Aku memilih?
Assalamualaikum. Aku L, perempuan, berumur 26 tahun. Thanks in advance admin sekiranya confession aku ni diterima.
Lately aku tengok banyak buat confession pasal graduan menganggur, so, aku yang dah 5 tahun grad ni terasa nk buat confession gak. Aku grad diploma mechanical engineering tahun 2012 di salah satu IPTA di semenanjung. Lepas grad, aku kerja je apa yang dapat, kerja kedai baju, lepas tu kerja part time cashier di supermarket (sebab kononnya plan nak sambug degree). Tapi lepas beberapa bulan, aku fulltime pulak kerja tu. Masa tu, aku memang dah apply UPU untuk degree, n dah dapat tawaran sambung degree di U yang sama, cuma aku belum bagi jawapan, terima atau tak. Aku apply tu pun sebab ekot kawan je, bukan sebab aku betul2 nak belajar, niat tu ada la tapi sikiiiit je.
Masa aku keja cashier tu, aku ada hantar resume tempat lain, n lepas 3 bulan, aku dapat tawaran kerja di satu company aero composite di Melaka (rasanya ada yang tahu ni company apa). Antara nama besar jugak, tapi tak la segah PROTON. So aku kononnya plan nak kerja setahun dan lepas tu sambung degree. Tapi kerja punya kerja, rupanya aku dah nak dekat 2 tahun dah kerja situ. Aku memang minat nak kerja company tu, sebab aku memang minat bidang aero engineering ni. Lagipun, walaupun basic 1k, tapi banyak elaun n OT, paling kurang aku akan dapat 1.5k, paling banyak 2k. Cuma satu je, jawatan aku, QC inspector.
Kalau kilang lain, kebiasaannya lepasan SPM pun boleh jadi QC, tapi company ni lain, kena ada diploma baru boleh. N operator pun tak ada, jawatan paling bawah kat sini, technician. Mungkin sebab company ni bukan macam kilang lain (operator jalan mesin), kat sini technician buat keje manual. so, kat sini kire ok la aku lepasan diploma, pegang jawatan QC tu. Tapi masalahnya…, resume aku tak kukuh untuk aku mintak jawatan lain yang guna diploma mechanical engineering aku tu.
Lepas nak dekat 2 tahun, aku resign, sebab family. Aku kene balik kampung halaman aku. Lepas tu bermula la kisah aku sebagai graduan lepasan diploma menganggur, n yang tak dapat2 kerja tetap. Dah banyak resume aku hantar, satu pun tak sangkut. Interview pun tak dapat. Sebulan aku menganggur, lepas tu aku mintak kerja di restoran, jadi waiter je. Aku guna SPM. Aku pegi kat situ, mintak borang keje kosong. Aku tak tulis pun aku ada diploma. Tapi masa interview, isi borang lagi, masa tu aku tulis je kelulusan tertinggi aku apa n pengalaman kerja. Alhamdulillah dpt. Takut jugak x dapat sebab aku ada tulis diploma, selalu kan majikan tak nak sebab takut pekerja yg ada kelulusan ni akan kerja sekejap je. Nak masuk 6 bulan jugak aku kerja situ, tapi sementara tu aku cuba jugak mintak kerja lain.
Lepas tu aku jumpa iklan kerja kosong sebagai clerk di company hypermarket lebih kurang macam Giant. Aku mintak borang kerja kosong (macam kononnya aku ni lepasan spm je). Aku x tulis diploma. Lepas seminggu, aku dipanggil interview, aku tak bawa pun resume aku masa interview tu, isi borang lagi, masa tu baru aku tulis diploma apa (diploma engineering, memang xde kaitan langsung pun dengan kerja n company tu). Alhamdulillah berjaya. Aku tak tahu pun yang aku mintak tu kerja apa, rupanya kerja clerk.
Memang bukan jiwa aku la nak kerja duduk menghadap komputer 8 jam, dengan tak ada OT, tak ada elaun. Aku hidup dengan gaji makan basic je. RM800 sahaja! Lepas 6 bulan, ada la naik sikit gaji, RM900 (sikit kan? Cukup makan je nak survive di bandar ni, tapi hujung bulan tu memang ikat perut la). Aku masih lagi hantar resume, tak ada jawapan. Pergi career fair, aku cuba temuduga terbuka untuk satu kilang ni, jawatan technician, interview, tak dapat. Majikan tu cakap dia prefer lelaki. Lepas tu, sampai la dah setahun setengah aku kerja, akhirnya dapat satu interview jawatan mechanical technician. (aku apply masa career fair yang ke berapa ntah aku pergi, tapi yang dah lepas 6,7 bulan aku apply, baru dipanggil interview). Masa nak tunggu giliran interview tu, aku dah dapat agak peluang aku tipis. Sebab calon lain, semua lelaki, n kebanyakannya lepasan sijil kemahiran, diploma pun ada jugak, tapi pengalaman diorang memang bukan lawan aku. Hasilnya, tak dapat pun. Mungkin bukan rezeki aku kot.
Sekarang ni, dah nak masuk 3 tahun aku kerja ni, masih belum berjaya dapat kerja bidang aku. Gaji aku sekarang cuma 1k genap sahaja, dengan tak ada elaun dan OT. Bayangkan dah nak masuk 3 tahun kerja, gaji 1k sahaja, tolak epf socso, tinggal 915, bagi orang tua aku 400, hutang ptptn lagi, bayar segala bil, bayar itu ini lagi, berapa yang tinggal? Shopping? Tinggal kenangan je. Memang tak dapat nak simpan.
Persoalannya sekarang ni, ramai orang beranggapan graduan sekarang memilih kerja, tapi bila nak cari kerja, kelayakan nak yang ada pengalaman, (tapi kalau tak pernah kerja jawatan tu, macam mana nak ada pengalaman?). bila mintak kerja kelulusan spm, majikan cakap over qualified. Aku ada hantar resume untuk kerja yang perlu spm je, tapi satu pun tak dapat. Aku rasa, sebab dalam resume dah tertulis, aku ada diploma engineering, memang tak ada kaitan dengan kerja tu. Atau mungkin majikan tak yakin yang aku akan kerja lama di situ, mungkin majikan anggap aku nak kerja sementara je sebab takut aku akan lari kalau dapat kerja bidang aku.
Masalahnya sekarang ni, aku dah tak ada hati nak cari kerja bidang aku, sebab pengalaman aku sebagai technician tak ada, mungkin ada yang akan cakap, “mintakla kerja qc lagi sebab aku ada pengalaman qc”. Aku dah mintak. Belum berjaya. tapi memang tak banyak kerja sebagai qc yang aku dapat mintak, sebab yang aku banyak jumpa, quality engineer (kelayakan kena ada degree), dan qc inspector di sector O&G, kene ada sijil2 khas yang berkaitan O&G, aku tak ada semua tu. Kalau aku cuba mintak kerja operator? tak dapat. sebab orang tua aku tak suka aku kerja yang tetap shift 12jam. kalau ekot aku, aku memang tak kisah, sebab operator tu pun lebih banyak gaji dari kerja aku sekarang. Mungkin ada yang kata, “ambikla kursus macam kursus SHO”, masalahnya aku tak ada kewangan yang mencukupi.
Masyarakat sekarang ramai yang kata graduan memilih kerja, tapi kalau nak mintak kerja yang perlukan kelayakan spm, majikan kata over qualified.
Sekarang aku tengah berusaha cari kerja clerk, admin assistant, atau apa2 yang boleh, di company engineering. Sebab walaupun tak dapat kerja jawatan yang dalam bidang aku, sekurang-kurangnya aku merasa kerja di tempat yang bidang aku, dan sekurang-kurangnya gaji yang lebih stabil atau ada OT. tapi masih belum berjaya. Adakah sebab dalam resume, aku ada diploma? Jadi majikan x pandang aku, sebab diploma aku bukan yang berkaitan atau, sebab kerja tu tak perlukan diploma? Kepada HR di luar sana, boleh bagi tips macam mana nak dapat kerja yang lari dari bidang?
#kepada pembaca, doakan aku dapat kerja yang lebih baik k! TQ!!
– L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit