Aku Mawar Pudar Warna

Aku selalu baca kisah-kisah mangsa p3d0filia kat sini. Kali ini biar aku coretkan kisah aku pulak. Kisah yang aku simpan selama 25 tahun tanpa pengetahuan keluarga aku dan keluarga si pelaku yang juga merupakan saudara aku, si pelaku yang durjana.

Memiliki fizikal yang agak berisi dan agak tinggi sewaktu kanak-kanak membuatkan aku seringkali dianggap sebagai pelajar sekolah rendah sedangkan pada ketika itu aku masih disekolah tadika.

Tuhan jugak kurniakan aku rupa paras yang agak comel dan kulit yang putih melepak masa tu. Bagi manusia lain normal la aku seorang budak yang comel. Untuk manusia yang tak normal macam dia pulak cuma dia je yang tau aku kelihatan macam apa dimata dia.

Umurku pada waktu itu 6 tahun. Umur dia? kalau tak silap aku 17tahun. Itulah permulaan detik hitam yang menyedihkan dalam kisah hidup aku.

Rumah kami berjiran. Biasalah rumah kampung, memang dekat-dekat. Buka tingkap rumah aku, dah boleh nampak ruang tamu rumah dia. Ayah aku kerjanya berniaga ikan.

Mak aku pulak selalu bawak kedua adik aku yg lain tolong ayah berniaga. Jadi sebab tak nak aku bersendirian kat umah, mak aku mintak sepupunya yang merangkap mak si pelaku untuk tengok-tengokkan aku. Jadi, aku memang biasa keluar masuk rumah dia.

Kat situlah aku makan, mandi dan sebagainya sementara mak ayah aku balik berniaga. Kenapa mak ayah aku tak bawak aku sekali? Aku pun dah tak ingat kenapa. Yelah dah 25 tahun kan. Ada yang aku dah tak ingat, ada yang masih kekal terpahat.

Mak pelaku ni selalu jugak tak ada kat rumah jadi tinggallah aku berdua dengan pelaku yang merupakan anak bongsu dalam keluarga dia. Aku bahasakan dia sebagai Z.

Ayah dia orang surau, mengajar mengaji dan sebagainya. Si Z ni pun pelajar sekolah agama. Macam b*d*h kan? Bukan aku nak perlekehkan, tapi perkara ni banyak terjadi dikalangan masyarakat, terjadi pada aku.

Kau belajar agama ke apa ke, tapi sebab nafsu serakah kau tewas. Kau hancurkan hidup orang lain. Kau tinggalkan trauma mendalam dalam hidup aku.

Aku panggil dia abang, dah memang pangkat abang kan. Seingat aku kami rapat. Dialah partner aku time main masak-masak, main sorok-sorok. Tanpa aku sedar dia ada simpan niat yang tak baik.

Mana la aku nak tau, aku masih budak. Masih naif. Belum mengerti perangai manusia, niat serong manusia.

Ada satu hari macam biasa, kami main sorok-sorok. Biasa aku menyorok kat dapur rumah dia. Tapi haritu dia suruh aku menyorok dalam bilik dia. Dia cakap, nanti dia cari. Menyorok je kat sini. Aku turutkan. Tengah suka hati kan nak main sorok-sorok.

Tengah aku menyorok tepi almari, dia masuk. Dia tutup dan kunci pintu. Aku tak ingat apa aku rasa dan pikir masa tu bila dia tutup pintu dan kunci pintu tu. Yang aku ingat dia cakap ‘mai sini’ aku turutkan. Dia cakap ‘baring’ pun aku turutkan.

Mungkin reaksi aku dah lain masa tu sebab yang aku ingat dia ambik bantal doraemon yang ada kat situ dia bagi kat aku. ‘Suka tak?’ mungkin aku angguk.

Yang aku ingat lagi dia suruh aku tutup muka dengan bantal, aku buat. Lepastu dia dah mula londehkan seluar aku. Dia cabul aku time tu jugak. Tak perlu aku cerita cara die sentuh bahagian yang tak sepatutnya dia sentuh. Aku geli. Terbayang-bayang dimata ni.

Percayalah, masa aku taip apa yang aku tengah taip ni aku tengah memaki hamun dia dalam hati. Segala jenis carutan ada. Jangan suruh aku istighfar, korang tak kena dan tak rasa apa yang aku rasa.

Aku kecik lagi, aku tak tau apa yang dia dah buat tu salah. Aku tak tau yang aku dicabul. Aku ingatkan dia ‘bermain dengan aku’.

Waktu itu aku tak didik dengan ilmu berkaitan s3ksual dan sebagainya. Aku tak diajar sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Bukan salah mak ayah aku. Mereka tak tahu yang perkara jijik macamtu akan terjadi pada anak perempuan mereka. Dan aku pun tak nak mereka tahu.

Dan ianya berulang lagi. Kali ni dalam bilik air. Dia ajak aku mandi, aku ikutkan jugak. Mandi je kan. Itu pemikiran budak berumur 6 tahun. Kali ni dia tak cabul, kali ni dia r0g0l aku.

Sekali lagi tak perlu aku cerita. Sebab aku dah nak nangis. Nanti aku dah tak boleh nak menaip. Cukuplah aku cakap mata aku ni ternampak-nampak lagi air mani dia kat ‘situ’.

Celaka betul kan? Nampak? Aku termaki lagi.

Aku tak ingat perasaan aku masa tu. Tapi aku tau masa tu aku mesti sakit. Sekarang pun aku masih lagi sakit . Sakit hati. Macam ada seketul batu besar hempap dada ni tiap kali teringatkan peristiwa tu. Tak ada sapa boleh tolong aku alihkan batu yang hempap dada ni. Walaupun dah 25 tahun berlalu.

Akhirnya, perkara jahanam tu berhenti bila mak ayah aku pindah. Aku terselamat dari berterusan jadi mangsa nafsu serakah dia.

Ini bab aku meningkat dewasa.

Bila dah menginjak dewasa, sedarlah aku yang aku bukan lagi suci. Sedarlah aku yang aku dah dicabul, dir0g0l. Hiduplah aku dalam memori duka tu.

Nak mengadu? Nak bercerita pada keluarga? Aku tak sanggup. Nanti boleh pecah belah keluarga dan aku tak nak jadi penyebab berlakunya perkara sebegitu. Jadi aku diamkan. Aku pendam.

Tapi kebencian aku pada dia makin menjadi-jadi. Bila dengar nama dia pun aku dah mengigil-gigil sakit hati. Apa lagi kalau tengok muka dia. Dalam hati selalu berdoa, janganlah aku jumpa dia lagi. Aku benci.

Doa aku ditolak. Pada raya sewaktu umur aku 19 tahun dia datang rumah. Aku tau tu dia walaupun dah berbelas tahun. Muka dia tak banyak berubah. Sah, tu memang dia! Macam ada petir yang memanah aku, aku terkejut bila bukak pintu rumah muka dia yang tersembul.

Ya Allah apa lagi yang Kau nak uji aku ni?

Kenapa lepas bertahun-tahun Kau temukan balik aku dengan dia?

Aku berlari masuk bilik macam orang nampak hantu. Tutup pintu rapat-rapat, kunci. Pastu terdengar lagi suara dia bergelak ketawa dekat depan dengan mak ayah aku.

Menggelegak otak aku masa tu. Nak je aku jerit mak, ayah! mak ayah tau tak masa along kecik dulu dia r0g0l along! Nak je aku jerit. Tapi suara tersekat kat kerongkong. Time tu jugak aku menangis sebab terlalu sakit hati tapi tak ada apa yang aku mampu buat.

Mak ketuk pintu suruh buat air, aku cakap aku mengantuk nak tidur. Mak cakap tak baik tetamu datang tu. Potpetpotpet mak. Last-last aku keluar. Jalan terus langsung tak pandang arah ruang tamu. Dalam aku jalan terus ke dapur aku tau dia tengah tengok aku. Makin mendidih otak aku.

Bila aku hidangkan air aku langsung tak pandang dia tapi aku tau mata dia tengah nakal duk tenung aku.

Aku benci bila dia pandang aku. Ak benci bila mata dia pandang segenap tubuh aku. Aku benci. Nak je aku korek-korek mata tu bagi anjing makan. Bertapa sakitnya hati aku masa tu tuhan je tahu.

Lepas tu aku tak jumpa dia lagi dah. Ingatkan dah m4ti, tapi raya beberapa tahun lepas tu dia datang lagi. Kali ni dia dah beristeri. Ada anak perempuan sorang.

Ohh kau ada anak perempuan ye? Nanti kalau anak kau kena macam aku kena baru kau tau erti penyesalan.

Jahat kan aku? Anak dia tak bersalah langsung. Tapi sebab benci aku secara tak sengaja doakan benda yang tak baik pada anak perempuan dia. Maafkan aku Ya Allah. Aku terlepas kata.

Pada isteri dia plak, kalaulah dia tau suami dia seorang per0g0l macam mana? Anak dia plak? Kalau dia tau ayah die seorang ped0fil? Per0g0l?

Kalau aku bukak mulut memang huru hara rumahtangga dorang. Memang pecah belah keluarga kitorang. Kan?

Aku bukannya suka dia terlepas atas perbuatan dia. Tapi aku pikir dari pelbagai sudut.

Jadi aku ambik keputusan tak pelah, selagi aku larat simpan aku simpan. Kat dunia dia lepas, akhirat esok-esok dia tanggung la.

Aku macam ni lah. Masih trauma. Masih tak boleh lupakan apa yang jadi.

Pernah masuk wad sebab telan pil tahan sakit 2 papan dengan air coke. Mak aku masuk bilik tengok tangan aku dah sejuk.

Ini terjadi masa umur aku 20. Pernah minum clorox, masa umur aku 23. Tetap tak m4ti walaupun sakit dia dasyat. Aku ingat aku dah m4ti time tu. Tapi Allah sayang aku. Belum sampai masa untuk Dia ambik aku. Lengan aku? tak terkira parutnya. Start dari aku belasan sampai lah 20-an.

Sampai sekarang masih segan kalau lengan aku terdedah, kalau aku terpaksa selak lengan baju dan sebaginya. Bila ditanya kenapa aku buat apa aku buat? Aku tetap membisu.

Sekarang umur aku dah 31tahun. Dah bersuami dan dah ada anak. Suami aku tahu. Aku cerita. Dia terima aku seadanya tanpa pernah mengunkit apa yang dah jadi pada aku. Walaupun ada masa hari gila aku datang, dia tetap sabar dengan aku.

Ye, betul. Aku ada hari gila. Sampai la sekarang. Bila hari tu sampai aku tak boleh kawal diri. Aku sakiti diri sendiri. Aku timbul rasa nak bvnvh diri dan sebagainya.

Kereta tengah jalan? Aku bukak pintu dan lompat turun. Aku tengah masak? Bila gila aku datang aku ambik pisau lari masuk bilik kunci pintu.

Macam nak gila suami aku ketuk pintu pujuk aku menangis-nangis takutnya aku aniaya diri aku sendiri. Korang nampak tak apa yang aku alami apa yang aku tanggung selama ni?

Aku berdoa semoga takkan ada lagi mana-mana budak perempuan yang terima nasib sama macam aku.

Buat suami aku, terima kasih abang. Tanpa abang, sayang rasa sayang dah tak ada kat sini.

Buat si pelaku, sampai m4ti aku tak maafkan. Hiduplah kau dengan memori apa yang kau dah buat pada aku.

Diriku mawar pudar warna,

Tiada lagi yang istimewa,

Dapat dipersembahkan,

Menjadi satu lambang sucinya percintaan.

– Laila Isabela (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *