Aku Malas Dah

Assalamualaikum. Sejak ketetapan bayaran haji dikelaskan ikut pendapatan, aku dah tak percaya pada “mereka”.

Maaf aku menunggu giliran berpuluh tahun, hanya untuk diberi pilihan secara paksa hari ini.

Aku langsung tak bersetuju dengan apa mereka buat.

Bukan sikit lah orang kampung, atau orang yang konon berpendapatan rendah (padahal tiada slip gaji atau tak declare pendapatan sebenar), adalah orang yang sebenarnya berharta.

Taraf hidup di bandar dan di luar bandar langsung tak sama. Beli rumah di bandar, pelbagai cukai dikenakan. Belum lagi nak bayar maintenance fee dll.

Di kampung orang yang konon “miskin” ni buat rumah sebesar banglo cash atas tanah pertanian, dah le tak tukar status tanah, berapa je cukai dikenakan?

Lepas tu tak declare pendapatan, jadilah B40. Kau tahu tak benda ni?

Tol, minyak, nak membesarkan anak-anak di bandar, semua tu tak sama dengan mereka di luar bandar.

Aku malas nak listkan, buat sakit hati je.

Jadi sekarang aku keluarkan semua simpanan dalam akaun tee-hesy dan simpan kat tempat lain. Padan muka.

Kau nak invest, cari duit sendiri.

Sebenarnya aku dah lama simpan rasa meluat dengan golongan “agama” yang menggunakan “agama”. Banyak sebenarnya yang berlaku.

Sebagai contoh, menjual konon untuk menderma tapi kau jual mahal berganda daripada pasaran, dan buat orang beli dalam keterpaksaan, sambil bagi ayat2 kelebihan menderma.

Kau tengok esok, dia yang cerdik boleh pergi haji balik hari.

Memang kau kata Allah tengok niat kau je, dia nak menipu ke tak belakang kira.

Secara logiknya kau menyumbang kepada aktiviti penipuan dan kejahatan dia.

Dia tak malu dah, tak takut, sebab orang nak menderma “kejar pahala” sambil tutup mata ni ramai.

Kau nak tutup mata kau buat2 tak tahu, kau punya pasal, tapi kau ingat kau takde saham ke?

Sama je lah scammer minta sedekah. Masa minta sedekah, tempang. Elok 10 meter ke depan, boleh jalan pulak dia.

Kes sekarang tee-hesy ni, depa takkan dengar pun apa keluhan golongan terhimpit ni sebab dah standby dengan ayat “agama”.

Mulalah cakap pasal redha. Kena baik sangka lah. Clise betul.

Depa tu pulak dah pergi haji umrah berkali, mungkin atas usaha sendiri, mungkin tidak, mungkin dah buat haji masa zaman takde kasta pendapatan dulu. Dah merasa pergi, apa kesah kan.

Jadi kau cakap apapun, orang2 tu tak faham apa rasanya kau yang menunggu berpuluh tahun, tiba2 giliran kau, orang buat camni.

Samada kau perasan atau tak, kuota swasta makin bertambah tiap hari. Kau rasa sebab apa?

Pasni orang yang betul2 kaya dan orang yang betul2 miskin saja boleh pergi haji.

Yg golongan terhimpit atas bawah macam mentimun ni, mampu diam je lah.

Tak hairan langsung ejen2 swasta boleh buat pakej platinum, mutiara, berlian segala mak nenek nama, bukan murah weh.

Lepastu nanti adalah masuk dalam berita jemaah haji dan umrah kena scam. Duit nak pergi haji, nak pergi umrah, kena tipu.

Benda dah diniagakan. Kan aku kata, kau ingat kau takde saham ke dalam percambahan scammer dan penipuan ni?

Sebagai contoh lagi, kau disuruh bayar RM33k, orang lain bayar RM12k je.

Secara logiknya, duit kau yang sebenarnya tolong bayar untuk orang lain tu. Kurang2 RM10k-20k kau sedekah. Kau sedekah, tee-hesy dapat nama mencukupkan kuota diberi. Lol.

“Mereka” akan balas pulak, besar pahalanya sedekah dan tolong orang lain yang tak mampu. Lol.

Apa definisi mampu pun aku dah tak faham dah. Dulu belajar lain, sekarang merepek jadi lain.

Aku tak kisah kalau betul expense haji naik ke tak. Patutnya kau tetapkan satu amaun. Sape mampu, mampu. Sape tak mampu, tak mampu.

Sekarang ni kau yang kelaskan ikut sedap tekak kau. Org yang mampu jadi tak mampu. Orang yang tak mampu jadi mampu.

Cakap banyak pun tak guna.

Dalam hidup ni, kau yang jenis jujur amanah mmg selalu akan diperkudakan. Hidup ni keras.

Sekian.

– Ratna Dewi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Banyak perkara dlm dunia adalah pilihan. Kau boleh buat pilihan ikot tekak kau.
    Mcm aku, dh keluar dr tunggu giliran haji. Aku dh buat haji ikot swasta. Boleh pilih harga kita suka…..B40 pun boleh je buat haji swasta klu itu yg kita nk dulukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *