Aku Memang Salah Kan?

Sila baca sambil dengar lagu “takkan hilang” untuk dapat feel yang mendalam.. hehe.

Assalamualaikum semua. Untuk permulaan, aku nak minta maaf kalau confession aku ni tak sesuai dan membosankan untuk dibaca.. Aku cuma nak meluah dan harap kisah aku ni boleh jadi pengajaran untuk lebih menghargai pasangan kita.

Serba sedikit tentang aku. Nama aku Gustavo, masuk tahun 2023 ni genaplah umur aku 32 tahun, aku berasal dan dibesarkan di “Pe”.

Apa yang aku nak cerita dan luahkan kat sini adalah cerita tentang kisah hidup aku yang selalu tak bernasib baik dalam perhubungan.

Pada tahun 2018, aku pernah bertunang dengan “N”, waktu tu umur aku baru 29 tahun dan ”N” berumur 24 tahun. Jarak 5 tahun umur kami bukan penghalang untuk kami bercinta dan bertunang setelah mendapat restu keluarga.

”N” bagi aku seorang perempuan yang manja dan memang cantik orangnya. Cuma ada 1 perangai dia yang aku tak suka “N” ni seorang yang sangat kuat cemburu dan attention seeker yang perlukan aku berkepit dan keep on touch dengan dia selama 24 jam.

Keadaan macam ni memang buatkan aku rasa rimas, ”N” selalu buruk sangka dengan aku, yang aku ni curang belakang dia kalau aku lambat respon & tak jawab call dia.

Dugaan bertunang kan, aku kadang bosan dan muak dengan perangai dia yang macam tak faham dengan keadaan aku yang tengah kerja, senang kata aku takda me time langsung.

Okey tu serba sedikit tentang situasi hubungan aku dengan “N”.

Walaupun aku selalu ignore dan abaikan dia, aku tak pernah lupa bagi dia duit belanja & akaun shopping online dia pun aku link kan dengan akaun bank aku, senang kata apa dia nak beli, semua dihujung jari lah.. hehe baik kan aku..

Untuk pengetahuan korang, masa tu aku duduk jauh dengan dia, dia kerja kat KL, Aku masa tu kerja kat Pahang. Masa tahun 2018 tu lepas je bertunang,

Aku memang pulun cari duit kahwin, yela nak cukupkan duit hantaran dalam masa setahun, dengan gaji tak seberapa, memang struggle la aku cari duit, kadang tu sampai tak balik rumah buat ot dan side job. Aku dapat dating dengan “N” pun sebulan sekali je.

Masalah bermula masa 3 bulan sebelum majlis perkahwinan kami, aku pun dah hantar duit hantaran separuh kat family dia. Gelang dan cincin nikah pun aku dah prepare..

Stu hari tu “N” minta izin dengan aku nak keluar dengan kawan lelaki tempat kerja dia. Aku izinkan tanpa sikit pun rasa curiga memandangkan aku tau “N” sayang sangat kat aku,

Dan tak mungkin curang dengan aku memandangkan kami pun dah nak kahwin lagi berapa bulan, aku tak nak kongkong dia dan biarlah dia nak me time dengan kawan-kawan sebelum jadi isteri orang.. huhuhu…

Lepas seminggu aku mula perasan perubahan sikap “N”, ”N” yang sebelum ni selalu akan mesej dan call aku pagi, petang, malam tak kira masa sampai buat aku rimas dan serabut dah kurang buat macam tu.

Ada masa aku call pun dia reject dan mesej pun dia tak balas. Senang kata dia bluetick je. Kadang aku biarkan sampai 3 hari.. Sikit pun dia tak cari aku atau tanya khabar aku.

Aku mula rasa tak sedap dan sedih, sedih weh bila orang yang selalu ambil berat dan “cari” kita tiba-tiba jadi dingin macam tu.

Keadaan jadi terbalik lepas tu, aku pulak yang jadi “attention seeker” kat “N”. Bila dah jadi macam tu, barulah aku rasa apa yang dia rasa sebelum ni. Sedih dan sakit hati bila pasangan ignore kita.. Aku kuatkan hati dan cuba positif lagi,

Satu hari tu aku balik kerja awal, aku ambil keputusan nak naik KL sebab aku nak berdepan dengan “N” dan minta penjelasan apa yang buat dia berubah jadi macam tu, kiranya nak pujuk tunang tersayang la kan.. hihi..

Sampai je aku kat rumah dia kat KL. ”N” sambut aku dengan muka yang agak masam, tak macam sebelum-sebelum ni, kalau aku cakap aku nak datang jumpa dia kat KL, dia la yang paling excited.

Dia masuk kereta dan tak senyum pun, aku tanya sepatah dia jawab sepatah, aku cuba cool lagi dan buat macam takda apa-apa yang berlaku. Kami pergi makan, lepak-lepak macam biasa, aku pun buka cerita,

“Kenapa sayang macam lain je sekarang ni? Abang ada buat salah apa-apa ke?”, tanya aku kat “N”..

Dengan selambanya “N” jawab soalan aku,

“Hmmmmm, aku rasa aku tak boleh la nak teruskan hubungan kita ni, aku dah takda perasaan kat kau, aku dah tawar hati, kau selalu abaikan aku, tak ambil berat pasal aku, tak kongkong aku macam yang selalu orang lain buat,

Kau biar je aku keluar dengan lelaki lain, kenal lelaki lain, kau selalu takda masa aku perlukan kau, yang kau tau, kerja, tidur, bola.. sikit pun kau tak pernah nak ambik berat pasal aku, nak call atau mesej aku macam bf orang lain selalu buat.. kau tak sayang aku!!!”

“Aku dah call ma dengan papa, cakap aku nak putus tunang dengan kau, serius aku dah takda rasa kat kau!!! cinta aku dah takda, aku nak kau berambus dari hidup aku, kau memang ba*i”.

Aku tergamam dan tak mampu nak cakap apa, rasa macam darah tak naik kat muka, aku pegang tangan “N”, dia tarik tangan dia dan cabut cincin tunang kami dan campak kat muka aku.

Dipendekkan cerita, malam tu aku balik ke kampung terus dalam keadaan fikiran kosong, dakam fikiran aku, apa nak jadi masa perjalanan tu jadilah.. aku nak settle terus dengan orang tua aku, bab-bab nak putuskan pertunangan ni aku serah kat orang tua aku dengan keluarga “N”.

Mak ayah aku punya mengamuk dan marah bila “N” sendiri cakap yang dia nak putuskan pertunangan ni sebab dia dah ada lelaki lain, mak ayah aku beria nak minta pihak perempuan untuk pulang duit hantaran “double” sebab diorang yang minta putus,

Tapi atas sebab aku masih sayangkan “N” dan tak nak dia susah, aku mintak 2 ribu je dan cincin yang dia campak kat aku pun aku suruh dia simpan je.

Dipendekkan cerita, akhir tahun 2019 memang “N” kahwin dengan lelaki tu, lelaki yang buat dia tinggalkan aku, dia jemput aku datang kenduri dia, tapi aku tak pergi..

Sekarang, peristiwa ni dah hampir 4 tahun berlalu, “N” pun dah bahagia dengan suami dia, dah ada 2 orang anak dah.. hehe..

Aku? masih sama macam dulu, selalu dihantui rasa bersalah dan menyesal, aku sikit pun tak salahkan “N” atas apa yang berlaku,

Aku tau dia berubah pun sebab aku dulu, aku selalu abaikan dia, tapi mungkin dia tak tau, yang aku sayang sangat kat dia, cintakan dia, mungkin cara aku terlalu keterlaluan walhal dia tak tahu yang aku berusaha keras cari duit nak halalkan dia dulu..

Guess what, masa PKP lockdown haritu, ”N” baru bersalin anak sulung suami dia diberhentikan kerja, ”N” ada contact aku nak pinjam duit sebab nak beli susu dan pampers anak dia.

Perasaan aku berbelah bagi masa tu, rasa sedih dan suka sebab aku tahu, jauh dalam hati “N” dia tahu nak cari siapa bila dia perlukan pertolongan dan dia tahu yang aku akan selalu ada bila dia perlukan pertolongan.

Aku bagi dia duit atas dasar “abang”, lepas pandemic, suami dia ada contact aku nak bayar balik, tapi aku tak bagi. Aku tolong sebab aku ikhlas, jauh di sudut hati aku, aku masih sayangkan kau “N”,

Aku nak kau tahu aku tak pernah aku curang dengan kau, mungkin silap aku dulu sebab terlalu obses cari duit nak kahwin dengan kau sampai aku abaikan kau.. kau sentiasa ada tempat yang istimewa dalam hati aku “N”..

Kalau kita, “hilang orang yang kita sayang, sakitnya cuma sikit, tapi kalau kita hilang orang yang pernah sayang sangat kat kita, sakitnya berganda”

Sampai saat ni aku masih tak lupakan kau “N”..

– Gustavo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *