Thanks admin siarkan cerita aku.. Cerita aku ni dah pun lebih kurang 24tahun berlalu .. Aku adalah anak bongsu dalam adik beradik sebapa.. Kalau seibu,aku adalah anak tunggal..Jadi hanya itu lah adik beradik aku..Kami memang sangat rapat kerana tinggal bersama sejak kecil..Isteri pertama ayah dah meninggal,jadi ayah berkahwin lagi..
Lebih kurang 25tahun lalu,aku pernah dirogol berulang kali oleh abang aku (ketika itu dia sekolah menengah) dan yang mana masa tu aku tak tahu itu adalah rogol..Aku hanya diberitahu ia adalah satu permainan..Masa tu umur aku dalam 8 tahun..Berulang kali dirogol sehingga umur aku 9 tahun..itu pon jadi stop sebab aku telah akil baligh pertengahan tahun masa aku darjah 3 tu dan sebab perkara tu dah sampai ke pengetahuan mak ayah..
Kejadian itu berlaku berulang kali semasa ketiadaan ibu bapa di rumah..Mereka bekerja sebagai penjawat awam..Abang aku akan panggil aku masuk bilik jika ada adik beradik lain atau depan tv (bila tinggal berdua shj) untuk dia melakukan perkara tersebut..aku pada waktu umur begitu tak faham perkara tu..hanya turuti sahaja kehendaknya..Perkara itu memang berlaku sehingga sampai kemuncak (maksud aku sehingga keluar air mani)..Perkara tu semua masih jelas terbayang dalam kepala aku sehingga hari ni..Cumanya bila aku dah sekolah menengah baru aku tau benda tu semua adalah salah,baru tau tu namanya air mani dan sebagainya..Oh ya..aku diberi amaran ole h abang agar tak memberitahu sesiapa setiap kali ‘permainan’ tersebut berlaku..Aku hanya turuti sebab takut..
Berbalik kepada mcm mana mak ayah boleh tau perkara tu..Ketika umur 8tahunn,aku mengadu dengan mak ayah bahawa aku takut tinggal di rumah..Bila disiasat2 akhirnya aku ceritakan ‘permainan’ yang diajak oleh abang aku..Masa mak tahu,mak sememangnya mengamuk sehabisnya dan dinafikan sekeras2nya oleh abang..Ayah pula menjadi serba salah aku rasa..Kerana abang adalah anak kandungnya,ayah berjawatan tinggi dan terkenal dgn sifat waraknya..Jadi, mungkin takut Abang dipenjarakan dan Ayah mendapat malu,maka perkara tersebut didiamkan sahaja daripada dilaporkan kepada pihak polis..Hanya ayah selesai secara dalam keluarga.. Ayah tanya aku bagaimana ia terjadi dan aku ceritakan 1 per 1..sehingga sekarang,kebanyakan yg berlaku masih segar dalam ingatan aku..Story short,perkara itu didiamkan begitu sahaja dalam keluarga aku..semua adik beradik tau..tapi tak mampu berbuat apa-apa..Mak menjadi sangat benci pada abang kerana perkara itu..Hujung minggu atau cuti sekolah mak memang tak kan benarkan aku tinggal dirumah..
Kini telah pun tahun2018.. Yang menjadi kerisauan aku hingga sekarang adalah suamiku..Utk pengetahuan aku dah berkahwin dan beranak dua..Benda yg selalu bermain dalam otak aku adalah Bolehkah suami amu menerima aku apabila dia tau keadaan sebenar? Memang betul dia tak akan tau kalau family aku tak bagitau..Tapi andainya dia tahu bagaimana?
Persoalan seterusnya
Adakah suami aku akan menceraikan aku kerana kisah silam itu..
Adakah suami aku boleh terima abang aku,sedangkan mereka sangat baik berdua..
Bagaimana perasaan kakak ipar jika tau suaminya dulu pernah menjadi perogol dan mangsa rogol itu adalah aku,adik kandung suaminya..
Aku selalu berdoa agar benda ni boleh hilang drpd memori ingatanku macam tu sahaja..Walaupun sebenarnya ia tak mungkin dapat dilupakan..
Aku juga berdoa agar keluarga aku sentiasa dalam kasih sayang Allah dan dijauhkan daripada perkara2 buruk seperti ini..
– -Mimosa2018-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit