Tak tahu nak mula dari mana. Aku ibu anak 4.
Sekarang ni masa rehat aku. Entah kenapa tiba menangis lagi aku ni.
Teringat kat anak, teringat suami.
Aku sebenarnya hati dah lama tawar dengan suami. Kalau ada award suami paling membosankan di dunia, dia lah orangnya.
Aku ni memberontak dalam diam. Aku dah tak mahu kat dia. Tapi terpaksa jua teruskan hidup berumahtangga dengan dia kerana kasihankan anak.
Tidak. Bukan kerana aku ada orang lain.
Itu memang bukan aku la nak curang bagai. Dia pun bukan ada orang lain. Tapi aku dah jemu hadap semua perkara, galas semua perkara sorang2.
Nak raya? Aku shoping sorang2. Awal tahun nak beli baju sekolah anak? Kenala aku pikir dan shoping sorang2.
Nak pindah rumah? Aku terpaksa shoping perabot secara online aje. Semua perkara tu kalau tak ada kena mengena dengan dia maka ia terletak atas bahu jemala aku seorang.
Ya. Aku tak merasa nak shoping baju raya sambil seronok dengar lagu-lagu raya berkumandang kat butik butik kedai tu dengan suami dan anak2.
Tak pernah aku merasa. Masa anak2 kecik, aku ajak sibling aku pegi mall beli baju raya. Sekarang ni anak2 dah besar diorang la jadi kawan aku shoping. Tak pun banyaknya aku beli online je.
Baru2 ni aku decide nak keluarkan duit simpanan, nak belikan anak2 aku rantai emas tiap seorang . Aku cakap kat dia, aku tak pandai beli.
Takut kena tipu. Aku berharap dia temankan aku pilih barang kemas untuk anak2.
Dia ajar aku macam mana cara kira duit upah, macam mana kira harga emas. Sudahnya aku faham la.… dia tak sudi temankan aku. Takpe. Aku study bab emas kat sokmed.
Design yang tahan lama, mana design yang mudah putus. Sampai aku dah boleh hafal pattern dan nama design.
Dan akhirnya korang tahu….Nbarang kemas pun aku beli online sudahnya. Aku kena tipu bab ketulenan ke tidak. Aku bertawakkal je.
Bab pos pun aku tawakal. Yelah. kalau kau dapat posmen yang amanah, barang kau gerenti akan sampai. Rezeki aku. Semua barang kemas aku order selamat sampai di tangan penerima. Alhamdulillah.
Korang nampak tak bertapa berdikarinya aku. Bukan aku tak mahu bermanja dengan suami, bukan aku tak mahu bergantung dengan suami.
Bila banyak kali perlawaan ditolak, aku jadi anxiety pulak dengan penolakan. Maka aku memilih untuk buat semua perkara sendiri.
Pernah aku nak bawak anak aku jalan2 cuti sekolah. Aku gugel tiket. Aku gugel macam mana cara naik grab.
Sebab kalau aku ajak dia, dia tak cakap terus terang suruh kau pergi sendiri. Tapi kau akan faham sendiri bahawasanya dia tak nak.
Dia tak suka disusahkan.
Sudah hampir 15 tahun hidup dengan dia. Bila sudah terlalu berdikari, lama makan hati, akhirnya aku putuskan mahu hidup sendiri. Tapi bila memikirkan bab anak, aku muhasabah diri.
Entahlah. Hati aku ni sunyi agaknya. Pernah terfikir nak akhiri perhubungan dengan spesis lelaki macam ni.
Kalau ada lelaki lain datang hulurkan tangan, aku akan pastikan dia boleh sentiasa ada bersama aku saat susah dan senang aku. Sampai ke situ aku pikir.
Aku tak minat pun sebenarnya. Cuma aku rasa alang2 dah berdikari, title suami tu atas kertas aje, baik tak payah bersuami.
Korang tak payah bagi komen suruh aku bersyukur bagai. Sebab aku bersyukur lah, kitorang masih suami isteri hingga saat ini.
Letak dulu diri korang dekat kasut aku, baru korang tahu perit rasa bila semua perkara kena buat sendiri sendiri. Bila hati dah tawar, baik dia pun aku dah tak nampak.
Aku dah macam patung di rumah sendiri. Aku berasa malas nak bercakap dengan dia.
Banyak lagi sebenarnya yang buat aku rasa tawar hati. Malas aku nak cerita kat sini. Kalau aku sakit pun sama. Anak2 yang tolong picitkan kepala.
Aku pernah sakit dalam perut, sudahnya aku drive sendiri ke klinik. Dia buat2 cakna sekejap jela. Bertanya itu ini, konon ambik berat, last2 aku ajak teman ke klinik, dia suruh aku bawak anak temankan.
15 tahun beb.. Kalau lah bidadari kat atas tu marah kat aku sebab berasa tawar hati dekat suami sendiri, aku boleh cakap kat bidadari tu Nah, amiklah laki aku ni. Aku bagi free. Ya, gitu sekali rasa tawar hati aku pada suami.
Aku boleh hidup tanpa suami. Tapi anak2 nak membesar, mereka perlukan seorang ayah di sisi. Menangis lagi aku ni. Wahai hati, sabarlah. Sob… Sob.. Sob…
Wahai pembaca, aku meluah di sini sekadar untuk menenangkan diri.
Aku tak suka nak bercerita hal rumahtangga kat orang, waima kepada mak bapak sendiri. Korang bagi la aku can meluah rasa di sini. Korang tak payah bagi nasihat.
Aku meluah bukan untuk cari solusi. Sekadar meluahkan rasa hati. Dengan menulis ni aku rasa tenang diri.
Cukup korang doakan aku mendapat pelayaran hidup yang baik2 aje. Kecam pun jangan. Siapa kecam dia orang utan. hahaha
– Isteri yang berdikari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit