Aku Nak Bahagia

Hai para pembaca, terima kasih sebab sudi baca luahan aku yang terpendam.

Aku pun tak tahu pada siapa aku nak bercerita tapi aku dah tak tahan simpan sendiri. Korang berilah pendapat yang murni2 sahaja ya.

Kami da berkahwin hampir 6 tahun, ada anak seorang. Jarak umur aku dan suami 6 tahun.

Masa awal kami berkahwin aku sedar yang kami tak sama tahap pendidikan, tapi aku percaya orang yang rajin usaha dan bekerja Tuhan pasti bantu untuk menyenangkan hidup kami. Maka, aku tiada masalah berkenaan isu ini.

Awal perkahwinan semuanya okay, aku memang tiada rahsia berkenaan komitmen hutang aku dan aku juga berterus terang dengan suami sebab aku bekerja dan tak berniat menyusahkan.

Sama juga aku nakkan kepastian dari suami aku yang dia juga telus tentang komitmen hutang supaya kami mampu monitor kewangan keluarga, yelah kita baru nak mula hidup berkeluarga.

Macam2 aku fikir supaya kami hidup senang/sederhana dan ok di KL ni.

Belum sampai setahun perkahwinan aku dikejutkan surat bank yang datang ke rumah menyatakan tuntutan hutang bank yang perlu dibayar.

Rupa rupanya suami aku ada hutang pinjaman peribadi dan jumlah keseluruhan sudah hampir 70ribu.

Hutang itu adalah semasa dia bujang dan dia tidak memberitahu aku perkara tu sebelum2 ni.

Bila aku desak baru lah dia beritahu jika dia cakap pasal hutang ni mesti aku tak nak kahwin dengan dia. Hilang kata2 dan semua impian aku lebur.

Aku rasa terduduk dengan perkara yang terjadi tapi aku redha, benda dah jadi kami pun dah kahwin.

Tapi bermula saat itu aku betul betul rasa tertipu dan aku mulai rasa menyampah dengan lelaki ini.

Bila difikirkan pekerjaan suami aku dan hutang yang dia ada aku tahu dia tak mampu nak bayar bulanan dan juga sediakan nafkah untuk keluarga.

Aku tak ambil port masalah hutang dia sebab komitmen hutang aku sendiri dia memang tak tolong aku bayar. Aku masih sabar dan anggap ini semua ujian awal perkahwinan.

Tapi rumahtangga aku mula bergoyang bila aku mengandung. Suami aku mula culas dalam tanggungjawab dia.

Ketika usia kandungan baru masuk bulan ke dua dia dah mulai tak bekerja. Dia duduk di rumah tidur sepanjang hari, tunggu aku balik kerja bawakkan makanan atau kami akan keluar makan.

Ada ketika aku tanya dia kenapa tak cari kerja dia kata susah nak dapat kerja dan suruh aku jangan risau sebab dia ada simpanan.

Bagi aku, kalau simpanan kau banyak sekalipun, kau seorang lelaki dan tak bekerja itu tetap tak berguna.

Masa ni aku sangat serabut sebab fikir kena jaga kandungan dan emosi. Makin lama aku makin meluat.

Aku ni mengandung, perangai suami pulak macam ni hampir hari hari aku menangis sendiri dalam kereta masa otw balik rumah dari ofis. Family aku hanya mampu suruh bersabar, bersabar, bersabar.

Aku pun dah tak tahu betul ke tak aku patut bersabar.

Sampai masa aku beranak, bil hospital 3K aku settle sendiri alasan suami aku cakap dia tak ada duit nak bayar. Waktu ni perasaan aku nak minta cerai je terus lepas aku habis berpantang.

Aku berpantang di kampung, duit nafkah tak ada bagi langsung, hampir sepenuhnya aku bayar semua benda pakai duit gaji aku. Mulai saat ni aku dah tak mampu dah nak hormat suami aku selayaknya.

Masa terus berlalu, sikap aku memang dingin dengan suami aku. Aku tak mampu nak berlakon untuk jadi isteri solehah.

Aku bukan perempuan yang jenis maki hamun pecah2 barang rumah. Tapi masuk tahun ke 5 mental aku semacam di uji. Aku da tak mampu nak tahan.

Bila kemarahan aku memuncak aku akan terus menjerit dan mula nak maki hamun. Aku tak jadi diri aku yang sebelum ni mampu bersabar.

Aku tak kuat, aku minta perceraian secara baik tapi suami aku menolak. Itu yang paling menyakitkan aku.

Dia suruh fikir pasal anak tapi dia langsung tak fikir mental aku dah koyak sebab hidup dengan dia. Macam mana aku nak jadi ibu terbaik kalau hidup aku sendiri tak bahagia.

Sekarang, boleh dikatakan hidup kami tunggang langgang. Aku da jadi pemberi utama dalam keluarga ni. Gaji kami yang dulu pernah sama level dah jadi gap yang jauh. Gaji suami aku sekarang hanya satu pertiga dari gaji aku.

Dia sebenarnya ada pilihan untuk perbaiki diri dan dapat gaji yang selevel dengan aku tapi dia memilih untuk kerja yang lebih senang, tak nak kerja lebih masa dan ada banyak masa untuk berehat.

Aku tak tahu mana dia dapat mindset ni, tapi aku perasan yang dia hanya nak hidup senang tanpa kesusahan.

Apabila bersembang dengan kawan2, memang sejenis yang tak nak kalah dan sentiasa mengangkat diri, hakikatnya hanya yang tidur sebantal tahu apa yang terjadi.

Hidup aku tersepit, semua bil, duit rumah, duit dapur, duit taska, duit makan aku sendiri yang bayar tapi ada yang menumpang atas semua ni.

Aku jadi tak boleh terima dan makin stress. Kadang kadang aku ada rasa tak berguna dengan hidup ni.

Suami aku tak peduli dia hanya lepaskan tekak dia saja, bayar pampers anak dan susu anak bulanan. Bagi dia itu sahaja lah yang termampu untuk diberi.

Tak cukup susahkan itu, suami aku bukan jenis yang menolong dalam rumahtangga, satu minta tolong satu dia buat. Tak minta tolong, buat macam takda apa. Aku jadi makin serabut dan benci dengan sikap dia.

Apa yang aku boleh buat sekarang? Puas aku berdoa dan dalam kepala aku, hanya nak bercerai secara baik aku taknak tengok muka dia dalam rumah ni lagi..

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *