Assalamualaikum, aku sorang budak kampung yang pernah tinggal di Kuala Lumpur.
Ceritanya bermula bila aku berkenalan dengan seorang gadis dari Kuala Lumpur.
Dari kampung aku berhijrah ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan disana dengan harapan kami lebih dekat.
Tapi sampai satu ketika ayahku jatuh sakit dikampung dan aku putuskan untuk aku pulang ke kampung mengambil tanggungjawab untuk menjaga kedua orangtuaku.
Setelah hampir setahun aku pulang ke kampung, ayahku yang tercinta pergi menemui pencipta dan tinggal lah aku seorang yang menjaga ibuku kerana saudara yang lain sudah berkahwin dan tinggal berjauhan.
Oleh kerana ibuku seorang peniaga, mana mungkin dia akan meninggalkan pekerjaannya semenjak dari dulu lagi di kampung.
Aku berkenalan dengan dia sehingga ketahap yang paling serious dalam hubungan. Kami pernah beberapa kali buat pertemuan antara dua keluarga untuk satukan kami.
Tapi kesemua pertemuan itu berakhir dengan kebuntuan, kerana beberapa masalah yang aku anggap puncanya dari kesilapan aku sendiri.
Aku tak tau samada aku yang bersalah atau siapa, tapi aku sering merasakan semua masalah ini punca dari diriku sendiri.
Berkali kali setelah kami putus, kami cuba untuk jernihkan kembali keadaan namun apabila ketahap lebih serious pelbagai masalah datang melanda kami.
Sepanjang kami bersama tiada pon masalah orang ketiga dalam perhubungan walaupun masing masing berjauhan.
Konflik yang lebih teruk berlaku apabila baru baru ini kami memutuskan untuk mengadakan perbincangan keluarga,
Namun sehari sebelum kejadian aku sempat berbual dengannya untuk berbincang mengenai perancangan masa hadapan.
Bila berbincang mengenai rumah lepas berkahwin si dia mengatakan, “walau sehari pon aku tak nak tinggal dekat rumah mak”
Kata-kata tu membuatkan aku berasa serba salah dan lantas semua yang aku harapan yang aku inginkan hancur berkecai.
Berkali kali aku cuba menerangkan padanya yang aku perlu menjaga ibuku dan mana mungkin aku akan tinggalkan ibuku sendirian dirumah yang agak besar.
Aku punya perancangan untuk berpindah supaya kami dapat jalani hidup bersama sebagai suami isteri kerana aku tau, sebaik mana menantu itu, tetap tidak akan bahagia bila tinggal dirumah mertua.
Tidaklah banyak ilmu pernikahan yang aku ada, cuma aku memahami isi hati setiap wanita dan kemahuan wanita. Lebih – lebih lagi isu berkaitan tempat tinggal lepas berkhawin.
Namun tidaklah secepat mungkin kerana aku masih mempunyai tanggungjawab dunia akhirat aku iaitu ibuku.
Kami bertengkar dan pada akhirnya aku memutuskan untuk pergi.
Dan asbab dari tindakkan aku lepastu keluarga dia semua menganggap aku macam main-main dalam perhubungan sedangkan aku punya alasanku tersendiri.
Sejak dari haritu aku dan dia masing-masing membawa diri. Dan aku hidup dalam keadaan yang penuh kecewa kerana dia antara wanita yang ada dalam setiap waktu susah senangku tanpa pernah mengeluh.
Aku sangat sayangkan dia. Aku masih lagi tidak menyalahkan dia atas apa yang berlaku sebaliknya kesalahan itu mungkin datang dari cara penyampaian aku yang kurang tepat.
Aku berharap agar jika benar Allah menamakan dia sebagai jodohku maka aturlah perancangan yang terbaik untuk kami.
Kerana untuk berbaik semula adalah agak mustahil kerana keluarganya sudah merasa aku seorang yang tidak serious.
Aku mengharapkan doa dari kalian yang membaca kerana aku yakin setiap dari kita akan ada doanya yang Allah kabulkan.
Mungkin pengajaran juga supaya aku lebih berhemah dalam cara penyampaian aku dan proses untuk menjadikan aku seorang yang lebih baik.
“Dia wanita yang terindah yang pernah aku ada”
– Don (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit