Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin kerana menyiarkan artikel yang saya kira untuk dikongsi bersama.
Baru2 ini movie sequel bertajuk Dilan 1990, Dilan 1991 dan Milea telah menjadi buah mulut orang ramai kerana jalan penceritaannya yang agak berbeza dari kisah cinta yang selalu dihidangkan di kaca tv.
Untuk sesiapa yang dah tonton, pasti faham jalan ceritanya yang agak unik dan berat kerana pengakhirannya bukan seperti yang kita harapkan.
Kisah Dilan ini juga buat aku rasa lagi dekat dengan jalan ceritanya kerana ia merupakan kisah benar yang akhirnya masing2 bersama orang lain.
Lebih mendekatkan aku dengan kisah Dilan ini adalah kerana kisahnya tidak jauh seperti apa yang aku pernah lalui suatu ketika lalu. Sedih, tapi itu hakikat sebenar yang aku harus lalui sehingga ke hari ini.
Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku, yang sepertinya Milea semasa bercinta dengan seorang lelaki yang gayanya sangat dekat seperti watak bad boy yang dibawa Dilan dalam penceritaan tersebut. Banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari kisah mereka.
Sebelum mula, aku perkenalkan diri aku sebagai Milea. Aku berusia 26, graduan universiti tempatan, bertubuh kecil, tidaklah cantik tapi mungkin ada sikit comelnya, feminine, bergaya Muslimah, dan sekarang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Perkenalan aku bersama lelaki yang aku mahu namakan Dilan, agak singkat tetapi penuh pengajaran yang telah mengubah segala persepsi dan rules dalam hidup aku. Jujur, Dilan di awal perkenalan seorang yang sangat nakal dan suka menyakat.
Dia punyai karakter childish tetapi manly yang mungkin boleh berjaya pikat hati wanita. Dengan rupa parasnya yang sederhana, rambutnya ditoreh kanan dan kiri yang menambahkan lagi gaya nakalnya itu, tetapi masih mampu membuat gadis2 tertarik dengan sikapnya yang agak gentleman.
Perkenalan kami bermula dengan rasa benci aku untuk melihat dia yang bekerja berdekatan dengan tempat aku bekerja.
Hari2 nampak wajah yang suka cari pasal dan menyakat, akhirnya menimbulkan rasa cinta yang aku sendiri tak duga.
Peristiwa ini berlaku pada tahun lepas. Dan di sepanjang usia 25 itu jugalah aku tidak pernah bercinta dan mungkin tak tahu ada apa dengan cinta sampailah aku mengenali Dilan.
Tipu lah kalau zaman universiti tak ada yang cuba2 kan, tetapi mungkin sikap dingin aku terhadap lelaki yang mematahkan cubaan untuk didekati.
Berbalik kepada Dilan. Di sebalik gaya bad boynya yang aku kurang minati dan lebih muda 3 tahun dari aku itu, terdapat sisi kelembutannya yang aku kira tak wujud dalam persepsi aku terhadap bad boy sebelum ini. Sama sekali salah.
Hanya kerana luarannya nampak kasar, jahat, dan nakal tak bermaksud peribadinya juga begitu. Kali ini, aku betul2 salah.
Disebalik gaya seluar koyaknya, baju jaket ala2 gangster, rambut yang suka ditoreh sana sini, rantai pelbagai saiz dan jenis, Dilan seorang yang berjiwa lembut dan sangat baik terhadap aku.
Dia sangat sayangkan aku. Segala apa yang aku tegur dan marah, dia ambil serius dan cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati aku.
Aku lebih transparent mengenal hati budinya dalam tempoh yang singkat kerana Dilan seorang yang berterus terang dan boleh dikatakan tidak ‘fake’ di depan aku.
Segala apa yang dia lakukan setiap hari pasti akan update pada aku termasuklah untuk meminta izin membuat motor dan sebagainya. Dia yang aku kenal walaupun hanya ada sijil dalam bidang kemahiran, tetapi sangatlah rajin dan berdedikasi di tempat kerjanya.
Dilan yang aku cerita ini bukanlah bekerja di office ya, tetapi dia merupakan supervisor di sebuah convenience store dari Jepun dan sudah pastinya kerja shift yang tak menentu.
Agak sukar untuk kami bertemu, jika dia bekerja shift malam pastinya keesokan paginya dia akan berusaha berjumpa aku walaupun dengan merah2 matanya kepenatan.
Pada mulanya aku rasa agak kekok untuk bertemu empat mata dengannya tetapi gayanya yang bersahaja membuat aku lebih selesa. Kami banyak bercerita tentang kehidupan masing2. Jujur aku katakan, kehidupannya jauh berbeza dengan gaya hidup aku.
Menurutnya, aku lah wanita paling baik yang dia pernah jumpa. Mungkin kerana social circle kami agak berbeza jadi dia tidaklah pernah jumpa perempuan yang gayanya seperti aku yang bertudung litup dan berpakaian sopan.
Bagi aku, pakaian dan gaya aku hanya biasa saja sama seperti kawan2 ‘social circle’ aku. Tetapi tidak baginya. Selama berkawan, sedikit2 aku mula mengingatkannya untuk solat, solat Jumaat, puasa sunat Syawal, puasa Hari Arafah dan sbgnya.
Dia akui ilmunya agak cetek tentang agama. Tetapi dia suka berkawan dengan aku kerana aku selalu mengajar dan mengingatkannya tentang perkara begini. Aku juga tidaklah terasa ia sebagai beban malahan gembira kerana dia ada sikap ingin tahu dan mahu bertanya.
Kisah bermulanya aku dan Dilan semakin akrab apabila di pagi hari, aku tiba di tempat kerja lewat 2 jam kerana tren rosak. Kebetulan semasa itu Dilan ternampak kelam kabutnya aku untuk masuk kerja, namun dia sempat menegur aku dengan ucapan selamat paginya itu.
Dan aku, hanya membalas dengan senyuman. Sedang aku sibuk menyiapkan kerja2 yang tertangguh kerana lewat 2 jam itu, tiba2 aku didatangi Dilan ke tempat kerja aku.
Di tangan kirinya terdapat sebuah helmet dan di tangan kanannya pula, dia memegang sebungkus nasi lemak lalu dihulurkannya pada aku. Ya, itulah gaya Dilan.
Cara dia dekati aku sedikit ‘berani’ dan berbeza dengan lelaki2 yang pernah aku kenal sebelum ini. Di situlah detik perkenalan kami yang akhirnya membawa ke lembah percintaan.
Namun, masih ada sikapnya yang sukar untuk aku terima sebagai pasangannya. Tidaklah aku harapkan manusia ini harus berubah sekelip mata,
Tetapi sisi ‘insecure’ aku sebagai wanita kadang kala agak tergugat bila aku sedar yang dia sememangnya suka menyakat wanita samaada secara realiti mahupun di alam maya seperti di Instagram.
Ada juga hari yang kami sedikit tegang kerana sikapnya yang suka lihat, like, dan follow gambar2 wanita s3ksi dan menjolok mata. Aku akui ada sedikit cemburu kerana aku bukanlah wanita yang sebegitu.
Dan aku juga tahu ex2 Dilan yang dulu adalah wanita yang berpakaian sebegitu dan dia akui dia lebih mudah tertarik dengan wanita sos**l melalui gaya dressing mereka. Ya, aku yang berpakaian muslimah ini pasti akan rasa tidak selamat bila dia pernah bilang begitu, bukan?
Tetapi dia juga pernah menekankan yang baginya sudah cukup semua itu dan dia sendiri tertarik dengan aku walaupun bukan melalui pakaian aku tetapi melalui sikap aku terhadapnya.
Namun begitu, Dilan sebaiknya mahu menjaga hati aku dan cuba mengurangkan tabiatnya yang suka kacau2 dan like gambar wanita s3ksi dan aku sangat berterima kasih dengan effortnya itu.
Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hubungan kami berkasih sayang, mengenali hati budi dan cerita yang kami kongsi untuk bina masa depan bersama ternyata sia2.
Ianya berlaku apabila Dilan mula mengambil keputusan secara tiba2 untuk slow down dengan aku dan hanya mahu berkawan secara tidak serius denganku. Kerana baginya, sikapnya terlalu jauh beza dengan aku.
Dia seakan risau setiap perbuatannya itu akan mengguriskan hati aku. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu aku pergi dari hidupnya.
Aku agak terkilan dengan kata2 nya itu, hancur hati aku. Rasa seperti dipermainkan. Dia mahu berkawan dgn aku seperti biasa tetapi dia tetap mahu kami berhubungan seperti yang sebelumnya (kejut solat subuh, call pergi kerja, dan sebagainya).
Tidak adil bagi aku. Lama aku berdiam diri untuk men’digest’ kata2nya. Akhirnya, aku buat keputusan untuk pergi dari hidupnya walaupun aku tahu dia masih sayang dan ikhlas tak mahu kehilangan aku. Bagi aku, aku juga punya maruah dan harga diri yang aku tak mahu dipermainkan.
Jadi aku putuskan untuk menjauhi dia dan aku teruskan bersikap dingin dengannya untuk beberapa ketika. Dia juga kerap mencari aku, tetapi hati aku terlalu sakit untuk menerima kenyataan ini. Jadi, aku pilih untuk pergi dan hilang seketika dari hidupnya.
Ya, aku lah Milea dalam kisah realiti ini. Kerana ego dan maruah aku, aku tinggalkan Dilan yang sememangnya masih sayang pada aku. Bagi aku jika dia tak mahu berubah lagi, dia lebih sayang tabiatnya itu dari aku.
Jujur, sehingga ke hari ini aku rindu sama Dilan yang amat sayang dan sanggup lakukan apa saja untuk aku walau mcm mana sibuk dia sekalipun. Dan sehingga sekarang, masing2 masih lagi tiada pasangan baru untuk menghilangkan rasa kasih dan sayang pada yang dah pergi.
Jadi di sini, aku ingin kongsikan pengajaran yang aku dapat setelah menonton filem sequel terakhir Milea: Suara dari Dilan.
Bagi aku Milea itu tak jahat kerana kebanyakan penonton menyalahkan Milea yang bersikap selfish kerana meninggalkan Dilan. Apa yang berlaku cumalah masing2 tidak cukup matang dalam membuat keputusan. Namun dari situ, aku baru tahu beberapa perkara dari sisi lelaki.
1. Tak semua lelaki bad boy itu playboy. Walau rupanya nampak gagah, jahat, bad boy sekalipun, sekali mereka sayang, mereka akan sayang seseorang seikhlasnya.
Mungkin tak semua kerana masih ramai playboy di luar sana ya. Tetapi aku amat beruntung sekali kerana aku baru sedar Dilan yang aku tonton di movie itu benar2 wujud dlm hidup aku. Dan dia masih sayang pada aku sehingga ke hari ini.
2. Communication is the key. Lelaki juga ada perasaan. Dalam perhubungan, jadikan komunikasi itu sebagai cara untuk perbetulkan masalah yang ada. Wujudkan sikap berterus terang tentang perasaan marah, sayang, kecil hati dan sbgnya. Jujur sahaja.
Walaupun wanita selalu bersikap nak menang, mahu pendapatnya diterima, tetapi kita juga tidak patut menidakkan perasaan pasangan. Terus terang secara berhemah
3. Turunkan ego. Sebab ego itu benar2 akan membvnvh perhubungan. Jangan kerana kita wanita, kita berharap lelaki akan buat sebagainya untuk kita. Tetapi kita tak beri effort yang sama pada mereka untuk perbetulkan hubungan.
4. Akhir sekali, jangan pernah cuba ubah diri seseorang. Mereka takkan ubah sikap mereka kecuali jika mereka benar2 mahu berubah. Selalu ada untuk mereka berubah tetapi bukan dengan cara yang memaksa. Beri mereka masa untuk grow and learn. Bak kata Dilan dalam movie tersebut;
Aku di mana waktu kamu masih bayi?
Aku ingin menjagamu.
Tapi, tapi, aku juga masih bayi waktu itu.
This hurts me so bad. Konklusinya, ada yang masih merasa terlalu muda untuk meninggalkan apa yang mereka sukai.
Seperti Dilan dalam movie itu, dia adalah kepala geng motor untuk bertempur dengan musuh ibarat pahlawan yang sudah pastinya tidak disukai Milea.
Sama juga seperti aku yang tidak suka sisi buruk pasangan aku dulu. Tapi tak semua kita boleh ubah secara singkat. Mereka memerlukan masa. Berikan masa.
Dan aku, akan aku berikan ruang dan waktu untuk hubungan kami yang tergantung sepi. Biar masa yang menentu.
Kalian pembaca, doakan aku dan Dilan. Jika sudah tertulis dia jodohku, maka bersatulah kami semula jika itu yang terbaik. Tapi jika ditakdirkan tidak bersatu semula sama seperti kisah di dalam movie Dilan, doakan aku kuat.
“Jangan rindu. Ini berat.
Kau takkan kuat. Biar aku saja” -Dilan
Sekian,
– Milea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit