Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-maafkan-tapi-aku-tak-lupa/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-maafkan-tapi-aku-tak-lupa-ii/).
Assalamualaikum semua, berkenaan apa yang aku kongsikan. Benar, bagi aku hubungan yang dulu tidak diberkati kerana kami menipu ibubapa kami sendiri dan meletakkan kepercayaan pada orang yang baru kenal.
Tapi kerana dulu kami bodoh, umur masih muda jadi kami berfikiran singkat dan melakukan hal yang tidak wajar sebegini.
Alhamdulillah sebelum aku kahwin dengan suami aku kini. Allah bagi aku kesedaran tentang kefahaman status aku maka aku berterus terang dengan abah tentang apa yang aku sembunyikan.
Sebelum ni aku fikir padan muka abah sebab aku jadi begini punca dari penceraian abah dan mama. Tapi saat aku lihat betapa kecewanya abah namun masih sudi menerima kesilapan aku.
Aku menyesal dan menangis kerana sanggup menipu abah mama begitu lama. Jadi semua jangan risau, aku kahwin dengan suami dan abah aku tahu status aku sebenar.
Dan A, dia tak jahat tapi aku bukan terbaik untuk dia. Kerana itu Allah pisahkan kami. Dan Allah bagi dia pasangan yang terbaik untuk dia.
Dan A bukan terbaik untuk aku sebab itu aku jumpa suami aku kini. InsyaAllah moga kali ini hubungan ini berkekalan hingga syurgaNya.
Dan aku juga sedar, apa yang jadi adalah pilihan aku dulu dan takdir hidup aku. Sebab itu aku maafkan dia.
Cuma aku terkilan aku seolah olah kabur dalam punca kenapa A bersikap begitu pada aku. Biarlah dia, mungkin aku yang punca segalanya.
Kesimpulannya semua ini hanya satu pengajaran dan hikmah dari Allah. Setiap orang ada kisah tersendiri dan ini kisah aku yang aku akan tanam sedalamnya.
Terima kasih semua yang memberi komen positif. Kisah aku panjang mana mungkin aku mampu singkatkan dengan sedikit penulisan. Tapi sekadar luahan aku tanpa sesiapa tahu.
– Nzahra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit