Aku mahu hidup 2

Ramai yang hairan kenapa orang boleh depressed. Tapi benda ni, x ada orang yang nak minta untuk ada. Bersyukurla kalau kau x pernah ada rasa ni. Stress biasa2 x apa, atleast kau masih boleh bangun untuk nikmati hidup.
.
T, aku x tau nak comfort kau macam mana. Tapi aku nak bagitau, you are not alone, hang in there. Bertahan selagi kau boleh, bila kau sedang menangis, kau mungkin tahan bunyi supaya tak ada orang dengar atau sampai jadi raungan, kau juga mungkin tak mampu nak bernafas (hyperventilenting), kau juga mungkin dah usaha untuk stopkan tangisan.. bertahan dan sebut nama Allah byk2 dalam hati, panggil la Dia, sbb masa tu Dia je yang boleh ada untuk kita.
.
Aku pernah bagitahu dengan mak sekali je yang aku rasa nak mati, x nk hidup. Tapi aku menyesal, sebab air mata mak aku terburai kat situ juga, sambil peluk aku tanya kenapa aku nak mati. Aku stay jauh dan x selalu balik jumpa mak, jadi lepas tu aku selalu berlakon aku ok kalau dalam telefon. Kau mesti ada rasa bersalah dengan mak kau, x apa, sekurang-kurangnya kau sedar yang mak kau sayangkan kau. Itu nanti akan jadi benteng bila kau dah step terakhir preparation nak bunuh diri.
.
Aku xnk jumpa kaunselor/psychiatrist. Aku x percaya manusia boleh baiki apa yan aku rasa. Kau perlu percayakan orang untuk jadi seperti buku yang terbuka. Tapi màaf, aku tak boleh. Bukan aku tak nak usaha, tapi aku dah pernah percaya orang tapi dikhianati, dan cerita dijaja.
.
Aku pernah letak matlamat. Kalau dalam ukuran keduniaan, aku kira aku jauh lebih beruntung dari orang lain. Sekarang pun aku tengah buat post-grad.
Family aku tak berantakan, dan aku ada beberapa kawan baik, tapi aku selalu menjauh dari orang, aku tak nak tarik orang lain dalam dunia gelap aku. Kau mungkin tengok kawan kau senyum, gelak dan bergurau-gurau nampak happy kat luar, tapi dalam hati dia sedang rasa mahu mati.
.
Buku aku ada berlambak, self help, motivation, keagamaan, fiction & nonfiction, itu memang salah satu tempat pelarian sementara. Rooftop rant dh baca. Aku bukan tak usaha untuk bertahan hidup, aku cuba. Aku travel selalu, x nak stay satu tempat lama-lama, x ada satu tempat pun aku rasa aku belong to, aku rasa nak lari dan lari. Tak ada satu orang pun aku boleh capai, untuk minta tolong keluarkan aku dari kegelapan ni, sekurangnya temankan aku.. (walaupun sebenarnya ada, tapi aku x boleh nak capai).
.
T, aku juga kadang persoal Tuhan,aku kan mahu mati, kenapa Dia tak nak ambik aku awal, jemput aku pulang. Kenapa Dia selalu ambik orang yang nak hidup. :( :(
Tapi, kau ingat satu perkara, jangan pernah hilang nama Dia daam hati kau. Al-fatihah untuk kau, semoga kau punya rasa untuk hidup.
.
Ini bukan sekadar esei, ini adalah ekspresi rasa, yang mungkin kau x punya.
.
Terima kasih atas nasihat dan doa. Terima kasih atas sedekah korang. Semoga, kalau korang juga punya seseorang yang korang sayang yang depressed, hadiahkan Al-fatihah untuk dia, semoga dia mampu keluar dari kegelapan tu.

– R

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *