Assalamualaikum..
Selama ni aku tertanya-tanya apa punca aku jadi macam ni. Aku selalu rasa otak aku ada masalah. Mungkin sebab aku terlalu bayak berfikir atau mungkin aku memang seorang yang lambat pikap atau mungkin juga sebab aku ni memang dumb. Aku tak salahkan guru-guru yang pernah ajar aku dulu atau ibu bapa aku sebab diorang semua dah buat yang terbaik untuk aku. Jadi permasalahan yang timbul dalam diri aku mungkin berpunca dari diri aku sendiri.
Setelah bertahun-tahun aku belajar akhirnya apa yang aku dapat adalah otak yang makin kosong, kuat pelupa, lambat berfikir dan daya kreativiti yang makin hilang.
Aku ingat lagi masa aku kecil aku seorang yang sangat kreatif, suka melukis, belajar benda baru, memanjat, memasak, berkhemah dan banyak lagi benda yang aku buat. Biasalah budak-budakkan..
Masuk sekolah menengah otak aku masih lagi aktif berfikir tentang itu dan ini. Tapi even masa tu pun aku still tak tahu apa yang aku nak sebab aku cuma buat apa yang aku suka tanpa memikirkan masa hadapan. Aku rasa aku banyak main je dulu tapi tak tahulah datang dari celah mana, alhamdulillah masa PMR aku dapat straight A’s. SPM aku pulak takde lah hebat mane setakat 5 A je. Tapi dengan result tu aku dapat masuk ke matrikulasi.
Aku belajar lagi sampai lah mase semester akhir aku dapat above 3.5 pointer. Tapi even masa ni pun aku masih lagi takde cita-cita nak jadi apa bila aku dah besar nanti. Dengan result tu aku apply ke universiti-universiti dalam negara. Walaupun tak tahu nak apply apa tapi akhirnya aku decide nak ambil dietetic sebab aku suke makan jadi mungkin ade kaitan sikit.
Tapi mungkin bukan rezeki aku, aku tak dapat kos yang aku mintak atau mane-mane uni yang aku apply. Jawapan yang aku terima membawakan aku ke Kelantan, bumi yang tak pernah aku jejaki selama ni dan jauh dari rumah aku. Kos yang aku dapat juga tak pernah aku dengar atau apply tapi aku terima juga sebab bukan senang nak masuk u kan..
4 tahun kemudian aku tamatkan degree aku dalam kos yang masih lagi aku tak minat even after 4 years. Kelakar rasenye sebab lepas aku habis belajar selama bertahun-tahun dari kecil sampai besar baru aku tahu sekarang apa yang aku nak. Tapi lepas bertahun-tahun belajar sesuatu yang aku tak minat, semua passion aku dah lari ke mana.
Aku akui aku memang suka belajar. Selama bertahun-tahun tu pun walaupun aku tak minat tapi aku tetap suka belajar sebab semua tu ilmu dan kita patut belajar sesuatu ilmu tu tak kira dalam bidang mana pun. Cuma aku kesal kalau lah aku sedar dari awal apa yang aku nak mungkin aku dapat bakar passion aku untuk belajar apa yang aku minat tu dari awal lagi. Aku boleh belajar dengan bersemangat dan gembira tanpa menyesali apa yang aku mintak, InsyaAllah..
Point aku kat sini kalaulah sistem pembelajaran kat Malaysia ni membolehkan pelajar-pelajar dapat cari minat dan kebolehan yang diorang ada, guru-guru dan ibu bapa pula bantu untuk nurture gift and abilities yang diorang ade tu, mungkin orang macam aku boleh dielakkan. Tahun-tahun yang berlalu tu boleh diisi dengan perkara-perkara yang sepatutnya diorang belajar untuk tingkatkan kebolehan diorang. Belajar perkara yang diorang minat tanpa rasa hilang arah macam aku. Tanpa rasa tercari-cari macam aku. Tanpa rasa tak berguna dengan otak yang bermasalah macam aku. Diorang boleh jadi lebih baik. Dan aku pun mungkin boleh jadi lebih baik.
Tapi setiap apa yang terjadi ada hikmahnya dan Allah dah pun mencorakkan jalan hidup seseorang tu dengan sebaik-baik jalan cerita termasuklah pada aku. Jadi walau apa pun yang dah terjadi waktu dulu aku kena teruskan hidup jugak. Cari yang terbaik untuk aku dan buat yang terbaik dalam hidup. Masih belum terlambat lagi kan.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit