Aku Mad telah berkahwin dengan isteri aku 3 tahun lepas.
Sebelum berkahwin, isteri aku berkerja & dia kata nak jadi housewife selepas berkahwin.
Aku setuju & takde masalah sebab sebelum kahwin, aku dah tanya komitmen dia berapa.
Komitmen dia 1k sahaja sebulan sebab isteri tinggal bersama parents. Jadi aku percaya yang komitmen dia sikit.
Aku janji akan bayar komitmen dia & bagi duit nafkah asing.
Duit rumah sewa kami & utility rumah aku akan tanggung juga. Makan minum pakaian pun aku tanggung. Memang 100% aku akan tanggung dia.
Setelah 3 bulan berkahwin, baru aku tahu yang isteri ada loan rumah. Sebulan 2500. Rumah tu parents dia duduk.
Lepas dapat tahu, aku gaduh besar dengan isteri & dia minta maaf sebab tipu.
Aku pergi jumpa bapa & ibu mentua aku. Setelah berbincang mereka setuju untuk bayar 1500 loan rumah tersebut & aku bayar 1000.
Walaupun aku masih tak puas hati tapi aku terpaksa demi isteri tersayang.
Isteri aku, aku masih mewahkan macam biasa. Takde kurang. Apa yang dia nak, aku belikan & tunaikan.
Sampai la hari raya tahun ni. Ada benda terbongkar lagi. Rupanya 3 orang kakak ipar aku buat benda yang sama terhadap suami mereka.
Sebelum kahwin, kata nak berhenti kerja & bagitahu komitmen tak banyak. Tiba2 terbongkar ada loan lain yang beratus ribu.
Loan yang terpaksa ditanggung adalah loan kereta mewah 300k & 2 personal loan berjumlah 200k dan 150k. Semua digunakan oleh parents mereka. Terkejut beruk aku.
Yang aku pelik suami kakak2 ipar aku memang takde minta cerai. Aku pun rasa pelik, mudah je aku maafkan isteri aku dulu.
Kalau ikutkan besar penipuan dia tu, RM2500 bukan sikit untuk setiap bulan. Isteri aku juga berjaya pujuk aku untuk bayar 1k tersebut.
Sekarang setiap kali gaji, aku teringat penipuan dia. Aku tak kisah berhabis duit untuk isteri tapi bukan cara ini.
5k untuk keperluan kami berdua, 1k komitmen isteri, 1k nafkah isteri, 1k loan rumah parents isteri.
Adakah aku mangsa scammer??
Aku tengok suami kakak2 ipar aku jenis macam aku. Bergaji tinggi, low profile di media social, introvert, minimum komitmen bulanan & anak yatim.
Taktik yang digunakan sebelum kahwin pun sama.
Maaf aku lelaki, cara tulis aku memang bernombor. Aku ubah sikit cara tulis supaya tak di kenal.
So, apa pandangan korang berkenaan ini?
– Mad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit