Aku, Mereka, Dan Kanser

Assalamualaikum.

Aku merupakan ex uia. Lebih specific aku ex aikol. Aku nak share sedikit pengalaman hidup aku. Aku dari keluarga yang sederhana. Tak susah sangat tapi tak kaya sangat. Sederhana tapi mewah dengan kasih sayang dari ayah ibu dan adik beradik.

Dari kecil lagi kehidupan aku berjalan dengan lancar. Aku ada ibu ayah yang sayang aku, yang sentiasa ada untuk aku dan juga adik beradik yang happening. Aku jugak tak berdepan dengan sebarang masalah sepanjang persekolahan aku. Selepas tamat sekolah, dengan berbekalkan keputusan SPM yang agak cemerlang, aku mendapat tawaran dari uia dalam jurusan law (cadangan ayah aku). Walaupun tidak confident, aku teruskan juga sebagaimana hasrat beliau. Alhamdulillah study aku berjalan dengan lancar. Aku nak cakap score sangat tu taklah, tapi aku tak pernah repeat paper dan sebagainya. Aku tengok kawan kawan rapat aku memang cukup struggle utk pass paper. Budak law mesti tau macam mana susahnya nak pass. Tapi aku, aku study gak la tapi takdelah struggle sangat tapi still aku boleh pass. Sem by sem berlalu, akhirnya konvo.

Selepas konvo, aku stay di rumah lebih kurang dalam 2 bulan. Aku hadiri interview kerja aku sekarang dan aku berjaya. Setakat itu aku rasa hidup aku sangat2 berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sampailah tahun keempat aku bekerja, aku disyaki menghidap kanser. Pada ketika itu, aku sempat menjalani pemeriksaan awal dan keputusan menunjukkan ada kemungkinan aku menghidap penyakit tersebut. Tetapi aku tangguhkan semua rawatan aku kerana pada ketika itu ayah aku diserang penyakit jantung. Pada masa itu juga aku sedang habiskan pengajian aku dalam Master (kat uia jugak).

Pada saat itulah aku rasa kehidupan aku yang serba lancar sebelum itu bermula menjadi huru hara. Memandangkan aku bekerja di negeri DK sementara ayah aku di negeri DI, aku terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan rawatan susulan di hospital. Pada ketika itu, aku masih cuba untuk menjalani kehidupan seperti biasa walaupun aku tahu kondisi badan aku semakin lemah. Aku kerap demam dan kurang selera makan tetapi aku tetap bekerja dan belajar seperti biasa. Manakala keadaan kesihatan ayah aku yang tidak begitu memberangsangkan juga turut membuatkan aku mengabaikan soal kesihatan aku. Sehinggalah 8bulan kemudian ayah aku meninggalkan kami sekeluarga.

Pada ketika itu, keadaan badan aku semakin lemah. Demam yang sebelum ini hanya menyerang aku 2minggu sekali telah bertukar kepada seminggu sekali sehinggalah jiran aku mengambil keputusan untuk membawa aku ke hospital. Aku ditahan di wad kerana suhu badan aku mencecah 40°c. Aku masih mendiamkan diri dan tidak memberitahu apa2 kepada doktor tentang masalah kesihatan aku dan mereka hanya mengesyaki aku dijangkiti penyakit lain yang tidak merbahaya. Pada ketika itu, aku tiada pilihan lain melainkan memberitahu keadaan yang sebenarnya.

Bermula saat itu, badan aku menjalani pemeriksaan menyeluruh dan akhirnya doktor mengesahkan bahawa aku menghidap kanser darah. Ketika itu, aku rasakan dunia aku gelap tanpa ada arah tujuan. Bermulalah episod aku menjalani rawatan kimoterapi. Aku bercuti panjang dari kerja dan juga menangguhkan pengajian aku.

Pada tempoh sukar tersebut, aku dapat melihat siapa yang ada dengan aku. Mereka itu ialah ibu, adik beradik aku dan teman2 rapat. Ketika itu, masing2 memainkan peranan. Ada yang jaga aku, ada yang tolong bawakan ibu untuk ziarah aku. Mereka tidak putus2 berdoa untuk aku. Dan aku yakin ada doa mereka yang menyembuhkan aku dengan izinNya.

Selepas tempoh tersebut, aku kembali bekerja semula sehingga kini. Pengajian Master aku pun sudah selesai dan aku telah bergraduasi. Walaupun aku masih dalam kawalan doktor dan masih menjalani pemeriksaan susulan, kehidupan aku kembali seperti biasa. Lancar. Alhamdulillah.

Namun, selepas tempoh tersebut, pemikiran aku turut berubah. Bagi aku, walau apa terjadi sekalipun, keluarga memang nombor 1. Aku telah berjanji pada diri aku untuk memberi yang terbaik kepada mereka. Sejak itu juga aku akan cuba tunaikan setiap permintaan keluarga aku terutama ibu aku. Tak dinafikan niat untuk aku berumahtangga itu ada kerana umur aku pun dah semakin meningkat. Dah masuk 3 series dah pun tetapi soal jodoh itu aku serahkan kepada Dia. Cuma buat masa ini, aku cuba untuk hargai apa yang aku ada dan apa yang aku dapat sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari.

Aku buat confession ni untuk ingatkan semua pembaca untuk menghargai keluarga korang sebab bagi aku mereka ini yang ada masa kita senang apatah lagi masa kita susah. Satu perkara lagi, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ni telah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa. Memang setiap daripada kita inginkan kehidupan yang baik, lancar dan sempurna tetapi seandainya berlaku kesukaran di tengah2 perjalanan hidup kita, jangan mudah mengalah. Bersabarlah. Kerana apabila kita dah lalui satu level kesusahan itu, pasti Dia akan kurniakan kemudahan selepas itu.

Satu kata terakhir dari aku: Be strong, Have Faith, All is Well. InsyaAllah.

– Id

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit