Aku Masih Terkapai-kapai

Assalamualaikum. First of all, aku bukan student UIA. Guys, aku kecewa dengan diri aku. Aku mohon please jangan bash aku. Aku cuma nak luahkan ape yang aku rasa. Tu je. If ada pandangan, nasihat, mohon ikhlaskan diri kasi nasihat, doakan aku.

Aku ni biasa-biasa je..

Solat? Hmm. Okay lah, ni nak cerita, aku datang dari family biasa biasa je. Nak tau, aku selama ni, selalu miss solat. Tapi, bila aku kat asrama, hostel, kat kolej, aku gigih solat. Buat solat sunat, bangun Tahajjud. Aku tak tahu nape, tapi aku rasa kat rumah aku, takde feel nak solat, takde feel nak beribadah T_T

Kekadang sedih dengan diri aku. Sedih kalau kawan kawan aku tahu, siapa aku sebenarnya bila kat rumah. Aku rasa bersalah sangat. Tolong doakan aku kuat. Tolong doakan aku istiqamah :'( aku tak kuat weh. Aku selalu rasa gembira nak beribadah bila kat bilik kat hostel. Tapi bila kat rumah? :( aku tak macam tu..

Hmm. Aku ni jenis yang tak reti nak pretend jadi lebih baik dari orang sekeliling aku. Kes aku ni camni, kakak aku biasa biasa je. Dia kekadang keluar rumah pakai baju lengan pendek, tudung atas dada. So, bila aku nak pakai pakaian yang better dari dia, aku rasa cam aku ni *menunjuk baik* je.

Aku masa pergi keluar jejalan dengan dia, pakai la stokin, then dia kata “fuyoo pakai stokin, tak payah nak tutup aurat sangat lah, kaki je pun”. Hmm terus aku rasa cam, down. Kalau pakai tudung besar sikit pun, dia akan kata sesuatu gak. Nampak rimas la, serabut la, menggelebeh la.

So solutionnya, aku pakai shawl. Alhamdulillah, shawl kan boleh bagi labuh2 , so aku nak bagi pandangan dia n family aku nampak cam aku berfesyen hijabista stailista, tapi hakikatnya aku try untuk perbaiki aurat dari segi pemakaian.

So pemakaian aku, aku akan pakai baju longgar je, dengan kain or palazzo. Kasut selalu pakai kasut Bum yang tertutup. Tudung or shawl memang letak bagi bawah dada.

Satu lagi, aku teringin nak join sister sister yang nampak muslimah sangat. Teringin nak berkawan dengan dorang. Tapi aku rasa diri aku kerdil. Rasa tak layak :'(

Sebab maybe pernah aku diusha ‘atas bawah’ oleh pandangan segelintir muslimah yang dari gaya mereka macam aku ni gadis teruk sebab tak pakai tudung labuh cam dorang, tak pakai baju muslimah cam dorang, menyebabkan aku tak berani nak dekat.

And satu lagi, aku pernah kenal dengan sorang muslimah ni, dia bagus, dari posting kat fb, wasep group, wechat, twitter, semuanya mengajak kebaikan.

Aku time tu rasa cam wahh bestnye ade kawan camni, boleh la sama sama dia bimbing or tegur aku bila aku ada salah. tapi sekejap je aku rapat dengan dia. Bukan nak cakap dia pilih bulu, tapi dia nampaknya lebih suka dengan kawan kawan yang seperti dia. I mean dari segi pakaian. Geng geng camtu.

Aku dari jauh je perhati. Jeles. Masa tu aku sedar, aku ni biasa biasa je. Selalu baca cerpen cerpen kat fb, yang ade muslimah ajak kawan then sesama bimbing ke arah kebenaran, tapi aku?? Tak de mengalami pun. Sedih. Hmm..

Dari segi lain? Pergaulan. Hmm.. Kawan laki aku memang tak berkawan. Sebenarnya aku tak reti bergaul dengan jantina lain. So, bagi aku, tu dikira okay lah sebab hal melibatkan ikhtilat, aku tak payah pening nak fikir dah sebab aku kawan dengan perempuan je.

If korang nak bash aku sebab aku tak kuat nak berubah, suka hati korang la. Tapi please fahami kitorang yang macam ni. Aku rasa rendah diri nak mendampingi orang camtu.

Dengan persekitaran, faktor family, semua tu korang tak layak nak judge orang macam kami, sebab mungkin korang datang dari family yang memang dah bagus soal agama.

Aku rindu zaman duduk skola asrama. Kat sana gak aku start pakai stokin, sebab stokin diwajibkan masa kat sana dulu. Alhamdulillah, aku dapat masuk sana. Kalau tak, mungkin aku masih di takuk lama. Cuma sekarang, aku try untuk kuat, laksanakan solat and try untuk berbuat baik dengan ahli keluarga aku.

Mohon doa kalian..

– Ellica (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. nak pakai menutup, pakai jer. Kerana Allah kan. Dan takyah lah nak join mana2 muslimah. Kalau ada yg dtg terima, kalau xda just enjoy your hijrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *