Aku Mangsa Scam

Hai pembaca IIUM Confession. Saja aku nak berkongsi pengalaman aku di scam sebanyak RM5,000. Perkongsian aku ni harap dijadikan pengajaran kepada semua orang untuk tidak mudah percaya mana-mana skim pelaburan di Telegram.

Selalunya aku memang alert tentang aktiviti scammer melalui pelbagai platform, antara yang paling terkenal adalah melalui telegram. Secara tiba-tiba, aku masuk dalam macam-macam group di telegram dan yang paling banyak adalah group pelaburan.

Biasanya aku memang akan terus left group tu. Tapi pada suatu hari, nak dijadikan sebab, aku berminat nak tengok apa yang ada dalam group tu. Nama group tu Sahabat Master Binary. Ahlinya ramai, ada 200 orang lebih.

Rupanya-rupanya admin tawarkan pelaburan bitcoin/forex, katanya dalam masa 3-6 jam boleh jana keuntungan, dan akan dipindah masuk ke bank kita dalam masa sehari. Modal serendah RM500 hingga RM10,000.

Setelah membaca review orang dalam group tu, aku macam yakin dengan skim tu. Kebetulan aku pun perlukan duit sangat ketika tu, jadi aku harap dapat lah bantu keluarga aku. Jadi aku mulakan langkah pertama dengan text admin tu di telegram. Admin reply dan minta aku pilih pakej.

Untuk modal RM500, pulangan sebanyak RM15,000. Modal RM1,000, pulangan RM30,000. Jadi aku pun ambil risiko dengan mulakan pelaburan terendah, bermodalkan RM500. Admin minta detail aku dan bagi aku nombor akaun untuk aku transfer modal tu.

Setelah aku share resit pindahan wang sebanyak RM500, dia bagi aku satu PERJANJIAN TRADING seperti ni:

-Jika kemudian anda dinyatakan WIN/PROFIT. Maka jumlah wang Menang adalah 100% dan bahagian kami adalah 30% pertama yang perlu anda pindahkan.

Ini bermaksud bahawa menurut perjanjian awal, anda 70% dan kami 30%

-Setelah memenangi baki wang anda akan diubah menjadi ringgit dengan membuat deposit 30% sehingga dapat diproses ke dalam akaun bank anda.

-Jika anda kehilangan/lose.

Kemudian modal permulaan akan dipindahkan kembali.

$# jika anda setuju, balas mesej ini dengan menulis OK DEAL

Setelah berfikir dan berkira-kira, aku pun setuju dengan perjanjian tu. Lalu bermulalah proses trading duit modal aku tu.

Keesokannya, aku dapat screenshot kata yang trading aku dah berjaya dan aku dah menang USD3,638.85 = RM15,000, dan aku boleh withdraw duit tu. Jadi untuk proses seterusnya, dia call untuk explain.

Dia kata, menurut perjanjian yang aku dah setuju tu, 30% adalah yuran dan upah trading, manakala 70% lagi adalah untung aku. Ini untuk kali pertama join. Jadi, aku kena bank in RM4,500 kepada dia sebagai yuran dan upah sebelum duit tu dikredit masuk ke akaun aku.

Masa tu aku agak terkejut, sebab aku ingat dia akan tolak siap-siap 30% tu daripada keuntungan aku. Rupanya tak, aku kena bayar dulu yuran baru dia akan transfer duit.

Aku minta dia masa sampai esok untuk aku cari duit RM4,500 tu. Dia kata dia akan bagi nombor akaun lain untuk aku transfer, sebab tu dikira komisyen dia tolong aku.

Sepanjang hari tu aku berfikir, patut tak aku teruskan? Aku baca lagi dalam group tu dan rata-rata semuanya kata boleh dipercayai, membuatkan aku yakin untuk teruskan.

Jadi, aku gunakan wang simpanan aku sebanyak RM4,500 yang aku simpan selama 3 tahun untuk melancong ke Turki, dengan harapan aku dapat balik dengan amaun yang lebih banyak.

Jujur, aku memang bodoh sebab percaya dengan semua ni. Aku keluarkan duit simpanan aku tu dan aku transfer ke orang tu lagi.

Aku minta dia nombor akaun, tapi dia bagi nombor akaun yang sama. Aku pelik lah, sebab dia kata untuk dia so sepatutnya masuk akaun bank dia lah kan? Dia kata betul, akaun yang sama. Jadi, aku terus transfer.

Lepas aku share resit, dia call aku lagi. Katanya, dia dah cuba transfer ke akaun aku, tapi transaksi tak berjaya sebab duit dollar tak boleh masuk ke akaun bank malaysia. Jadi aku kena buat pertukaran bank dan bank in semula RM4,500 tu.

Time tu aku dah mula naik angin. Aku dah tak ada duit, memang aku dah berhabis semua duit aku.

Dia kata dia ada cash RM2,500 untuk bantu aku. Jadi aku hanya perlu cari lagi RM2,000. Nanti aku akan dapat balik RM4,500 tu tambah RM15,000 keuntungan aku tu, so aku akan dapat RM19,500.

Then aku cakap, aku ada RM1,000 je dan nak minta tolong dia tambah lagi RM3,500. Dia tak bagi, dia minta aku cari juga RM2,000.

Time ni aku dah mula syak. Aku check semula semua screenshot transaksi dalam group telegram tu, dan aku baru perasan yang semua tu hanyalah rekaan.

Semua orang dalam tu hanyalah rekaan, dan mungkin ID yang dibuat-dibuat. Time tu aku baru sedar yang aku dah ditipu.

Untuk kali terakhir, aku minta nombor akaun untuk aku transfer baki RM2,000 tu. Masih dia bagi nombor akaun orang yang sama. Aku jadi yakin bahawa aku dah kena scam. Jadi, aku terus diam dan tak reply apa-apa.

Aku betul-betul rasa terduduk dan rasa bodoh sebab kena tipu macam tu je. Selepas 10 minit berdiam, dia text aku tanya dah transfer ke? Time tu aku betul-betul rasa marah, tapi aku cuba berlagak tenang.

Aku reply text dia, dengan menyamar seolah-olah aku dah kantoi dengan suami aku. Ayat aku dalam tu, This is scam. Saya tak benarkan wife saya proceed apa-apa transaksi lagi.

Dari awal sebarang prosedur perlu dijelaskan dengan terperinci. Perlu jelaskan ada 2 kali bank in. Sekarang dia dah transfer 5k. Saya tak benarkan dia rugi apa-apa lagi.

Sekiranya betul, sepatutnya duit telah dibayar masuk ke akaun isteri saya selepas transaksi pertama lagi. Nanti nak mintak lagi hingga cukup 15k dia transfer, baru nk pulangkan balik?

Tak lama lepastu, scammer tu cuba menangkan diri dengan cakap dalam PERJANJIAN TRADING tu dah mention pasal bayaran tu.

Untuk step 2 hanya deposit sementara sahaja, dan akan balik semula duit tu kat akaun aku. Aku tak reply langsung dan aku biarkan saja. Aku memang betul2 dah tak percaya.

Sejam lepastu dia cuba pujuk aku lagi dengan kata dia dah cuba bank in, tapi tak berjaya sebab masalah dollar tu dan minta aku transfer jugak RM4,500. Nanti aku akan dapat balik duit aku berjumlah RM19,500.

Aku dah cukup jadi bodoh sehari, dan aku taknak jadi bodoh lagi. Dari awal, aku tak patut transfer RM4,500 tu, sekurang-kurangnya aku rugi RM500 je. Tapi sekarang, aku dah rugi RM5,000 dan duit aku nak pergi melancong pun dah hangus.

Mujur baik aku takde pinjam dengan sesiapa, jadi takde lah aku menambah hutang lagi.

Aku harap pembaca sekalian berhati-hatilah dan jangan sampai terkena macam aku. Apa-apa group yang menawarkan pelaburan Master Binary tu tak betul. Tak ada istilah boleh dapat untung dalam sehari.

Nak menyesal pun dah terlambat, apa yang berlaku ni aku jadikan pengajaran dan hikmah untuk aku lebih berhati- hati di masa akan datang.

– Crystal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian..group2 telegram whatsapp apa semua tu memang tak payah dilayan semuanya scammer sama je dari dulu sampai la skrang ada je yg terkena.. harap perkongsian nie jadi tauladan untuk kte semua jangan la senang2 transfer duit dah confirm la scammer

  2. Buat report ke no. 997, yg slalu kluar sbelom kita semak baki bnk online tu, atau berhubung dgn pihak bank kita tu.. walau pon ‘tipis’ harapan utk dpt blk dt tu, at least mngkin ini dpt mngelakkn org lain dari terkena.. skrg ni mcm2 cara org nk scam.. bru2 ni saya ‘terkena’ slepas sya ‘swap’ card bank di satu kedai.. lps pd tu wang dlm akaun ditolak sedikit demi sedikit, pdhal saya x belanja apa2 pon, nasib baik saya sedar awal, notification nya pon mcm ‘pelik’, sbb xde no rujukan apa2, cuma nyatakan wang kita ditolak, bla saya report ke bnk (dan kad saya disekat dan ditukar slepas tu), bnk tu kta, dah bnyak org report hal yg sama, klaw diorang pakai sampai habis dt kita mcmne.. sbb tu, skrg sya hanya guna “cash”, sbb dah ‘trauma’ dgn kejadian wang kita diguna tu, rase mcm x slamat bla guna online or qr code, tp tulah, xkan nk bwak cash bnyak2, bhaya jugak.. tak tau la.. dunia terlalu ‘canggih’, n org2 jahat pon dah ramai & ‘bijak’.. 😔

  3. saya pun dah terkena cik..
    mula2 rm500..lepas tu kena bayar rm4500..tp dia kata dia dahulukan rm2000
    so..sy masukkan rm2500..sepatutnya boleh dah keluarkan rm15k yang sy dpt
    tapi katanya sistem x release..kena gak byr rm2000..
    sy amik langkah diam terus..jadi total sy kena scam rm3000
    nak buat camne..kesalahan sy sendiri..
    seminggu lebih kemurungan..

  4. Terima kasih sharing citer scammer ni, mudah2an Puan dapat balik duit Puan dari sumber lain, memang cam ni la cara2 scammer nak menjalankan operasi mereka

  5. Sifat tamak dalam diri kita adalah musuh terbesar menguasi diri. Dah banyak dlm cerita di media massa pasal scammer ni, masih terkena juga.
    Nak lipatgandakan duit, kena bersedekah. Bersedekahla hingga kaya. Itu Allah yg jamin. Tapi kita tak percaya. Percaya scammer juga…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *