Aku Malang Atau Bodoh?

Aku Teratai berusia 30an. Sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak.

Dah lama aku simpan dan aku tak tahu nak luahkan kat mana.

Semuanya tentang suami aku. Aku tak tahu suami aku ni memang pemalas atau aku yang memang tak reti bersyukur.

Tapi aku rasa suami aku ni jenis kuat sembang dan kuat berangan. Tapi habuk pun takde.

Contoh dia selalu berangan suatu hari nanti dia akan jadi orang kaya bakal miliki syarikat megah holding begitu begini.

Tapi bisnes apa pun yang dia buat tak pernah ada hasil. Orang tua-tua kata hangat2 tahi ayam. Awal2 je semangat lepastu herm entah kemana.

Yang paling aku rasa aku ni bod** sangat adalah aku selalu percaya kata-kata dia. Aku terlalu yakin, selalu support dia dan percaya suatu hari nanti dia akan berjaya.

Beberapa tahun lepas, aku dapat kerja kerajaan dan aku dapat kerja yang dekat dengan parents aku. Maknanya aku terpaksa pjj dengan dia sebab dia kerja di selatan. Aku pulak di utara.

Kemain bahagia lagi aku dah laa dapat kerja kerajaan, dekat dengan parents pulak tu walaupun kadang-kadang aku nangis jugak sebab aku rindu suami aku.

Akhirnya aku berjaya pujuk dia supaya berhenti kerja di selatan dan balik ke utara tinggal bersama aku. Aku minta dia cari kerja kat area sini. Kerja apa pun pun aku tak kisah asalkan halal. Dia pun setuju.

Dipendekkan cerita, bila dah duduk sama2 di utara, dia masih tak nak cari kerja. Puas aku bagi cadangan mintak je lah kerja kat pasaraya ke stesen minyak ke gaji kecil takpe janji ada income.

Dia tak nak, katanya gaji kecil lah, tak sesuai lah, susahlah macam2 alasan.

Dia kata nak berniaga. Aku macam biasa tetap bagi sokongan. Last2 tak de untung, hangus duit dia 10k. Haha.

Setahun kemudian, dia kata nak balik semula ke selatan, dia dah tak sanggup nak hidup macam ni (tak de kerja).

Dia malu dengan jiran2, family dan orang kampung seolah2 mengata yang dia makan hasil isteri.

Jujur aku cakap, kewangan kami masa tu tak pernah kurang pun walaupun aku yang tanggung semuanya. Tapi dia berkeras nak kerja kat tempat lama semula katanya.

Puas aku fikir, mak aku pun tak izinkan, tapi ye lah tempat terbaik isteri tu kan di sisi suami. Demi dia, aku minta tukar kerja ke selatan. Rezeki aku, pertukaran aku diluluskan.

Maka, berpindah lah kami. Tapi, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Syarikat dia mula potong gaji pekerja (masa tu pkp), dia dapat gaji 1300 sahaja.

Aku jadi makin tak ikhlas. Kalau gaji 1300 kerja pasaraya kat utara pun boleh dapat lebih lagi. Aku jadi geram kerja ni yang dia nak sangat2 cuma dapat 1300?

Bukan aku tak bersyukur tapi aku terkilan sangat. Aku korbankan macam2. Dia janji konon aku tak payah bayar apa2 dah alih2 duit aku jugak yang kena bayar itu ini.

Dan lagi sekali aku diuji, tempat kerja aku yang baru nie buat aku terlalu stress, lama aku tahan. Hari2 balik kerja menangis, mental health pun tak berapa nak ok.

Suami aku suruh berhenti kerja. Aku risau kalau aku berhenti siapa nak bayar semua? Suami aku cakap tak pe dia boleh tanggung semua.

Oh yer masa ni gaji dia dah naik 2.5k++. Dia yakinkan aku dia boleh tanggung aku dan anak, dia janji dia akan buat ot banyak2, partime nak bawak grab lah, macam2 lagi dia plan.

Aku masa tu setuju jer sebab aku betul2 dah tak tahan masa tu. Aku resign.

Lepas aku resign, dia dapat gaji 1800. Aku pun tak faham macam mana syarikat dia kira gaji. Kejap naik kejap turun. Gaji dia langsung tak cukup untuk bayar komitmen.

Dan dia tak buat pun semua ot atau partime, grab yang dia cakap nak buat tu. Dah banyak barang kemas aku yang tergadai sebab sesak nak bayar komitmen.

Aku dah puas fikir. Aku nekad nak balik kampung aku semula. Aku nak cari kerja kat sana. Aku nak mulakan hidup baru. Terpaksa mula dari bawah semula.

Aku dah tak percaya dah kata2 dia konon nak buat itu ini.

Berdosa tak aku? Adakah aku lari dari tanggungjawab?

Sekarang ni setiap kali dia cakap satu hari nanti bila dia dah berjaya bla bla bla, aku dengar jer percaya memang tak.

Terima kasih dengar luahan aku.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kau memang bodoh. Awal2 takyah percaya cakap dia nak bayar komitmen lepas bertahun tahun dia jenis memilih kerja. Kalau kau nak tau, kerja swasta berganda ganda stress dan senang2 buang orang kerja n trasnfer org sana sini.

  2. Awak tak lari dari tanggungjawab pun, itu tanggungjawab dia, bukan salah awak. Tabah dan kuat semangat tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *