Aku Mangsa

Rentetan dari viralnya seorang selebriti dijatuhkan hukuman atas sabitan merogol tu, aku jadi geram baca komen-komen netizen. Diorang cakap mangsa dah 23 tahun takkan la kena rogol. Dah besar panjang kenapa ikut lelaki. Entah-entah suka sama suka.

Wahh! Sedap korang komen itu ini ye. Kenapa kalau lebih 18 tahun tak boleh jadi mangsa ke?

Straight to the point, aku mangsa rogol dan ketika kejadian aku pun 23 tahun. Masa menaip ni gigil tangan aku mengenang kembali saat kejadian. Tapi aku nak korang tahu nak jadi mangsa tak perlu syarat umur, waras ke tak. Cukup kau berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dengan orang yang salah.

Meh aku cerita untuk jelaskan maksud ‘salah’ tu. Aku masa tu student di sebuah universiti. Dan pelaku pun student tapi dia senior aku. Punya rupa paras elok dan putih. Hensem la senang kata. Aku namakan K.

Aku ni kecil molek agak comel. Masa aku baru daftar masuk, senior ingat aku dari matrikulasi. Padahal aku lepasan diploma.

Aku kenal K ni masa aku terlibat satu program di satu negeri. K ni macam geng unit media, aku perasan la dia ke sana sini dia usung kamera Canon tu. Selepas program 2 3 hari K ada mesej aku nak send file gambar. Lepas tu ada la kami mesej biasa je. Takda la hari-hari.

K ni baik bagi aku sebab dia pernah belikan ubat dan hantarkan makanan masa aku demam. Dia sendiri nak, bukan aku minta.

Ada satu hari tu, aku nak balik rumah, rumah aku dekat negeri sebelah je. Ayah aku baru meninggal masa tu tak sampai sebulan. So, takda sape nak jemput aku. Kebetulan K ni mesej, aku cakap la aku nak balik tapi abang aku sibuk, mungkin esok baru balik.

K ni reply dia kata dia boleh pinjam kereta kawan hantarkan aku. Takyah bayar dia kata. Katanya memang dok buat prebek sapu juga.

Aku menolak. Pastu dia ajak lagi. Aku berbolak balik. Sebab kalau balik esok, semalam je aku tidur kat rumah. Kalau balik sekarang 2 malam.

Aku tak fikir panjang aku terima sebab aku ni tersangat homesick. Aku fikir dia dah biasa buat prebek ni hantar ambil orang so mesti ada lesen. Dia datang jemput naik kereta kelisa warna silver.

Masa nak balik, dia lalu jalan lain. Aku tanya ni jalan mana, dia jawab jalan ni nanti tembus situ juga. Masa ni jam 6 petang macam tu. Jalan tu hutan kiri kanan. Aku dah tak sedap hati, aku ni penakut sebenarnya bab hantu setan ni. Risau la benda ikut balik ke apa.

Tiba-tiba dalam aku takut jalan sunyi tu, dia belok masuk satu jalan tanah merah, kecik je jalan tu macam kebun pisang, jauh naik ke atas macam kawasan bukit.

Aku dah takut sangat fikir macam-macam. Aku tanya dia nak pergi mana. Dia diam je. Pastu dia berhentikan kereta tanpa matikan enjin.

Dia pusing arah aku, dia senyum pandang aku. Dia kata, “Sekejap je.” Dia turunkan seat aku sampai habis. Dan terjadi la apa yang exactly aku fikir akan berlaku.

Yes, aku dirogol. Masa tu muka dia yang putih cerah tu dah macam setan. Dia atas aku dan aku tak daya dah nak tolak nak tepis. Aku jerit pun siapa je ada. Tangan dia dah dalam baju aku. Aku takut sangat.

Aku cakap, “Taknak macam ni, jom kita balik.” Ulang kali aku cakap. Sampai aku takda tenaga dah dok tolak dia, aku tampar-tampar muka dia.

Aku mampu nangis je masa dia tarik turun seluar aku, sekuat tenaga aku tak bagi. Aku ulang cakap jangan buat macam ni. Memang iblis betul muka dia masa tu. Tak peduli langsung.

Dah habis, dia tarik balik seat aku, sapu airmata aku, betulkan tudung aku. Dia cakap jom dia hantar balik.

Aku masa tu blur, aku tak terkata apa. Diam je sambil teresak-esak aku nangis. Dah separuh jalan nak sampai rumah aku, aku cakap aku taknak balik. Hantar aku balik bilik.

Masa masuk perkarangan universiti tu. Aku minta dia singgah area satu jabatan pentadbiran. Masa ni dah malam dah maghrib. Dia park tepi jalan, aku pergi toilet seorang. Aku ni penakut teruk tapi masa tu aku dah tak fikir da hantu jembalang sebab aku dah jumpa iblis.

Dalam toilet, aku betulkan tudung, rambut yang terkeluar, aku basuh muka. Aku perasan panty aku ada darah. Gigil aku masa tu. Aku masuk kereta balik dan dia hantar aku depan hostel.

Masa aku naik bilik, roomate aku tanya aii, tak jadi balik ke. Aku jawab emm, aku capai towel bawa bakul mandi masuk toilet. Masa mandi ada darah keluar lagi. Aku menangis lama sambil mandi sambil fikir apa salah aku.

Aku sabun badan aku pam sabun tu sampai nak habis sebotol. Aku rasa jijik, bodoh sangat aku ni. Kotor sangat.

Bila masuk bilik, roomate aku tanya ‘ko nangis eh?”. Aku jawab ” Ye, rindu ayah.” lepas tu aku tarik selimut aku baring hadap dinding sambung menangis.

Aku fikir apa salah aku, kenapa aku, seksi ke aku, aku pakai tshirt tutup punggung, siap sweater hoodie berzip tu. Aku takda kacau orang, aku kisahkan hal aku je. Kenapa semua ni jadi kat aku?

Masa ni ada mesej masuk, K mesej, “K minta maaf kat dia, K takleh tahan tadi. Dia comel sangat.” Aku tak balas. Memang k panggil aku ‘dia’.

Hari-hari aku lepas tu. Aku jadi pendiam. Aku taktau nak cerita pada siapa. Nak bunuh diri? Nak report polis? Ayah aku baru meninggal.

Aku taknak tambah masalah dan kesedihan pada family terutama mak aku. Musibah yang berpunca dari aku sendiri yang aku boleh elak. Aku yang bodoh. Kenapa aku nak bebankan pada orang yang tak bersalah.

Kadang aku berdiri dekat koridor datang rasa nak terjun ke bawah tapi cepat-cepat aku lari masuk bilik. Aku pendam sendiri.. Kawan-kawan tegur aku dah tak banyak cakap dan diorang bagi kata semangat sabar la ujian. Allah sayang ayah kau. Hmm.

Sweater pink tudung pink aku pakai masa kejadian aku dah tak pakai dah. Sebab aku rasa tu punca. Aku orang yang sangat positif. Bila jadi macam ni. Memang aku nampak salah tu pada aku. Aku yang tarik perhatian orang.

Aku pergi kelas macam biasa tapi aku akan elak pandangan mata orang. Terutama lelaki. Aku sanggup jalan kaki ke kelas tak naik bas. Aku sentiasa pakai baju lengan panjang seluar panjang. 24/7. Dah takda tshirt pendek.

Pernah, sebulan lepas tu. masa kat rumah ada telemovie berkisahkan rogol ni. Aku takda tengok pun cerita tu. Kakak dan mak aku sibuk la bercerita komen pasal drama tu dalam bilik mak aku. Aku kononnya nak luah pada mak dan kakak. Aku cakap, “mak, orang haritu kena rogol.”

Kakak aku terkekek gelak, dia kata aku merepek.. Mak aku pun gelak sama. Mak aku kata sape je nak rogol kau. Merepek tak habis-habis. Jangan buat gurau benda gitu katanya. Pulak. Terbantut luahan aku.

Family perasan aku dah tak riuh bila balik rumah. Diorang ingat aku terkilan aku takda masa ayah hembuskan nafas terakhir. Aku pernah toreh lengan aku dengan pen tanpa aku sedar. Memang luka dalam juga. Tapi takda sape tahu.

K masih mesej aku, minta maaf.. Lama-lama aku dah tak boleh tahan. Hari-hari aku kenang nasib aku, aku rasa aku bawa sial. Aku mimpi ayah aku, mak aku cakap sebab aku ada salah ngan ayah. Lagi la aku sedih rasa anak tak guna.

Aku dah cuba jaga diri aku. Aku rasa aku ni dah takda harga diri. Mudah sangat ikut lelaki. Siapa nak kahwin dengan aku nanti. Aku dah tak suci. Balik-balik aku salahkan diri sendiri. 24/7 aku fikir benda sama. Apa salah aku?

Hari-hari lepas solat maghrib aku baca Quran dengan harapan aku lupa semua kejadian malam tu. Aku niatkan pahala untuk ayah aku.

Aku cuba positif aku kena uji mesti bersebab. Aku kena ubah diri aku sebab salah dari aku. Tiap kali solat aku doa sepenuh hati Allah kuatkan aku, jangan bagi aku kenang saat buruk tu.

Kawan rapat aku, Heri pun mesej aku tanya kenapa dah jarang sangat mesej jawab call dia. 3 bulan lepas kejadian tu, aku jadi benci lelaki, aku takut benda berulang. Aku takda hati nak rapat macam biasa nak sembang dengan lelaki.

Mujur aku dan K lain school so memang tak berjumpa. Perubahan aku memang semua perasan sebab karakter aku ni umpama penghibur. Happy go lucky. Tetiba aku banyak diam. Tapi semua ingat sebab aku hilang ayah. Aku rasa nak berhenti belajar sebab aku dah takleh fokus dalam kelas.

Tapi apa alasan aku nak bagi family aku? Aku sambung belajar sebab ayah aku nak sangat aku ada degree. Aku taknak sia-siakan harapan ayah aku.

Kesan trauma aku tu, aku selalu mimpi buruk. Dan bila ada lelaki senyum pandang aku nak sembang aku dah berpeluh satu badan. Aku takut. Bergenang air mata. Sebab itu la reaksi wajah K masa dia tolak badan aku ke bawah.

Hari-hari aku berlalu dengan semangat ayah aku je. Aku kuat sebab ingatkan ayah. “Ayah dulu sekolah sampai darjah enam je, atok nenek orang susah. Tapi anak-anak ayah kena belajar tinggi-tinggi lebih dari ayah. Duit ayah boleh cari tapi ilmu ayah tak boleh bagi.” Sebak aku ingat kata-kata ayah.

Sampai satu hari, Heri mesej aku, dia cakap aku dah taknak kawan dengan dia sebab dah tak layan dia. Masalahnya aku jadi tawar hati dengan lelaki. Biarlah takda lelaki dalam hidup aku. Ayah pun aku dah takda. Ha biarlah takyah ada langsung lelaki.

Heri call aku marahkan aku sebab rasa aku tak serius kawan dengan dia. Dia macam marah aku. Aku sedih aku nangis. Dia cakap aku play victim bilamana dia yang patut marah.

Aku dah takleh tahan, aku jerit kat dia. Aku kena rogol. Aku letak fon. Lepas tu dia call berkali-kali aku tak jawab. Esok tu dari KL dia datang jumpa aku kat uni. Aku taknak jumpa tapi dia insist. Kami pergi lepak dekat mall. Dia tanya betul ke apa aku cakap. Aku cerita semua kat dia.

Dia bengang nak call si K tu. Aku cakap tak payah. Bukan salah dia aku yang salah aku bodoh. Heri nangis masa tu dengar kisah aku sambil dia kata kenapa jadi kat aku benda ni. Kami menangis bersama. Tak peduli dah orang lalu lalang.

Dia ajak aku report, aku taknak sebab benda ni pihak uni tahu, nanti semua tahu. K tu lantak dia. Aku taknak malukan family aku dan tambah duka, masalah family.

Masa ni la Heri ajak aku kahwin. “Giler ke?” aku kata. Dia cakap dia sayangkan aku dan dia akan jaga aku baik-baik lepas ni. Aku dah takleh fikir. Layak ke aku jadi bini orang. Aku minta dia cari je orang lain. Aku takut sangat aku mengandung ke apa. Macam-macam aku fikir.

Sebulan lepas tu, Heri bagitahu nak datang merisik. Dia dah inform mak aku pun. Abang aku pun setuju aku kahwin. Abang cakap pada mak, “biarlah suami dia tanggung dia pulak. Lepas dah tanggungjawab kita mak.”

Aku dah malas fikir, aku jujur dengan Heri aku masih trauma, dulu aku suka dia tapi sekarang aku dah tawar hati dengan lelaki. Aku ni kotor. Tak layak untuk sesiapa pun. Lagi-lagi aku tengah study dengan dia pun baru start kerja. Heri ni sangat la tak putus asa.

Dia kata, “Aku nak kau jadi isteri aku, dari hari pertama aku nampak kau. Benda tu takkan berubah.” Dia dah buat istikharah katanya dan rasa gerak hati dia ni tepat. Lagi pula kami nanti PJJ. So aku boleh ambil masa banyak mana pun aku suka untuk terima dia. Dia takkan paksa aku. Ni kata dia la.

Serius aku buntu. Mendadak sangat. Ayah aku meninggal, aku ditimpa ujian, ni family suruh kahwin. Aku ikut je dan kami kahwin lepas 4 bulan. Sebulan sekali je aku jumpa Heri. Kadang 2 bulan sekali. Sebab dia nak bagi aku masa. Dia baik sangat hari-hari mesej aku. Dia risau aku murung sebab dia pernah ternampak parut kat lengan aku.

Aku pernah tendang dia jatuh katil sebab trauma aku. Aku mimpi buruk aku terjaga dan nampak lelaki kat sebelah aku tendang dia sekuat hati. Aku lupa aku ada suami. Sabar dia tidur malam dengan lampu terpasang sebab aku.

Bila lalu jalan hutan kiri kanan aku akan jadi panik. Berpeluh dan tangan aku gigil. Heri je tahu. Bila dia tetiba sentuh aku, tindakan refleks aku cepat je elak tepis dia. Tak pernah dia marah. Dia sabar je tunggu aku.

Sebelum aku kahwin, aku mesej K aku cakap aku maafkan dia. Aku taknak ingat lagi dan aku anggap itu mimpi buruk aku. Sedangkan aku tahu aku takkan boleh buang benda tu dari hidup aku. Aku tak pernah sangka aku akan ada memori seburuk itu dalam hidup aku.

Dan dengan bantuan Heri, kejadian tu aku dah tanam jauh2 dalam kotak memori aku. Aku syukur sangat Allah hadirkan dia. Aku rasa aku mampu atasi trauma aku dengan semangat ayah dan Heri.

Berbalik pada isu selebriti itu, jangan korang mudah buat andaian. Takda perempuan yang relakan diri jadi mangsa rogol. Nanti ada yang kata aku yang serah diri, iye aku memang salahkan diri aku. Aku yang bodoh percaya so called ‘kawan’. Aku ingat semua orang baik, kalau aku baik dengan orang, orang baik dengan aku.

Umur 23 takkan takleh fikir? Iye, sebabkan kami fikir orang sekeliling kami baik. Dan tak pernah terfikir akan jadi perkara buruk pada diri sendiri.

Seumur hidup 23 tahun tu belum pernah lagi jumpa orang jahat. Sebab tu mindset aku macam tu. Takkan la K ni nak buat bukan-bukan. Kawan aku kot. Tu silap aku tak beringat. Jangan ingat yang hensem tu baik. Yang muka pecah rumah jahat. Paras rupa tak menentukan baik buruk seseorang. Pengajaran untuk aku.

Aku boleh cerita benda ni sekarang sebab aku anggap semua tu mimpi je. Dan aku takkan biarkan mimpi tu bagi kesan dan jejaskan orang sekeliling aku. Aku ambil masa nak jadi diri aku yang happy fo lucky macam dulu.

3 tahun kebelakangan ni suami aku cakap aku mula jadi diri aku balik, macam awal-awal dia kenal aku. Aku masih simpan rapi pendam sendiri kisah ni tanpa keluarga tahu. Dah meluah tapi digelakkan katanya gurauan. Hanya suami je tahu.

Dah 13 tahun berlalu. Masih trauma bila lalu kawasan hutan. Memori tu akan flashback macam orang pasang projector depan kau. Tapi tak seteruk dulu.

Aku pernah terfikir, kalau aku report polis masa tu, apa jadi pada kehidupan aku sekarang? Aku takda jawapan dia sebab aku buat pilihan lain dan aku tak pernah menyesal. Allah baik sangat, aku ada anak-anak yang comel dan suami yang tepat.

Doakan aku kuat semangat dan tak dihantui kisah lalu sampai habis umur aku. Aku takut juga kalau aku tiba-tiba triggered dan mula cederakan diri macam dulu. To girls out there, jangan mudah percaya lelaki. Sentiasa beringat kerana malang tidak berbau.

– Bunga layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

23 Comments

  1. fuh, dasyat, semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu untuk sembuh sepenuhnya….

    1) Jgn percaya kt lelaki kecuali suami kamu
    2) Jgn percaya kepada ahli keluarga yg lelaki, sepupu, sepapat….

  2. aku xbaca abes cerita kau sbb geram.. ye kau bodoh amek masa terlalu lama utk report.. end up x report ek.. kau fikir akan menyusahkan famili, malu yada yada.. end up jantan sial tu lepas.. ke kau termakan kata2 dia cakap kau tu comel.. bodoh!

    • eii jahat mulut. kau xde kt tmpt dia xyh ckp kot. yg bodoh tu perogol tu.. dia trauma, fikir malu lagi.. kan dia ckp dia bgtau family tapi family dia xendah..

    • Selagi x kena kat diri sendiri, baik diam je. Ada beza tau teori dengan kalau benda tu jadi betul2 kat kita.

    • Qwerty apa beza nak tau? xbole brain kenapa dia bole lepaskan perogol tu siap mesej jantan tu i forgive youuu…. dia ade peluang nak bagitau mak n kakak dia dulu asal xteruskan action tu.. mak n kakak kau gelak kau bole reflect terus meraung kot sbb benda tu pon da bawak trauma dlm hidup kau.. end up kau blur n terbantut kat situ

    • Semoga ape yg die kene xberbalik kepada adik beradik ko dan anak2 ko, dan semua keturunan ko.

    • jgn simply kata kat dia.. u tak ada dalam kasut dia.. mcm dia kata dia memikirkan kesan kalau satu uni tau.. dia takut malu nanti dia tak kuat nak hadap.. kita tak berada di tempat dia.. jgn la simply..

    • ramai je yg x report sbb xtau nk mula camne. esp bila org yg ko rasa boleh support tiba2 gelak2 x amek serious. ko pun kalau ko ckp benda cmni pastu kwn2 gelak apa ko rasa? dah la org tu dh x stabil masa tu. cakap senang ah~x jadi kat diri sndiri.

    • kalau dia heret si jantan tu ke mahkamah, lagi teruk flashback dia. Lawyer akan tanya segala details,.mcm mana lelaki tu tindih dia etc… tambah lagi org sekeliling akan cakap “eleh suka sama suka sebenarnya kan”. Dia kan da bagitau mak n kakak dia, so dah tau apa reaction diorang. Tu org terdekat, bukan org sekeliling.

      Perbicaraan boleh mkn masa 4-5 tahun, selama tulah, kau mimpi buruk2, anxiety , xleh tido, pastu org palau kau. Agak2 boleh tahan tak? Tu pun kalau lelaki tu terlepas, lagilah kau merana seumur hidup.
      Allah tu adil, kalau lelaki tu x masuk penjara pun, hidup dia mmg susah dengan cara yang x disangka2.

      Ada kawan aku, therapist , pon mcm kau, jenis beria ckp itu ini.
      Sekali kena rogol, mmg blur x leh wat pape, duk meraung dlm bilik air,,, xdenya nak gi balai polis.

      Bukan nak ckp kalau kne rogol kena diam n pasrah je, sebaiknya mmg kne report polis. Tapi jangan judgemental sangat ckp org bodoh. Ni bukan kes ragut.

  3. perogol xdenye nk mintak maaf lepas da buat. ni mesti kes suka sama suka. pastu buatla cter sedih nk tagih simpati.

    • PEKAT betul bodo kau ni ek. Takde benda baik nk comment sila diam. Takut satu hari kena kat diri sendiri/ keturunan kau nanti.

    • eh puki jenis macam kau ni kan memang nak kena rogol dulu baru tau suka sama suka ke tak sial kau la

    • pernah kena ke? ke awak penah buat benda yang sama? buat suka sama suka pastu biat cite sedih?

  4. Semoga perogol si K tu, batang dia bernanah pastu kena operate pastu jadi infected wound pastu kena operate balik pastu masih infected wound pastu wound teruk sgt sampai nak urinate kena guna catheter and dah tak blh guna dah benda tu. Sekian, biar dia pulak trauma seumur hidup

    • Aku rasa ni kes suka sama suka, tp dia ko na:
      1) umor 23thn mesti tau jln gi basten, ko leh hantar wasup SOS not ada masa. Buat2 call org. Alasan dia takut tu alahai mmg bodoh
      2) YG hang cakap maaf kan dia wat pe? Apa motif. Ke sbb tau dia bukan cinta tp suka nk seks je tp tak nak kawin. Hang jd nk bunuh diri sbb rasa berdosa pd diri sendiri kan.. Mana ada org baik dgn perogol

  5. Alhamdulillah, awk dpt pasangan yg baik lg memahami keadaan awk.. bkn senang nk ‘back to normal’, w/pon org lain x tahu cerita sbenar.. org yg x mngalami mmg xkan dpt ‘mnyelami’ apa yg awak rasa, walau pon rasa simpati kpd awk.. bg K, pd pendapat sya, walau pon awak dah ‘maafkan’, namun mngkin dia xjan dpt maafkn diri dia, dan tak mustahil satu hari nt org yg dia syg, atau keturunan dia akn mngalami situasi yg sama.. good for u, awak dah maafkn dan dpt menganggap ianya satu ‘mimpi buruk’.. semoga semuanya kembali normal dan Allah pelihara awk dan kluarga awk.. bgi yg x boleh bg kta2 semangat, jgn lah komen yg negatif, takut ‘balasan’ nt berbalik kod awk atau org yg awk syg, utk Allah bagi rasa yg sama.. wallahu a’lam..

  6. Angah simpati dgn musibah yg mnimpa awak. Sbg org yg lbh tua, sukalah nk nasihatkn pd anak2 perempyan diluar sana, jaga diri baik2, jaga part of your body yg sensitif tu rapat2 supaya xdisentuh & xdiceroboh org yg bkn suami.Jika berlaku, akan mghantui hingga ke akhir hayat. Jgn biar lelaki mnyentuh tubuhmu yg beharga wahai anak gadis. Diri awak amat berharga, utk mndapatkan awak tu perlukn mahar, minta dari ibubapa brsama adab & adat. Mak ayah yg ada anak ppuan, pesan pd anak sejak kecil jgn bagi org sentuh badan terutama dibhgian sensitif. Bgtau akibat jika ia disentuh org. Ia akan sakit & berdarah jika disentuh, dicucuk akan berdarah & sakit. Jika anak ppuan dh ada haid, pesan jgn dekati lelaki yg cuba san berani sentuh2 tangan, san kemudian menjalar ke badan. Pesan jg pd anak2 lelaki jgn cuba2 sentuh perempuan. Bgtau akibat yg akan diterima jika didapati bersalah merogol seorg perempuan. Tunjuk laporan2 akhbar yg byk brlaku kejadian remaja & lelaki dewasa dihukum akibat perbuatan keji tu. Buat adik yg alami, brsyukurlah ada teman hidup yg mmahani. Syukurlsh!

  7. Mengalir air mata saya baca cerita awak. Alhamdulillah awak berjaya harungi hidup ni dengan kuat. Syukur dikurniakan suami yg terbaik. Saya selalu percaya dlm hidup ni, dalam apa jua situasi atau perkara, memang akan sentiasa 50-50. Akan ada org yg percaya awak & ada org yg xpercaya. Akan ada org bodoh & ada org tak. Ada org baik & ada yg serupa iblis.

    Baca komen2 kat sini pun sama lah. Ada org yg bodoh, anggap awak yg bodoh. Jgn smpai kena kat btg hidung sendiri. Baru awak tau langit tinggi rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *