Assalamualaikum semua. Aku anak perempuan bongsu daripada 8 beradik. Aku anak keenam dan ada lagi dua adik lelaki.
Seorang adik lelaki aku sudah berkahwin dan bekerja di sarawak manakala seorang lagi sedang menyambung pengajian dia luar negara. Kakak dan abang aku semuanya sudah berkahwin.
Aku baru sahaja menamatkan kontrak di sebuah syrikat swasta di ibu kota hujung tahun lepas dan membuat keputusan untuk pulang ke pantai timur dan tinggal di rumah bersama mama dan abah.
Aku juga memilih untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti awam tempatan. Aku tidak bekerja secara tetap.
Tetapi memandangkan aku ada beberapa keperluan penting yang masih perlu dibayar, aku mengambil upah membuat kerja online di rumah.
Cukuplah sekadar membayar kereta dan bil telefon aku. Bil bil lain dibayar oleh abang yang tinggal di rumah tingkat atas.
Rumah aku ala-ala townhouse, abang aku dan keluarganya tinggal di atas manakala aku dan mama dan abah tinggal di bawah.
Sejak akhir-akhir ini, abang dan kakak ku sedang sibuk membantu aku mencari pekerjaan. Mungkin mereka rasa aku makan duit mama dengan abah lagi walaupun dah tua bangka, atau mungkin mereka kasihan dengan aku.
Aku memilih untuk tidak bekerja kerana aku pernah bekerja secara tetap sejak aku pulang ke kampung, tetapi… apabila anak-anak kakak aku yang dijaga mama dan abah ada masalah, mama akan menelefon aku.
Kakak aku tinggal berdekatan, jadi mama menawarkan diri untuk menjaga anak-anak dia kerana masalah kewangan keluarga kakak aku.
Contohnya aku pernah disuruh balik oleh mama ketika makan tengah hari kerana anak kakak aku tidak sihat dan perlu dibawa ke klinik…
Selain itu, abah juga selalu komplen tentang kerja aku yang katanya tidak setaraf dengan kelayakan aku dan gaji yang ditawarkan terlalu sedikit.
Aku pun pelik, adakah sedikit untuk aku, ataupiun adakah kerana aku tidak mampu memberi wang kepada abah?
Abah aku selalu komplen pada mama dan aku bahawa duit beliau tidak cukup. Abah seorang pesara kerajaan.
Adik beradik aku tidak pernah culas memasukkan duit ke dalam akaun abah setiap bulan. Kami mewajibkan 10% dripada gaji untuk abah.
Cuma aku yang tinggal dengan abah, aku tidak beri wang terus pada abah, aku bayarkan ubat abah, uruskan kereta abah, beli barang-barang dapur di rumah setakat yang termampu sejak aku pulang ke kampung.
Abah juga selalu komplen yang anak-anaktidak memasukkan duit ke dalam akaun beliau apabila baki akaun beliau kurang daripada jangkaan beliau…
Kadang kadang aku fikir, mungkin abah sedang menyindir aku sebab aku seorang sahaja yang tidak menghulur duit pada abah, tapi jujur aku cakap aku tak mampu.
Sekarang ni, aku tengah fikir sama ada aku perlu jual kereta aku dan berhenti belajar atau tidak. Sebab aku dah penat buat banyak kerja dalam satu masa.
Bila aku duduk sahaja di rumah, kerja rumah bertimbun-timbun. Mama selalu membebel bila aku buat kerja rumah sambil tengok televisyen, katanya aku tidak fokus dan lambat buat kerja.
Mama akan bising bila aku tidak sapu sampah sehari, mama akan mengomel cakap aku ikut perasaan bila aku demam lebih daripada sehari… aku buat semua ni ikhlas, aku berhenti kerja sebab aku nak tolong mama dan abah di rumah.
Aku korbankan kerjaya aku, aku banyak tolak panggilan temuduga dari negeri lain sebab aku serius nak tinggal di kampung untuk mama dan abah.
Tapi sekarang abang kakak aku ingat aku duduk goyang kaki sahaja di rumah sebab mama cakap aku tolong dia sikit sikit sahaja. Aku lagi banyak menghadap kerja aku, tapi dapat gaji tak banyak mana pun, kata mama.
Aku nak serius sambung belajar dan bekerja, tapi aku asyik fikir yang nantk mama dengan abah susah bila tak ada orang di rumah.
Aku seorang sahaja yang masih bujang, selain adik yang tinggal jauh di negara orang, pasti mama dengan abah mudah meminta bantuan aku, tapi jujurnya aku dah penat.
Aku penat menghambakan diri sampai bila aku bagitau mama yang kawan aku ajak keluar, sebelum mama cakap bahaya tu keluar, mama cakap banyak lagi kerja rumah tak siap.
Kadang kadang aku terfikir eoklah ku jadi suriruah sahaja. Tak payah pakai kereta, tak payah kejar cita cita aku.
Memang aku patut duduk rumah buat kerja rumah saja. Sebab ni jugakah aku putus dengan boyfriend aku.
Aku jadi susah nak balas mesej dia sejak aku balik kampung. Sebab mama asyik bebel yang aku asyik layan telefon sambil buat kerja rumah.
Padahal aku bukan bergayut berjam atau mesej sentiasa pun. Mesej cakap hai pagi2, tanya tengah hari makan apa, update life malam2 tu normal saja aku rasa.
Mesej pun tak pernah lebih dari setengah jam, dari zaman aku kerja lagi. Tapi bila balik kampung, tengok telefon dua minit pun dah kira tak fokus.
So aku break lah, sebab dia pun dah penat aku macam layan tak layan ja dia. Aku pun tak naklah orang yang tak faham kehidupan aku.
Lagipun abah tak suka orang berniaga, melainkan peniaga jutawan syarikat gergasi, okaylah. Dia ni jual kereta terpakai dengan ayah dia, so yeahh, memang tak ikutlah spesifikasi abah.
So aku rasa takat tu jalah aku bebel. Penat lah bila mak cuba ikhlas, tapi semua orang asyik menjatuhkan motivasi aku. Penat sangat.
Aku rasa macam nak pergi jauh, tapi aku taknak tinggal mama dengan abah. Aku tak nak menyesal duduk jauh-jauh dapat berita sakit tenat tapi tak boleh buat apa.
Aku tak ada duit nak bagi mama abah, aku boleh bagi kudrat aku ja.
Aku cuma harap semua orang appreciate apa yang aku buat, biar aku decide hidup aku sendiri. Ikut suka akula nak makan bila, nak keluar nbila, nak kerja apa. Itu ja aku mintak. The end.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit