Mengingat zaman kecik adalah perkara yang paling menggerunkan buat aku. Sumpah aku memang tak mahu jadi kecik balik kalau diberi pilihan.
Aku rasa sengsara tiap kali teringat perkara silam yang masa tu aku langsung tak tahu aku adalah mangsa pedofilia. Dendam aku ni hanya Allah je yang mampu balas.
Aku takkan maafkan semua yang dah buat aku walaupun diaorang dah bertaubat atau berubah. Susah aku nak maafkan sebab akibatnya sampai sekarang ni hati aku rasa tak aman.
Tapi aku manusia biasa, aku tahu kat dunia ni memang takkan ada keadilan buat aku, tapi aku tak lupa mahkamah akhirat masih ada. Cuma aku nak cakap kat sini betapa merananya aku bila aku dapat tahu aku adalah mangsa pedo ni bila aku dah besar!
Alhamdulillah, setakat hayat aku masih ada ni aib aku masih dijaga. Allah lindung aku dari segala tercalarnya maruah. Aku berharap sangat maruah dan aib aku ni terus terjaga selagi mana dunia ni belum kiamat.
Sebab aku langsung tak pernah ambil tindakan undang-undang pada diaorang. Aku pun tahu kalau ambil tindakan undang-undang, aib aku akan bersepah-sepah dijaja merata ceruk dunia. Tengoklah sekarang semua benda nak viral. Aku harap benda tu tak terjadi pada aku.
Aku harap Allah kunci mulut semua pendosa tu sampai diaorang tak bernafas lagi kat bumi ni. Diorang semua dah beranak-pinak, hidup senang. Kadang-kadang aku tertanya-tanya diaorang ni ingat ke tak apa yang diaorang dah buat pada aku dulu?
Hidup penuh keseronokan, aku ni boleh kata luar nampak bahagia, tapi hati merana sampai bila-bila. Diaorang tak rasa ke apa aku rasa?
Aku rasa nak gila kalau teringat peristiwa silam ni berkali-kali. Kadang aku rasa nak tikam je diaorang tu semua kalau terserempak dengan aku. Aku memang doa supaya aku tak bersemuka makhluk tu semua kat mana2.
Bukan sekali dua diaorang rosakkan aku. Banyak kali! Tapi macam aku cakap tadi aku tak tahu pun masa aku kena buat tu sebenarnya aku dah kena rogol!
Aku boleh main macam biasa kat rumah diaorang, langsung tak tahu apa sebenarnya maksud perbuatan diaorang tu. Aku tak tahu menahu langsung perbuatan diaorang tu keji. Tapi aku masih ingat bila mana aku cuba larikan diri, mangkuk tu tarik aku!
Mesti korang tanya kenapa kan aku masih main kat rumah diaorang? Sebab masa diaorang buat tu, ada bini masing2 kat rumah, ada anak perempuan, adik perempuan masing2 kat rumah.
Diorang tak pernah jenguk bilik untuk tengok apa bapak diaorang, apa abang diaorang buat kat aku! Tak pernah sekalipun!
Mak aku pun, aku rasa dia sebenarnya tahu benda melekit warna putih yang melekat kat seluar aku. Sebab aku tak tahu benda tu apa. Bila tengok benda putih tu aku terus tukar seluar dan campak dalam bilik air. Aku jadi tahu pasal benda melekit tu pun masa kelas agama.
Tiap kali subjek berkaitan benda ni, akulah orang paling berdebar sekali. Aku takut sangat kalau orang lain dapat tahu. Aku tak salahkan mak aku sebab mak aku sibuk bekerja. Kalau dia tahu sekalipun, dia pun sama macam aku takkan buat apa2 sebab maruah.
Zaman masa tu lebih utamakan maruah. Tak sanggup tanggung malu. Lagi pulak kitorang ni orang susah! Siapa nak bela?! Aku pun tak pernah suarakan perkara ni kat mak ayah sebab aku takut. Aku takut kena marah walaupun aku tak suka apa mangkuk2 tu semua buat.
Tapi lama2 aku jadi muak dengan perbuatan diaorang seiring pertambahan usia aku. Seingat aku last aku jadi mangsa tindakan keji diaorang semua masa umur aku 7 tahun.
Masa ni aku dah tak nak main dalam rumah diaorang lagi. Aku rela tak main kalau kena masuk rumah. Aku pun dah tak merayau sangat.
Aku tak tahu kenapa aku ni boleh ingat banyak perkara walaupun aku kecik lagi masa tu. Sebagai budak kampung yang bebas bermain, aku boleh ingat hampir semua kenangan buruk tu sampai sekarang ni. Bayangkanlah betapa jijiknya aku rasa dengan diri aku sendiri. Aku rasa geli, hina!
Pesanan aku pada mak bapak kat luar sana. Kalau ada anak perempuan terutamanya, jangan pakaikan pakaian seksi kat diaorang.
Aku kecik2 dulu walaupun kadang2 berseluar macam budak lelaki, tapi ada juga sekali sekala pakai skirt pendek. Tapi terus terang cakap mangkuk pedo ni dia tak kira anak kau seksi ke apa. Selera dia nauzubillahminzalik!
Jangan biarkan anak kau main rumah orang tanpa korang ada sekali. Mangkuk pedo ni luar nampak baik tapi dalam hati membusut perangai syaitan.
Aku harap mangkuk2 tu semua tak kira kat dunia atau akhirat Allah bagi cash setimpal dengan apa diaorang buat. Diaorang bertaubat antara dengan Allah.
Dengan aku, aku rasa belum selesai selagi mana hati aku rasa susah dan sengsara dengan perbuatan terkutuk diaorang tu. Ko jangan cakap aku jahat, sebab kalau kena batang hidung sendiri baru korang tahu tinggi rendah langit dengan bumi.
Masa tu korang jangan salahkan si pedo tapi salahkan diri sendiri sebab peringatan aku dah bagi. Tapi aku doa supaya korang selamat dunia akhirat.
Korang yang sibuk kerja tu tanya hari-hari apa anak kau buat. Tanya segala benda. Tanya tu jangan marah2. Borak-borak santai je.
Sebab mak aku dulu memang jenis pemarah, jadi apa-apa memang banyak aku simpan dalam hati. Aku tak tahu nak beza mana betul mana salah sebab bagi aku masa tu, apa saje aku cuba bagitahu mak aku, semuanya akan salah.
Kalau kau sayang anak kau, tolong bagi perhatian lebih pada dia. Kalau duduk rumah pengasuh pun tanya juga sebab budak ni kalau tanya elok2 jarang dia menipu.
Ada je penipu, tapi cerita macam ni kena usik sana sini confirm sahih. Budak apa tau. Macam aku tak tahu apa2. Paling malang aku tak pernah langsung ditanya!
Last, korang doalah banyak2 supaya anak kau orang semua selamat daripada segala bahaya. Sumpah aku cakap, pedo ni buat aku trauma tak boleh boleh tenangkan diri kalau aku teringat. Ingat, bukan semudah nak padam dengan pemadam ya memori ni.
Boleh jadi selamanya terpahat dalam kepala. Aku cuba buang ingatan tu, alhamdulillah kadang-kadang jadi tak ingat langsung. Tapi bila teringat, dendam kesumat jadi tak tertanggung.
Aku harap Allah sayang aku, jangan biarkan aku bertindak melulu buat kerja gila yang merosakkan jiwa nurani aku.
Aku tahu Allah sayang aku, sebab tu aku masih boleh hidup macam orang lain walaupun dalam kepala aku penuh kesalan bila dapat tahu aku adalah mangsa pedofilia tanpa aku sedar.
Walaupun memori lebih 30 tahun lalu tentang mangkuk pedo tu masih ada, aku harap aku mampu hidup dengan tenang dan rahsia ni tersimpan selamanya.
Cukuplah Allah sahaja tempat aku bergantung dan memohon harapan supaya aku berada di bawah lindunganNya selalu. Doakan aku…
Jaga diri semuanya
Pada semua perogol, mangkuk pedo kat luar sana, kau jangan lupa Allah sentiasa ada perhati apa kau buat. Mungkin sekarang korang selamat dan seronok kepuasan, tapi ingatlah azab Allah tu benar. Neraka itu benar.
– Mangsa tanpa keadilan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit