak, stesen minyak, restoran, surau, kedai dan merata, ada je tak kena.
YaAllah.. aku malu, aku kalah dengan ujian mu.. semoga aku tak terlalu lewat untuk kembali kepada aku yang dulu. Aku yang mencintai kehidupan, aku yang menghargai peluang, aku yang disenangi ramai.. aku tercari2 orang itu.
Aku kini sedar yang Allah menguji hambaNya untuk melihat siapa yang bertakwa.
Aku tak sabar, aku tak redho, aku lupa tentang takdir, aku tak ingat nak husnuzon maka aku tak istiqomah dengan kebaikan aku.. aku bangkit ungkit semuanya sehingga mereka rimas. Hingga anak2 pun terjejas.
Mak bukan tak sayang korang tapi Mak penat pendam. Di kalangan ramai yang ingin memiliki diri ini, Mak beri cinta kepada Abah kamu.. tapi dia yang terpilih itu membalas pengorbanan Mak dengan mengabaikan Mak. Rasa sungguh teraniaya & diperalatkan sahaja.
Tak dapat Mak nak gambar kan kekecewaannya sedangkan Mak anggap perkahwinan itu, keluarga kita, adalah peluang kedua untuk Mak bahagia kerana Mak tidak merasainya daripada kecil seperti rakan lain.
Sungguh kejam mereka yang menyakitiku padahal aku hanya nak menumpang kasih.
Masa tak boleh diputar kembali tapi andai ia berlaku, aku akan capsulate individu2 perosak itu dan tak associate mereka dengan orang lain atau environment lain agar aku terus boleh berinteraksi dengan seluruh dunia seperti aku yang asal, aku yang asli.
Min nasihatkan semua, peka dengan perbuatan & kata2 kita. Don’t drag others into your battle. They are not at war with you.
Traumatized victims selalu begitu, merasakan the world is against them. Padahal isunya hanyalah dengan orang tertentu tapi nanti kita sibuk berdebat dengan semua yang kita bertemu.
Moga kesampaian maksud Min.
Pembaca budiman, pls doakan Min terus senyum & pulih kembali ye.. Nak muda kembali dah mission impossible.. tapi bila Min start revive my sense of humor, grateful for every second, happy for every human being, Min rasa aura muda tu meresapi kembali.
Anak2 pun kata kita tak moody & overthinking lagi, di office pun anak buah kata puan sekarang easy going. Bila jumpa dengan kawan lama, lebih banyak kukik daripada meluah ketidak puasan hati. My social circle dah mengecik sangat, biarlah cipta moments yang indah sahaja.
Tak dinafikan, ada yang Min cuba dekati tapi mereka nampak hati2, mungkin mereka tak feel safe sbb khuatir Min sentap lagi & wujud suasana tak harmoni seperti sebelum ini.
Sedih, tapi Min tahu I can’t change their mind that I have changed. Itu kerja Allah. Allah yang pegang hati orang.
Min masih ada kekesalan, tertanya kenapa lah aku bertindak begitu, atau mengapalah aku tidak bertindak begini. Bila timbul, cepat2 Min tell my own mind & heart – teruslah berjuang Tasmin! Be contented & let go of your past!
Terima kasih kepada yang sudi menyiar, sudi membaca sampai tamat..
& paling utama thank you Allah kerana tanpa doktor, tanpa ubatan, akhirnya luka dalam & duka panjang Min terawat jua.. hingga Min mampu berkongsi di sini journey Min bangkit & berjumpa kembali diri Min yang telah Min lupakan.
P/s – I don’t think I am too old to be healed, and I don’t think it’s too late to recover my real character & true personality.. so yang muda mudi…
jangan, tolong jangan biar marah & dendam lara terlalu lama menguasai diri hingga punah kebahagiaan yang anda layak kecapi.
– TASMIN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit