Aku Mahu Kembali Pada Allah

Assalamualaikum, Pertama sekali, tujuan confession ini ditulis adalah untuk meminta cadangan serta pendapat yang boleh membantu. Bukan bertujuan membuka aib dan sebagainya.

Saya seorang wanita berumur lingkungan 30an. Dibesarkan dalam ‘broken family’ dan tanpa didikan agama.

Ayah bekerja sendiri manakala Mama suri rumah sepenuh masa.

Tak nak cerita sangat pasal family sebab nanti trigger pembaca yang ada mental health issue. Apa yang saya nak cerita adalah cubaan saya untuk berubah dan berhijrah dari lubuk hati yang sudah lama hitam.

Suatu hari entah bagaimana, bagai ada lubang yang ditebuk, dan ada cahaya yang masuk dari lubang tersebut. Begitulah nak diibaratkan teguran Allah tu.

Saya belajar solat sejak dari sekolah rendah, saya ada jugak belajar mengaji.

Tapi bila dah makin meningkat usia, apalagi di zaman remaja, saya tinggal semua amalan sebagai muslim tu sebab rasa beban. Rimas nak solat, rimas nak pakai tudung, malas nak puasa.

Tak seronok semua tu. Seronok lagi lepak dengan kawan. Seronok lagi bercinta, dating keluar tengah malam ikut pintu belakang. Tak pernah kantoi pulak tu, entahlah kenapa.

Bila dapat hidayah di usia sebegini, saya sujud syukur. (siap google macam mana nak buat, sebab biasa dengar saja).

Di hari yang sama jugak, malam tu lepas solat isyak saya baca Al Mulk dengan merangkak-rangkak, tajwid entah ke mana. Menitis airmata saya.

Lepas tu tidur, saya terjaga 2.30am, saya Tahajjud dan solat Taubat, zikir sampai subuh. Sampai sekarang saya dah rasa tak biasa bila tinggal solat, kalau tak sengaja pun saya qada’.

Selalunya qada’ subuh lah sebab tak kuat nak lawan mengantuk. Tapi rasa bersalah sangat-sangat. Saya susah khusyuk, selalu dalam tengah solat tu fikiran menerawang arah lain, sudahnya lupa rakaat.

Saya seorang yang introvert, kena buli zaman sekolah. Baik cikgu baik kawan, buli dan torture mental saya.

Sebab saya dari keluarga miskin, tak cantik pula tu, dan tak ada siapa yang ajar bagaimana nak jaga penampilan. Oleh itu saya datang sekolah dengan baju tak gosok.

Kadang baju tak berbasuh 3 hari, Mama atau kakak atau abang seorang pun tak pernah peduli. Naik sekolah menengah barulah saya perlahan-lahan belajar jadi pembersih dan tahu nak berkemas-kemas ke sekolah.

Kesan dari kena buli tu saya jadi takut dan tak yakin nak bercakap dengan siapa-siapa pun. Nak mintak tunjuk ajar saya sangat segan nak reach out pada yang sepatutnya.

Kepada pembaca sekalian yang baik hati, berikut adalah perkara-perkara yang saya nak mintak pendapat atau cadangan.

1. Macam mana saya nak buat supaya solat sentiasa terjaga di awal waktu?

2. Macam mana nak bagi mudah bangun untuk solat subuh?

3. Macam mana saya nak khusyuk? Tak khusyuk betul pun tak apa janji fokus dalam solat.

4. Dekat mana saya boleh belajar mengaji balik di usia saya ni? Ada lagi ke guru mengaji sudi ajar? Saya risau diperlekehkan.

Terima kasih semua.

– Hidayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *