Hi, semua. Aku harap confession aku ini diterima, atas dasar dijadikan pengajaran atas apa yang terjadi kat aku. Aku terdetik nak buat confession ni lepas baca confession bertajuk: Pentingnya Batas Pergaulan Dengan Adik-Beradik.
Aku nak bagitau kat confessor, semoga tabah. Terutama adiknya yang serba sikit terkesan emosinya dan trauma kepada lelaki. Aku boleh relate dengan kejadian yang menimpa adiknya itu termasuk confessor sekali. Aku sebenarnya mangsa p3d0filia.
Sekarang aku berumur awal 30an, tak pernah bercinta walau dengan seorang lelaki pun. Kenapa? Dulu aku jijik kat lelaki pastu ia berubah kepada takut…
Kejadian terjadi masa aku masih tadika, aku jenis anak kecil yang suka main kat luar rumah, kadang-kadang main sampai rumah jiran. Aku tinggal di kawasan perkampungan so hubungan dengan jiran-jiran tu agak rapat.
Suatu hari seorang jiran aku ni, lelaki, dia panggil aku masuk rumah. Apalah sangat dengan pemikiran sorang budak kecik, ingatkan nak ajak main ke apa ke rupanya kenaifan aku yang dipermainkan…
Aku p masuk rumah abang tu, masa tu dia sorang je dalam rumah. Family dia keluar dah kot. Abang tu kalau tak silap maybe dalam lingkungan umur 20an kot masa tu.
Dia bawa aku masuk bilik, dia baringkan aku dan dia hempap badan kecil aku. Sehabis meronta pun aku takkan dapat lepas. Apa je daya budak kecik. Dia cakap dia bawa main hempap-hempap jer. Ok habis kat situ jer.
Kali kedua, hari lain aku tewas juga, aku kena umpan masuk rumah dia. Dia buat benda sama. Syukur sangat dia tak r0g0l ke apa just hempap je tapi masa tu serious aku tak paham apa permainan dia ajak aku main ni? Yang pasti aku rasa pelik lah.
Fast forward aku masuk sekolah rendah, aku jadi nakal. Tapi akademik aku OK cuma aku slow² jadi pendiam.
Pendiam yang bisu, susah sangat nak bercakap, dan aku memang membesar dalam keadaan moody dan ber-mood swing (aku rasa ini adalah sejenis trauma atau kesan mental) Dan imej abang tu hempap aku bermain balik kat kotak fikiran aku.
Pada usia tu aku pernah tengok movie macam something yang soft p0rn lah macam kissing, hugging tapi tu OK lagi tak trigger apa-apa tapi it seems weird bagi aku masa tu.
Parents aku memang jaga aku betul-betul sebagai anak perempuan. Dorang sanggup berkorban semata-mata nak aku habiskan belajar sampai universiti sekalipun. Even aku dah 30an ni pun oleh sebab aku solo, aku acah-acah nak sambung belajar pun dorang still bagi galakan.
Aku tak pernah rahsiakan apa-apa pada parents aku. Dorang tau cerita aku dari A to Z, malah aku dapat rasa akulah yang akan jaga dorang sampai bila-bila since adik-beradik aku semua dah berkahwin. Kecuali kisah abang tu lah satu-satunya rahsia yang aku tak ceritakan.
Ada few kawan yang tahu kisah aku. Semua kami budak perempuan yang pernah jadi mangsa p3d0filia, ada yang kena r4b4 cikgu, ada yang kena buka baju etc. So kitorang can relate to each other.
Pada pendapat aku, selain mengadu kepada Tuhan, knowledge adalah satu jalan keluar untuk tak terus hanyut dalam perasaan yang kau pernah kena s3xual harassment macam ni.
Ilmu ajar kami untuk berfikiran waras, melupakan kisah lama walaupun parut tu masih ada. Kitorang decide untuk memaafkan pelaku, cuma serahkan segalanya pada Tuhan.
Untuk pengetahuan, agama aku dan abang tu berlainan. Aku seorang Kristian, dia Muslim. Agama bukan menjadi soal menentukan baik burok seseorang tu tapi keperibadian, attitide seseorang – itulah yang menentukan siapa kau sebenarnya.
Sekarang aku dah tak tinggal kat kampung. Oh ya, memang kampung kitorang jiran-jiran semua berbilang bangsa.
So, bila aku terserempak dengan abang tu, dah nampak dia berusia, aku bagi muka benci dan dia TAHU. Dia selalu melarikan pandangan dia dari aku. Dia ada anak bini. Aku tengok dia takda anak lelaki, semua anak perempuan. Hmmm.
Kalau nak cerita hal trauma tu memang peritlah. Bukan kena r0g0l je perit weh, sekadar kena hempap macam tu pun traumanya aku bawa sampai sekarang ni.
Aku takut dengan lelaki. Sampaikan aku pernah termuntah tanpa sebab kalau tengok lelaki shirtless atau tersentuh kulit dengan dorang sekalipun. Peluh dingin tengahari menitik tiap kali aku kena berhadapan dengan lelaki, tergesel sikit pun aku rasa nak terajang jer.
Masa kat U, dua orang budak lelaki konon meluah perasaan kat aku tapi aku bukan saja-saja buat b****h dan reject dorang tapi lebih kepada takut.
Aku tak tau nak expect apa. Lagipun aku rasa masatu macam tak sesuai nak bercinta bagai. Underwear pun beli pakai duit PTPTN nak bercinta konon.
Masuk kerja, aku boleh dah terima lelaki malah aku mudah mesra, mesra yang bermaruah. Aku jenis jaga pergaulan sebab aku tak nak dipermainkan dan diperlekehkan.
Takda orang lain boleh protect aku kalau bukan diri aku sendiri. Biar ada yang cuba bagi hint nak memulakan sesuatu pun aku tepis.
Aku buang perasaan tu jauh-jauh. Kalau aku jumpa crush pun aku acah-acah jual mahal padahal dalam hati, Tuhan je tahu betapa aku nak rasa mencintai dan dicintai.
Aku cuma akan extra friendly jumpa kawan yang biasa, kalau orang tak kenal aku dia akan fikir aku flirty padahal kalau dengan orang yang aku suka, aku akan jadi takut nak bagitau, peluh dingin mula menitik. Selagi dia tak mulakan langkah, memang taklah aku bergerak, dok keras situ ja.
Sesungguhnya, apa yang terjadi kat aku masa kecik aku anggap itu sebagai satu hikmah, sebab untuk aku sentiasa menjaga pergaulan sebagai seorang perempuan. Sebab yang menjaga ‘kunci’ ni kita, kita saja yang boleh decide nak bagi ‘kunci’ tu kat siapa.
Apa-apa jadi, perempuan boleh jadi mangsa, boleh jadi yang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tak salah, apatah lagi kalau kita memang di pihak yang bersalah.
Syed Azmi antara orang yang lantang memperjuangkan nasib mangsa p3d0filia and I adore him for that. Benda macam ni taboo bagi masyarakat kita. Ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu.
Boleh semak kes p3d0filia kat negara kita ni, bukan benda kecik. Cuma masyarakat banyak yang pandang pakai tepi mata jer. Benda tak jadi kat diri sendiri kan…
Dan kalau ditanya pandangan aku terhadap lelaki, aku dah boleh terima dorang seadanya. Masalahnya aku jenis tak nak main, kalau serious, kena serious.
Masing-masing kena bersama menjayakan sesebuah hubungan. Aku jenis alpha female dan biasanya aku memandang lelaki yang alpha male juga.
Aku tak sempurna dan aku juga tak mencari yang sempurna, cukuplah sekadar saling melengkapi. Kalau kau bawa aku sembang kosong kedai kopi, kau akan tahu aku jenis buka topik macam mana.
Aku tak suka sembang kari, sembang bab! boleh terbang. Aku sembang benda berilmiah. Sekali kena perlekeh, aku diam terus dah malas dah nak cakap dengan kau.
Dan kepada ibu bapa, jangan dedahkan anak dengan smartphone terlalu awal. Aku tengok sekarang budak kecik dah tau pa benda kissing, hugging, even I once encountered a kid yang bagitau I dia rasa something like strange feeling kalau anu dia tergesel kat sesuatu! Aku nak jawab pun terkedu weh.
Ramai kawan aku yang dah ada anak dorang bagi tablet sebagai permulaan konon nak dedahkan dengan video nyanyian kanak-kanak, aku dah bagitau awal pastu bila budak dah start tau games, YouTube, menghadaplah kau nak ikut sandiwara dorang minta topup data bagai.
Di situ start dorang ‘membvnvh’ kau. Jangan jadikan telefon sebagai ejen penenang. Aku tengok colleagues bawa anak dorang pergi office pun anak dah takda yang angkat kepala dari phone tegur kita pun.
Yang parents pandai tegur takpe, ni yang jenis main tik tok, gigih nak jadi instafemes ni dah takda hormat dah dengan orang sekeliling, bercakap pun tak nak, muka masam memanjang. Salam pun gitu-gitu jer.
Please jangan pertikai pergaulan aku, aku memang bergaul dengan semua orang tak kira bangsa agama sebab tu aku tahu.
Aku rasa penulisan aku dah melalut tapi itulah…
Sebagai penutup ada baiknya aku tinggalkan pepatah cina yang aku belajar kat drama cina ni. Hahahahaha.
Mendidik anak lelaki ibarat mendidik seorang individu.
Mendidik anak perempuan ibarat menjaga sebuah negara.
With Love,
– Rin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit