Aku Maafkan, Tapi Aku Tak Lupa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-maafkan-tapi-aku-tak-lupa/).

Assalamualaikum semua, aku sambung kembali coretan terdahulu.. kali ini kisah aku boleh dijadikan pengajaran dan bukti bahawa Allah itu Maha Adil dan benar apa yang kita rancang tidak sebaik apa yang Allah rancang.

Kata kata A buat aku terpaku. Aku tersedar dari mimpi yang lelaki itu benar benar sudah tidak inginkan aku sehingga dia begitu yakin dia tidak akan bahagia dengan aku. Seolah segala kasih sayang selama ini bagai tiada makna.

Hubungan suami isteri yang 4 tahun ini, kasih sayang, usaha dan penungguan aku selama hampir 4 tahun ini dipandang hina oleh A.

Dengan nada yang begitu menyakitkan untuk aku dengar.. zapp… terasa datang satu perasaan yang tiba tiba buat aku kuat untuk lepaskan lelaki ini.

Lelaki yang selama ini aku junjung dan sayang sepenuh hati. Yang aku fikir aku akan mati tanpanya.. akhirnya aku bebaskan diri aku.

Takdir Allah,,.. saat hati aku kosong dan sakit dengan apa yang terjadi. Allah masih sayang aku.. Hadir lelaki yang kini suamiku sebagai penyembuh luka dihati. Dia tahu segalanya tentang statusku.

Namun masih sudi menjadikan aku sebagai isteri dan menyayangi aku seperti permaisuri.

Jujur semuanya berlaku dalam masa singkat menyebabkan aku rasa hidup dalam mimpi. Lama untuk aku sedar yang ini adalah realiti bukan kisah yang ditulis penulis novel.

Takdir Allah,.. A juga berjumpa pasangan baru dan menikahinya selepas 4 bulan aku berkahwin.

Oh ya, aku yang galakkan dia berkahwin supaya masing masing boleh bahagia. Yelah aku dah kahwin jadi tak salah dia pun ada kehidupan sendiri. tapi terkejut juga sebab masa singkat A mampu berkahwin.

Sedangkan dengan aku pelbagai alasan yang dia berikan. Mungkin dia cantik kurus, dia kerjaya hebat dan mungkin dia juga punya kenderaan oleh itu mudah untuk kau merancang perkahwinan dengannya.

Sedangkan dengan aku dulu banyak kurangnya.. gemuk, kerja biasa dan tiada harta.. maka layaknya aku menunggu bertahun lamanya tersakiti..

Aku redha dengan apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang Allah dah susunkan untuk aku.

Dan aku juga sudah lama maafkan A dan aku fikirkan aku terima segala apa yang terjadi. . tapi kini aku kembali gemuk (sebab pregnant dulu), Kenangan yang A berikan dulu triggered perasaan aku.

Kini aku rasa takut.. sentiasa menangis diam takut aku akan kehilangan suami aku kini kerana aku gemuk.. aku trauma dengan apa yang terjadi. Terfikir perkara yang negatif dan melemahkan diri..

Kata kata untuk A, sebaik mana pun kau kini sebagai suami dia.. tetap kau lelaki paling teruk dalam hidup aku.

Kini hari hari aku berdoa supaya aku sentiasa maafkan kau atas apa yang terjadi. Aku taknak jadi pendendam tapi nak melupakan sama sekali tidak atas pengalaman hidup yang kau bagi.

Untuk isteri A, awak baik dan sangat baik. Maafkan saya andai awak baca luahan saya. Saya ingat kita boleh berkawan tapi saya lupa saya manusia biasa.

Rupanya hati saya sentiasa berbolak balik untuk memaafkan A. Mungkin sebab awak jodoh hakikinya, maka Allah jadikan dia lelaki terbaik untuk awak.

Pengajaran hidup aku, jangan belakangkan ibubapa walaupun seteruk mana kau dilukakan oleh mereka. Allah balas cash atas dunia. Kedua, jangan terlalu sayang pada manusia kerana manusia ini hatinya berbolak balik.

Ketiga, Allah dah susun kisah yang lebih baik untuk kita, maka kita perlu sentiasa redha dan bersangka baik dengan perancangan Allah.

Itu sahaja dari aku, sekarang ni aku dalam proses nak kurus balik, suami tak kisah gemuk tapi sebab aku sendiri nak, aku dah sedar banyak kebaikan kalau kurus. Doakan aku kuat ye lawan perasaan negatif ini. Bye bye.

– Nzahra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *