Salam.
Firstly, post aku ni bukanlah bertujuan untuk menghentam post yang sebelum ni berkenaan Korean drama. Cuma nak berkongsi pandangan aku je, dari perspektif seorang penonton tegar drama2 dari korea ni. Dan aku hanya akan menjurus kepada drama je, bukan muzik K-pop.
By the way, aku memang peminat drama2 bersiri, tak kisahlah dari US, Korea atau Jepun. Dan aku layan semua jenis genre, dari kisah2 romantik komedi, kekeluargaan, aksi, penyiasatan, perubatan, lawyer, polis, sejarah, pendek kata asalkan jalan cerita menarik memang aku akan layan. Biasanya aku suka tengok pilot episode setiap kali ada drama bersiri baru keluar, tak kisahlah yang popular atau tak. Lepas tu, dari pilot episode ni lah aku akan decide dari teknik penceritaan, kualiti drama, tahap klise, plot, dan review yang mana aku akan sambung tengok or terus stop.
Berdasarkan post korea ni bagus ke tidak sebelum ni, aku rasa tak adil untuk cakap drama korea ni lebih banyak buruk dari baik. Kalau nak nilai secara am, semuanya lagi buruk dari baik tak kisahlah drama dari mana, in fact yang dari US dan Jepun lagi teruk dari segi body contact or tahap seksual yang ditonjolkan. Tapi kenapa ramai yang asyik nak menghentam drama2 dari korea tapi pada masa yang sama minat drama2 dan movie US yang mana kandungan seksual lagi melampau. Jangankan lips kiss, adegan2 ranjang ni pun dah macam normal dalam drama2 dan movie dari US. Ada member2 aku yang dok kutuk2 drama korea kata bagi bad influence lah apelah, tup2 rupanya diorang peminat drama bersiri Spartacus dan Games Of Throne yang pada aku dah sampai tahap kategori porno (Okay, GoT tu jalan cerita memang best, superb but adegan seksnya teramatlah melampau. Jangan tengok kalau tak kuat iman, takut dari nak tekan button forward kang ter rewind pulak).
Pendek kata, semua drama tak kisah dari mana ada buruk dan baiknya. Aku bukan nak pertahankan sangat drama2 korea ni, tapi pada aku semuanya bergantung pada cerita apa yang kau tengok. Dan drama2 korea ni kalau pandai pilih cerita, banyak sangat drama yang bagus2 dari segi kualiti, jalan cerita, dan moral. In fact, ada yang jauh lebih bagus dari drama2 dari US yang terkenal dengan kualiti drama. Kalau nak banding kualiti dengan drama melayu memang tak payahlah, jauh panggang dari api. Aku pernah jugak bukak drama2 bersiri melayu especially yang popular dalam facebook, sana sini orang duk post pasal drama tu. Secara jujur, hampir semua drama2 melayu ni kategori sampah, bila aku tengok tak sampai setengah jam pun aku dah wonder, apasal drama melayu ni hauk sangat. Dari segi jalan cerita, tema, belum masuk lagi bab2 yang lebih teknikal macam editing, lakonan, sinematografi, set latar lokasi dan amacam2 lagi. Even drama2 korea or jepun yang aku rate antara paling hauk pun aku rasa jauh lebih baik dari drama melayu. Dengan tahap klise, aku rasa macam boleh dah gabungkan 20, 30 buah drama melayu ni jadik satu cerita lagi senang. Semua plot, jalan cerita lebih kurang je. Belum masuk bab lakonan yang kaku dah tahap kayu jati , kayu meranti, chengal. Ya, memang betul semua drama ni sekadar hiburan, tak mendatangkan faedah pon tapi at least kita pun nak jugak menikmati hiburan yang berkualiti.
Kadang2 aku rasa banyak sangat orang yang suka melabel peminat drama korea ni macam2. Ada jugak yang katanya dah insaf dari tengok drama2 korea yang bawak pengaruh buruk so sekarang cuma layan drama2 melayu ngan omputih je. Kalau ada yang rasa macam tu, ternyata diorang ni hanya layan cerita2 romantik, feeling2, melting2 tengok hero2 yang putih hensem. Sedangkan ada banyak lagi pilihan drama korea yang berkualiti tapi diorang ni tak pernah tengok sebab bukan genre romantik. Nasihat aku, bawak2 lah menonton drama2 yang berlainan genre, especially macam drama2 perubatan, penyiasatan, politik, undang2, memang banyak knowledge dan benda baik yang ko boleh belajar. Kalau boleh, carilah cerita yang bukan menekankan bab2 romantik ni. Sebagai contoh drama korea ‘Signal’ yang aku tengah layan sekarang ni, tak ada pun bab2 romantik, kiss2 ke apa jadah semua tu, memang cerita mostly berkisar bab2 penyiasatan dan politik dalaman jabatan polis semata2. Memang ada sesetengah cerita lain yang akan menyelitkan unsur2 romantik ni untuk pancing penonton, tapi still menekankan tema utama which adegan2 romantik ni ko takkan ingat pon macam cerita Jewel In The Palace, 3 Days, Bridal Mask, God Gift’s – 14 Days dan banyak lagilah sebenarnya. Macam tu jugak drama2 dari US, ada je banyak drama2 berkualiti yang tak ada unsur2 romantik ni. Senang kata, pilihan tu semua terletak pada kita nak tapis cerita macam mana yang nak kita tengok. Kalau dah selera sendiri yang nak tengok citer kiss2, feeling2, geli2 jangan salahkan drama Korea pulak yang jadik punca.
Point aku sebenarnya just nak buang stigma yang Korean drama ni merosakkan, dan peminat2 korean drama ni sebagai pentaksub. Sebab aku rasa ramai je peminat drama2 Korea yang macam aku suka layan cerita2 yang lari dari kebiasaan drama2 romatik ni, sebab pilihan drama Korea macam ni memang banyak. Kalau ada 10 drama, maybe 5 daripada tu genre bukan romantik. Berbanding dengan drama2 melayu yang hampir semuanya bertemakan cintan cintun ni. Kalau dalam 10, maybe satu je yang genre lain sampaikan penonton tak ada pilihan drama lain. Itu pun dah elok ada 1,2 drama yang bukan tema cinta tapi hasil produksinya tak memuaskan pulak, macam asal boleh tayang je. Maybe bukan semua yang cerewet bab2 teknikal ni, but still aku rasa ramai jugak yang particular bab2 macam ni. Memang susah nak cari drama melayu yang bagus kedua2nya dari segi jalan cerita dan juga produksi. Maybe sebab tu ramai yang lagi gemar drama2 dari negara lain. Kalau dari US banyak yang best tapi masalahnya drama bersiri diorang pulak mostly banyak season, so mungkin ada yang tak sanggup follow so tu yang tersangkut dengan drama dari Korea or Jepun since drama bersiri diorang memang cuma satu season je.
Finally, aku harap kepada korang2 yang suka bash peminat2 drama korea ni supaya toksahlah asyik duk condemn2 kitorang ni. Melainkan lah korang memang tak layan segala jenis hiburan2 dunia yang melalaikan, dan tujuan kau hentam memang ikhlas nak berdakwah supaya kitorang tinggalkan hiburan2 dunia ni. Aku rasa kebanyakan penonton semua dapat menilai yang mana buruk baik pengaruh drama ni pada dorang. So pandai2 la korang pilih drama mana nak tengok ye. Nak lagi bagus ko tinggalkan je semua drama2 ni, ada masa terluang rasa gian nak tengok TV ko bukak jelah channel Al-Hijrah, insya Allah takde dah pengaruh buruk dalam hidup ko.
– Pogo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit