Aku Mangsa Pedofilia

Cerita ini adalah cerita benar, tiada penambahan dan tidak berniat untuk membuka aib mana mana pihak. Tujuan cerita ini hanya ini berkongsikan realiti kehidupan betapa cacar marbanya sistem undang-undang di Malaysia.

Lindungilah anak perempuan, adik perempuan serta kakak anda dari syaitan yang bertopengkan manusia.

……..…….……….……………………..…………………………………………………………………………………..

Aku ada suatu cerita hitam yang aku simpan utuh dalam memori yang paling dalam. Jika bisa, aku tidak ingin mengenang kembali cerita pahit ini.

Namun, sejak viral cerita pelajar sekolah berkenan isu lawak jenaka “r0gol”, kisah silam itu bermain kembali di benak ku.

Benar suri teladan seorang kanak-kanak itu ibubapa nya. Namun, ada satu lagi susuk tubuh badan yang menjadi pujaan seorang kanak-kanak. Ya, gurunya. Berkata apa pun seorang guru itu pasti seorang kanak-kanak naif itu percaya.

Aku juga tidak ketinggalan. Semasa di sekolah rendah dahalu, aku punya seorang guru yang sangat aku hormati dan kasihi. Dia seorang yang penyayang, mesra, baik hati dan disenangi oleh murid-murid yang lain.

Mungkin kerana menganggap dia sebagai seorang bapa, maka setiap kali hari guru pasti berbakul hadiah untuknya dari murid lelaki bahkan murid perempuan.

Pergi ke mana mana pasti nama nya disebut sebut. Bukan sahaja diminati dalam kalangan murid murid malahan dikagumi rakan rakan guru kerana kriteria dan hasil kerjanya yang memuaskan hati rakan rakan guru serta pentadbiran sekolah.

Tidak hairanlah jika dia mendapat anugerah guru cemerlang saban tahun.

Beberapa tahun menimba ilmu di sekolah rendah tersebut, aku menamatkan zaman persekolah di sekolah rendah dan berpindah ke sekolah menengah. Aku harapkan panas hingga ke petang namun hujan di tengah hari.

Aku masih ingat detik itu. Pada hari itu, bagaimana peristiwa malang itu boleh berlaku.

Hujan renyai renyai menemani langkahku ke halaman sekolah. Tersemat di fikiranku kata-kata seorang rakan sebaya.

Mawar, kalau kau ada masa lapang nanti datanglah sekolah lama kita. Cikgu xx nak jumpa. Dia nak mintak tolong kau susun buku-buku di perpustakaan.

Dalam hati yang penuh kerinduan ini kepada memori-memori lama persekolahan pasti menambahkan keseronokan dalam hati dapat kembali ke sekolah lama.

Dalam hati aku, oh, masih ingat cikgu xx pada aku.

Dalam hati yang tidak ada curiga kulajukan langkah. Membayangkan bilik perpustakaan yang di tingkat 3. Di dalam nya ada banyak buku buku, hiasan dan berbagai lagi kerja yang bakal menantiku. Tidak dilupa bayangan isteri cikgu xx juga ada di situ.

Tidak pernah terlintas difikiran aku hari ini bakal menjadi hari paling malang dalam hidup aku selama 13 tahun hidup di muka bumi ini.

Sesampai aku di bilik perpustakaan itu, aku nampak satu susuk tubuh tua yang aku hormatinya. Wajahnya masih lagi seperti itu. Berkaca mata dengan senyuman yang masih sama.

Assalamualaikum cikgu. Cikgu sihat? Sapa aku.

Mawar. Lama cikgu tunggu mawar. Masuklah. Isteri saya ada di bilik sebelah. Tengah mengemas. Maka masuklah aku ke mulut buaya tanpa aku sedari.

Bersambung…

– Bunga Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *