Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-mangsa-buli-di-mrsm/).
Terima kasih yang membaca luahan dan kisah pengalaman aku di buli pada dalam siri 1. Aku baca semua komen dan cadangan. Siri 2 ini aku nak ceritakan siapa sebenarnya kepala pembuli kaki pukul.
Watak Rizal tu sebenarnya hanya pangkat anak buah saja, kira pencacai angkat najis je. Individu yang paling aku benci sampai sekarang yang aku ingat muka dan susuk tubuhnya adalah Lan Tiger.
Kami junior menggelarkan dia Lan Tiger sebab rupa dia yang bengis macam rimau.
Kalau dia cuba buat muka manis pun masih macam rimau.
Orangnya bertubuh sedang. Sedikit gempal. Badannya agak katang kalau berbanding dengan aku yang kurus kering ketika itu.Lan Tiger ni merupakan kepala dalam segala roll call yang berlaku sepanjang tahun tu.
Lan Tiger ni adalah ahli Lembaga Displin Pelajar (LDP) . Dia lah pengawas dia lah samseng taik kucing !
Lan Tiger ni pandai belakon. Kalau depan cikgu depan awek pandai dia bermadah.. Pijak semut pun tak mati. Mukanya walau pun tak brapa kacak, namun kata-katanya bisa mencairkan wanita.
Dia menjadi pemuda harapan bangsa ,dialah wakil maktab dalam apa jua bidang sama ada sukan atau akademik. Mempunyai otak yang bijak namun perangai gelapnya hanya kami yang junior saja tau.
Teringat aku minggu pertama roll call, aku di kejutkan pada pukul 2 pagi bersama rakan-rakan dan di suruh beratur di padang.
“Siapa duduk kat bilik A205 masa aku datang petang tadi, keluar!” Teriak Lan Tiger nada kemarahan.
Kebetulan aku melawat kawan lama aku Hafis dan Wan di bilik tu pulak petang tu.
Ada dua lagi yang aku tak kenal sebab kami baru je sampai. Jadinya kami berlima keluar dan berdiri depan ratusan pelajar junior lain.
“Ohh ni semua yang kurang ajar dengan aku tadi ye” sambil menunjal dahi kami semua satu demi satu.
Paling aku kesian Si Hafis. Dia dah la lagi kecik dan lagi kurus dari aku. Sekali kena tunjal, terus jatuh terjepuk ke atas rumput
Aku masih blur dan tak faham kat mana kurang ajarnya. Memang aku perasan Lan Tiger ada masuk jap bilik tu bertanya sesuatu pada rakan lain dalam bilik tu.
Tapi aku abaikan sebab aku rancak berborak dengan Hafis dan Wan.
” Siapa yang kutuk aku dalam bilik tu tadi? aku dengar korang kutuk-kutuk, hina aku sambil gelak-gelak lepas aku blah dari bilik tu!! baik mengaku!!” Bentak Lan
Aku dan rakan-rakan lain terpinga-pinga. Sikit pun kami tak mengutuk apatah lagi menghina. Mungkin telinga Lan Tiger ni yang ada masalah.
Suasana jadi hening. Semua tunduk ke bawah. Tiada siapa yang berani nak mengaku. Aku rasakan malam tu cukup panjang.
” Baik. Tak da siapa mengaku. Aku nak korang beratur” kata Lan. Elok je siap beratur, Lan Tiger ambil lajak dalam 10 kaki dan mula flying kick satu demi satu.” Dush!! satu sepakan padu menusuk ke perut aku.
Senaknya tak dapat nak cakap. Aku jatuh tersungkur . Lutut aku bergetar bila cuba bangun semula.
Tatkala aku bangun senior lain yang takda kena mengena pulak sambung terajang dan tumbuk dada aku. Masing-masing nak tunjuk belang nak tunjuk samseng bila ramai-ramai.
Memang sakit hati aku memikirkannya sebab di pukul tanpa buat apa-apa salah. Aku tak di beri peluang untuk mempertahankan diri. Kalau dapat aku nak ludah muka sekor-sekor dan flying kick balik.
Kemudian pelajar lain pulak yang di panggil atas kesalahan lain. Macam biasa, Lan Tiger akan merasmikan acara sesi terajang. Dan pencacai-pencacai dia akan tolong backup dan nasi tambah
Setelah peristiwa ni berlaku. Aku makin benci dengan senior aku. Aku kalau boleh tak nak berselisih dengan Lan Tiger and the geng. Aku benci meluat tengok muka dia.
Muka yang tak dapat ku lupakan. Kalau selisih juga aku akan sebut ” kom bang ” aku takkan bagi salam penuh. Aku memang taknak doakan kesejahteraan kau.. Mampos la
Acara roll call ini berlaku beberapa kali bila ada perkara yang senior tak puas hati. Aku tak pasti mana perginya warden asrama ketika ini.
Adakah di pukau atau nyenyak tidur dibuai mimpi. Ataupun warden tau perkara ni, tapi buat-buat tak nampak. Wallahualam
Baru-baru ni kawan FB share kejayaan Lan Tiger. Beliau rajin buat kerja amal dan ada badan kebajikan sendiri. Ada sesekali masuk TV.
Sungguh baik mana pun dia sekarang, aku masih trauma dan tak dapat move on. Aku sikit pun tak percaya dengan lakonan dan kebaikan beliau.
Bagi aku orang berbuat baik untuk tontonan umum pasti ada agenda sendiri.
Aku tak pasti Lan Tiger akan ingat segala buli raging pukul yang dia pernah buat. Banyak kot. Biarlah Allah tentukan di padang masyar kelak. Aaminn..
Mangsa Buli,
– Anuar Karim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit