Assalamualaikum. Nama aku iman. Hari ni aku tergerak hati nak luahkan isi hati aku terpendam. Aku berumur 20 an. Seperti teman² seusia ku, aku juga sedang mencinta. Tipu kalau kata aku tak cemburu tengok kawan dah naik pelamin . Tapi bila difikir² balik perjalanan masih jauh. Biar la Dia berkuasa tentukannya. Biar lambat asalkan pilih itu tepat. Sekarang aku cuba mendekati Dia. Dia tu siapa? Allah. Aku sedang mengejar cinta illahi. Sungguh pun aku dilahirkan beragama Islam. Tapi aku masih mencari serta ilmu agama. Umi pernah cakap “kau dah jauh dengan Allah. Balik nak.” Aku hanya diam. Dalam keluarga umi saja yang kuat berpegang pada agama. Bukan adik² beradik aku yg lain tak ada agama.
Cuma kitaorang masih lalai dengan dunia. Kalau bercerita pasal baba, baba hanya tegur sekali je bila kau tak nak solat. Kalau tak solat jugak baba akan cakap ” semua dah besar tahu mana baik mana buruk.” baba kurang tegas berbalik pada umi. Umi sangat prihatin bab agama. Tapi kami adik beradik tetap jadi hantu. Sampai satu tahap umi dah malas nak tegur kitaorang. Kadang² aku fikir umi tak layak ada anak mcm aku. Sebab umi terlalu sempurna dimata aku. Kitaorang dalam keluarga xpernah solat jemaah, dari aku kecik sampai la sekarang.Cuma aku pernah solat jemaah dengan umi itu berdua. Sumpah aku nak sangat berjemaah dengan baba dan adik beradik aku yang lain.
sekarang aku still mencari tuhan. Terpulang pada yang nak kata aku dah keluar agama ke. Tapi aku masih berpegang teguh pada agama islam cuma aku nak mendalami lebih mendalam tentang islam. Aku nak cari siapa diri aku sebenar.
Ada kisah aku nak kongsi. Aku pernah lepak dekat mamak dengan kawan-kawan. Tetiba Lee lalu. Lee ni dia seorang mualaf. Dah tiga tahun dia peluk agama islam. Tapi hidup dia tak macam orang islam. Tetiba syamel buka mulut ” Nama ja islam tapi sembang jumaat pun tak pernah pergi. Apatah sembahyang fardu.” kami semua hanya diam. Syamel datang dari keluarga kuat agama. Tak bererti dia boleh menghukum orang. Pernah kau ajak dia solat. Kau pun tahu dia saudara baru. Betul orang cakap “orang selalu dipuji baik dihadapanya adalah orang yang menganggap diri sempurna. Puji dia dibelakang. Nescaya dia seorang baik.” sekian.
-pendosa yang inginkan syurga.
– iman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit