Aku mahu hidup

Slm. Aku nak confess tentang apa yg aku rasa sekarang. Pukul 3 pagi, aku x boleh tidur, dan aku sedang menangis tanpa sebab. Tiba2 je aku rasa down dan sedih. Tapi ni benda biasa, terutama kalau aku duk sorang. Setiap hari aku struggle lawan rasa nak mati. Aku x boleh nak cerita benda ni kat orang lain, setiap orang pun ada battle dia sendiri. Kalau cerita pun, orang yang tak alami tak akan faham. Paling kurang, dia akn cakap mesti ada punca kenapa kau sedih, dekatkan diri dengan Allah, solatla, bacalah quran, jumpa orang, pegi bersukan. Aku dah cuba, tapi kejap je aku ok.
.
Aku penat macam ni. Aku penat dengan hidup ni. Hidup ni xde apa2. Aku tak faham kenapa kita perlu hidup. Kat sini kosong. Roh aku rasa dh hilang. Aku selalu fikir nak bunuh diri, bila ada kat bangunan tinggi, otak aku automatik akan cakap terjun, terjun, terjun. Aku sendiri takut dengan apa yang aku fikir. Aku tak tahu aku boleh fight sampai bila.
.
Life aku ok sebenarnya. Tak sepatutnya aku depress. Dan aku cukup sedar ada manusia yang hidup lagi susah dari aku.. Bezanya diorang masih nk hidup, dn setiap hari berusaha untuk hidup. Aku? Setiap hari aku mahu mati.
Sekarang aku cuba nak selamatkan diri, boleh tak aku nak mintak bantuan korang?
Boleh tak korang sedekahkan al-fatihah untuk aku. Utk hati aku. Supaya aku kuat dan punya keinginan untuk hidup. Aku sangat2 perlukan nya. Hanya Tuhan yang boleh balas sedekah korang…Terima kasih.

– R

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *