Salam semua,
Kali terakhir aku memakai jeans adalah 3 tahun yang lepas. Sempit, sakit di peha, susah bergerak, aku rimas dengan jeans. Nak tahu kenapa? Sebab aku gemuk. Ya, orang kata, gemuk itu comel, gemuk itu bahagia, gemuk itu happy sentiasa, tetapi yang sebenarnya, semua orang gemuk bila pergi depan cermin, akan cuba tahan napas untuk kecikkan perut sebab teringin nak lihat yang dia cantik sebenarnya kalau kurus. Tipulah kalau kau tak pernah. Tangkap selfie pun cari angle. Bagi aku, shopping seluar tu adalah sesuatu penyeksaan bila kita terpaksa mencuba bermacam-macam saiz dan akhirnya kecewa bila kedai memberitahu, “adik, tailor cuti hari ni, seluar adik tak boleh potong bawah dia”. Buang masa betul.
Aku bukanlah obes, cuma sedikit montel. Yang menyakitkan hatinya, kebanyakan baju yang ranggi-ranggi ni dia memang berpandukan saiz badan model yang fit dan normal. Bila kita lari sikit je saiz, nampak macam shrek terus. Bukan aku tak pernah diet dan follow tips cara-cara nak kurus, “Buat X, Jangan buat Y, Cuba try buat Z”, banyak aku dah try, duit habis, penat dapat, tapi, badan masih macam tu jugak. Lama-lama, kita pun give up dan menyampah je bila member yang sememangnya kurus, cadangkan cuba diet yang baru. Satu hari aku dah tak tahan dah dengan tips-tips ni dan aku buat cabaran tak makan nasi setahun dan pergi gym hari-hari. Ni adalah final attempt aku sebelum give up. Hari ini genap setahun dan aku ingin kongsikan apa yang aku telah belajar. Harap tips ini dapat membantu anda untuk membuat anjakan paradigma.
1. Ramai orang diet, pergi gym, tetapi tidak faham matlamat masing- masing.
Sebelum aku buat no rice challenge ni, aku boleh kata orang kuat jugak. Pergi gym orang tanya-tanya macam mana aku boleh angkat berat-berat tu. Pernah sekali, ada kawan ni poyo sikit ajak pergi gym and mintak tolong dia workout. Habis dia buat set paling berat, dia tanya aku, “bro nak letak berapa kilo ni?” and aku terus sambung dengan weight paling berat yang dia main, sebab tu memang weight warm up aku. Last-last dia try psycho aku cakap bahaya buat berat-berat ni, nanti injured. Aku senyum je. Walau begitu, aku masih tak muat jeans, orang still panggil aku gemuk and aku masih tak happy.
Bila aku cerita kesedihan aku dekat seorang member ni yang kurus, dia bagi aku this simple advice je, “Cuba tengok badan orang yang paling hebat dalam sukan kau, dan google, apa training dia buat?”. Serius aku terkesima, sebab orang yang angkat berat2 yang set world record, semua gemuk bai, semua tak muat pakai jeans. Compared dengan long distance runners, ha tu dia, tulang belulang je. So di situ dah silap, kau nak pakai jeans tapi buat eksesais besarkan peha. Gila ke apa. Aku tanya kawan aku yang kurus tu apa eksesais dia buat, dia cakap dia lari around 40 km seminggu. Cuba tanya diri sendiri, ada tak kawan2 atau atlet yang lari 40 km seminggu and still gemuk. Sangat-sangat lah rare. Tapi kalau setakat jalan dekat threadmill 30 minit hari-hari, possible tak orang tu still gemuk? Possible lah, sebab kau lah salah seorang. Ada kawan aku bila dia jogging 15km sehari, dia hilang 26 kg dalam 3 bulan dan badan dia sebijik jadi badan orang yang selalu buat long distance. Jadi, sebelum kau nak tanya bagus tak eksesais pelik pelik ni, tengok kawan-kawan anda yang main sukan yang sama dengan atlet favourite anda tu sama ada dia buat atau tak eksesais tu. Memanglah keluar peluh, penat, tapi tak efektif lah compared to ekseais yang betul-betul penting. Konsep dia sama macam bidaah dalam agama.
Tips i: Pilih sukan di mana atlet nya mempunyai badan yang anda inginkan, dan follow training regime mereka. Fokus tenaga anda pada aktiviti yang betul-betul efektif.
2. Kau tak makan nasi pun, tapi melantak benda lain, gemuklah kau selamanya.
Ha ni hukum fizik ni. Satu je tips diet, kau nak kurus, setiap hari, kau kena makan kalori lagi sikit dari kalori yang kau bakar (kalori defisit). Memang takde cara lain tau, unless kau lipo kot. Sebelum anda fikir nak makan chia seeds ke, kacip fatimah ke, minum air cuka ke, cuba buat calculation berapa banyak kalori yang anda makan sehari berbanding kalori yang anda bakar. Ni fundamental!
Guna aplikasi percuma macam eatthismuch untuk tahu berapa maksimum kalori yang anda boleh makan sehari, dan rekod setiap benda anda makan. Ini fizik ni bro, kalau anda bakar lebih banyak dari benda yang awak makan, 100% dia akan bakar benda lain dalam badan, yakni lemak. Tak akannya tetiba coklat muncul dengan magiknya dalam perut, melainkan kau sendiri yang makan sebab takde jati diri.
Kenapa kena track apa kita makan? Sebab malas tau tak nak key in dlm app tu setiap makanan kita. So next time awak nak beli jajan, awak pun mcm, malasnye nak rekod, takyah la makan. Lama-lama awak akan terbiasa untuk makan pada masanya, dan asid pun takde la randomly keluar sepanjang hari dan perut pun tak memulas. Jeng jeng jeng, dah tak lapar. Konsep dia sama macam bulan puasa. First week tu lapar gila, sebab perut dah terbiasa keluarkan asid waktu lunch. Tapi lama-lama dia pun akan ikut jadual baru anda.
Aku bukan nak pangkah tips-tips suplement apple cider lah, chia seeds lah, tapi sebenarnya ini semua kemudian. Betulkan yang utama dulu. Selalunya lah, benda ni bagi 2 benda je, sama ada naikkan metabolisme anda untuk anda bakar lebih banyak lemak (Kalau bakar + 5 tapi mentekedarah masuk mulut +10, tak guna jugak kan) atau bagi mineral dan nutrien tambahan (Awak rasa benda tu efektif sebab diet awak secara azalinya tak cukup nutrien dan produk pelik-pelik anda makan ada provide nutrien tu). Lebih murah untuk beli multivitamin atau fatburner dari makan bermacam-macam produk yang mungkin ada benda kimia lain. Jangan percaya sangat testimoni kawan awak tu sebab kawan awak tu mungkin dropship dan dia nak duit sebab nak beli iphone 7.
Tips ii: Nak kurus = Kalori kita makan < Kalori kita bakar melalui eksesais dan aktiviti harian.
3. So jadi, kalau saya kena makan 2000 Kalori sehari, boleh la saya makan 2000 Kalori dari coklat?
Boleh, tapi pukul 12 tengah hari kau sembelit, pukul 8 malam kau bercakap dengan dinding sebab lapar. Sebaik-baiknya, lebihkan makan protein, sayuran dan healthy fats, sebab benda ni yang akan bagi kau kenyang lama. Protein pulak akan bantu kau pulih dari eksesais yang anda buat dengan menguatkan lagi otot yang anda gunakan tu. Mula-mula awak buat eksesais yang baru, mesti tak larat, tapi lama-lama otot tu pun akan jadi kuat untuk adaptasi dengan gaya hidup baru anda.
Masa aku mula tak makan nasi, one thing aku sedar, sikit je lauk and sayur yang aku makan sebenarnya. So tu yang aku selalu habiskan duit beli serbuk protein yang mahal-mahal tu. Baik kau makan solid food, lagi sedap. Sebab Malaysia ni kita dah biasa, kalau tak kenyang lagi, cempak lagi nasi, sedangkan protein yang kau perlukan. Kau tahu kenapa? Sebab nasi murah, lauk tu mahal. Once aku stop nasi, 10 kg aku hilang dalam 3 bulan, sebab aku still perlu kenyang, and aku makan lebih banyak ayam dan sayur untuk ganti nasi. Dulu aku ganti dengan roti, tapi roti pun aku dah malas nak makan. Lauk + sayur je sekarang.
“Tapi saya tak suka makan sayur” – Nasi banyak fibre, so sayur tu untuk ganti. Banyaknya nasi satu pinggan, banyak tu jugaklah sayur untuk ganti. Kalau tak, najis anda akan cair dan selalu sakit perut. Aku mula makan sayur sebab masa mula-mula diet, asyik nak membuang je, so terpaksa makan sayur. Last-last suka pulak sayur sebab sedap dan lapar hehe.
Tips iii : Lebihkan protein dan sayuran. Ambil dua benda ni dulu, dan nasi/roti/pasta tu last sekali. Sebab bila pinggan kita dah penuh dengan lauk dan sayuran, tempat nak letak nasi tu jadi sikit and kita akan automatik ambil sikit je nasi. Lainlah kau ambil pinggan lain. Kalau camtu, gemuk lah kau selamanya.
Doakan aku ya untuk terus konsisten dalam mengubah gaya hidup. Insyallah, bulan 12 ni impian aku pakai jeans dengan selesa tercapai. Tahun depan nak berlatih untuk join full marathon. Bukan apa, sebab kawan aku yang lari marathon semua nampak smart bila pakai jeans. Kalau cerita ni dapat sambutan, mungkin aku akan share part 2 tentang program workout terbaik yang akan membuatkan kita tak sabar nak bersukan dan pergi gym. Selamat mencuba!
– Dah besar nanti, saya nak jadi atlet, cikgu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit