Aku Nak Bahagia Tapi Aku Takut Silap Langkah

Nama aku Murni, umur 29 tahun. Aku ada teman lelaki umur 33.

Kami pernah putus sebab dia pernah curang, dan sampai sekarang aku masih trauma. Tapi kami kembali semula sebab rasa sayang tu tak pernah hilang.

Sekarang kami nak kahwin. Tapi mak aku tak restu. Dari dulu mak tak suka dia.

Masa awal-awal dia cuba ambil hati mak, tapi lepas mak tahu kisah silam dia, mak terus cop dia lelaki tak guna.

Mak sampai bakar barang yang dia pernah bagi aku. Mak tetap tak boleh terima dia walaupun dia dah berubah.

Mak aku harap aku kahwin dengan lelaki beruniform. Katanya lebih sesuai.

Aku cuma orang biasa. Teman lelaki aku pun orang biasa. Dia belum ada kerja tetap, belum ada harta. Tapi dia ada aku, dan dia tengah usaha untuk masa depan kami.

Keluarga dia berada, tapi dia bukan jenis yang tumpang senang.

Mak aku guna alasan tu juga, katanya kami tak sekufu.

Bila aku balik kerja penat, aku senyap, masuk bilik. Mak marah, katanya aku berubah. Tapi sebenarnya aku letih. Letih fizikal dan mental.

Sekarang aku dan dia rancang nak nikah senyap-senyap di pejabat agama. Tapi aku takut.

Aku tahu lepas kahwin ujian tetap ada. Aku cuma takut pilihan aku ni satu kesilapan. Aku sayang dia, tapi aku takut tersalah langkah lagi.

Aku buntu. Patut ke aku teruskan kahwin tanpa restu keluarga?

Orang selalu cakap tanpa restu, hidup takkan bahagia. Atau patut aku lepaskan dia, fokus kerja, pindah ke tempat lain, dan bina hidup baru?

Aku sayang dia. Tapi aku sayang diri aku juga. Cuma aku masih tak tahu mana satu jalan yang betul.

Doakan aku semua..

Yang baca luahan aku komen nasihat baik2 tau, tapi kalau nak basuh balik pun aku okay.

– Murni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Bakal suami yang baik, dia akan ingatkan kita di mana syurga kita sebenarnya yang kita harus jaga. Waktu kita berkenalan dengan dia, siapa yang harus kita taat, bakal suami atau mak ayah?? Watak ‘Asiah’ ni bukan bila dah kahwin baru nak dicontohinya. Waktu kita sebagai anak yang masih bujang/di bawah tanggungan mak ayah lagi kita kena apply dalam kehidupan kita. Kebanyakan lelaki hari ini, waktu perempuan tu bawah tanggungan mak ayah dia, dia tak jaga/ingatkan syurga perempuan tu kat mana. Bila dah nikah, tunggu ada konflik, tahu pulak melalak nusyuz kan bini la derhakakan bini la. Waktu bini tu tak taat/tak dengar cakap mak ayah dia, curi-curi keluar, menipu (sebelum nikah), takde pulak bising bagi nasihat. Persoalan, pemuda bawa lari perempuan bujang/tiada suami (persetujuan bersama) HALAL? Pemuda bawa lari isteri orang (persetujuan bersama) HARAM? Harini mak bapak yang toxic, esok lusa partner yang toxic, tulat anak pulak toxic. HUH! Kalau dah rasa he’s the one, banyakkan doa, pujuk mak tu elok-elok, bukan main ikut je cakap bf kahwin lari.

  2. Please dik, jgn kawen senyap dan membelakangkan keluarga terutamanya mak. ko buat je semua nya tp part nk nikah tu ko ckp ngan mak ko, ko nak buat majlis gini2. kalau semua guna duit ko, maaf cakapla ye, lelaki tu redflag. kalau kerja pon xtetap, dah nak sara ko mcmane? lelaki ni, maaf cakapla, kalau semua ko sediakan. mmg dia akan curang, tmbah2 yg ada sejarah silam ni. eh, please laaaaa, ko dah nmpk redflag byk tu. ada masa lagi nk angkat kaki. perkahwinan ni utk seumur hidup, dan seumur hidup tu terlalu lama.

  3. Instinct mak2 ni selalu betul. Ikut cakap mak tu. Saya baru baca luahan pendek ni pon dah boleh tangkap yang lelaki tu redflag. Jangan buta mata, buta hati disebabkan cinta. Tanya diri sendiri betul ke lelaki tu layak jadi suami awak? Layak ke jadi ayah kepada anak2 awak? Awak sendiri cakap awak trauma dengan apa lelaki tu dah buat. Buat keputusan guna akal fikiran, jangan guna hati semata mata

  4. Redflag:
    1) Curang. Dah putus, berbaik balik. (tlg ingt once a cheater, always a cheater) Kenapa saya cakap macam tu? Sebab si lelaki dah tau kamu sejenis perempuan yg pemaaf dan gilakan dia.
    2)Tak da kerja tetap.
    Pikir dalam-dalam. Macam mana dia nak nafkahi kamu? Nafkah ni bukan sekadar makan minum kat kedai. Bukan sekadar bayar masuk wayang time dating. Nafkah yang Islam tetapkan sgt mendalam sbb nak melindungi hak isteri dan anak-anak.
    3) Nak kawin lari. Allahu.. banyak² istigfar. Kalau kamu kecewakan ibu bapa kamu pada hari ini, Allah pasti akan memecahkan hati kamu jua. Si ibu dan ayah berhak tolak pilihan anak setelah tahu latar belakang bakal suami. Kerana apa? mereka cuba melindungi anak mereka.

    Apapun, semuanya pilihan kamu. Kalau kamu sejenis perempuan yang suka settlekan masalah sepanjang masa, ambil ja laki ni jdi suami. Maka, hari² kamu dibebani masalah.

  5. ikut la nasihat ibu kamu, mungkin dia nampak apa yang kamu tidak nampak, naluri keibuan ni jgn dipandang remeh, kerana cabaran utama adalah selepas kawin

  6. Nk komen jujur ke?..
    Sila tinggalkan. Ibu yg melahirkan dan membesarkan kita susah payah..lebih tau mana trbaik utk ank prmpuannya..Jgn kerana umur dh lanjut..nk kawin cpt…tiada pilihan lain… red flag yg dh jelas kamu abaikan kononnya dh kahwin berubah.. Never…sekali curang selamanya curang..Tiada istilah dh kahwin berubah…tiada istilah kerja tak stabil..dh kawin nanti stabil..sayangi diri dulu sblm sayang org lain. Menyesal kemudian hari tiada guna..skrg ni kalau dh terperangkap dgn lelaki tak guna…bkn senang nk bercerai dik oii…mereka lebih memihak kpd lelaki…lagi2 kalau prmpuan tak bekerja..tiada duit nk hire lawyer…duduk jela neraka dgn lelaki tak guna nangis sepanjang hayat..syg diri kita…insy jodoh terbaik untuk kamu ada…sy nasihat dr pengalaman hidup..bkn mengikut emosi…kita perempuan kena bijak memilih dn ada hak utk memilih sebab nk hidup dgn lelaki tu sepanjang hayat..sepanjang hayat tu sgt lah lama jika umur panjg..cinta kpd dia je tak cukup menjamin kebahgiaan. Bangunlah 1/3 mlm…doa..mohon diberi kekuatan..Allah shj tempat meminta pertolongan.

  7. Dengar dari luahan pn dah nmpak bermasalah bf awak tu,ye..manusia mmg blh berubah tp sanggup ke awak nk lalui jika diuji lg selepas berkahwin??sekali curang xbermakna xblh curang lg??pikir2 kn lah..kita xblh nk ubah manusia dikk, jgn disebabkan bf awak tu berjanji mcm2 konon nk berubah,sblum berkahwin ni..awak menyesal tak sudah sepanjang berkahwin dgn dia di kemudian hari. Sanggup ker?? Akan dtg buatnya timbul lg mcm2 hal selepas berkahwin. Rela ke nk melalui semua ujian2 tu sampai lah bf awak tu betul2 berubah?? Lagi2 kalau takde restu dari keluarga(ibu). Tiada keberkatan dlm perkahwinan awak nanti. Nak berkahwin ni bkn 1,2 hari atau sebulan dua dikk, tp berkahwin ni kalau blh seumur hidup kita. Percaya la dikk..naluri seorang ibu itu lebih tahu apa yg baik dan buruk utk anknya. Sbb seorang ibu yg baik,yg terlalu menyayangi dan ingin melindungi anknya, dia takkan sanggup tengok awak menderita di kemudian hari. Berdoa lah byk2 pd Allah sblum awak membuat keputusan yg terburu2. Buat solat istikarah dan awak pasti akn dpt petunjuk serta kebenaran dari Allah SWT. “Aku nk bahagia tapi takut tersilap langkah” dari tajuk pn sy dpt rasa awak dah ada keraguan utk teruskan berkahwin senyap2 dgn bf. Jadi belum terlambat utk betulkan keadaan dari awak terseksa di kemudian hari. Nasihat sy..jangan tersalah pilih pasangan hidup ye.. Doa sy semoga segala permasalahan dan kesulitan yg dihadapi saat ini..dipermudahkan oleh Allah SWT..serta diberikan jln petunjuk bt awak.. Aamiinn..Aamiinn..Ya Rabbal Alamiinn..

  8. Saya pun sependpt dgn abg black dan cloud. Ikutlah kata2 ibumu yg melahirkan, membesar dan mendidikmu hingga dewasa. Bukan dia suruh benda haram pun. Ada keberkatan kalau ikut cakap ibu awak. Ibu kat dunia ni sorang ja, lelaki belambak lg yg baik2 kat malaysia. Kalau mcm tu punya perangai, baik x payah.jgn awak menyesal di kemudian hari.

  9. Dik… berfikir waras lah sekarang sebelum terlambat…
    Memang kalau ikutkan sayang tu akarnya hawa nafsu ia akan ikut saja asalkan tercapai hajat memiliki lelaki itu

    Red flag dah banyak..Tuhan dah tunjukkan.Berfikir lah guna akal yang waras.Mohon petunjuk Allah agar tutup pintu hati dari terus mencintai dia.Doa ni mujarab dik.

  10. umur 33 tahun tapi masih belum ada kerja tetap? lebih baik jangan teruskan sis, percayalah instinct ibu tu

  11. Lepas kahwin.. sayang tu tak cukup ya. Tak boleh beli makanan.. tak boleh bayar sewa rumah pun. At least suruh la bf tu usaha cari kerja tetap dulu. Tak kan kau yg nak tanggung semua nnt? Ke menumpang rumah mak? Awal2 tak hadap boleh la ckp sanggup. Tunggu dh beranak pinak nnt.. tak cukup pembaris nak ukur mental kau boleh pergi mana. Perempuan paling malang kalau salah pilih suami.

  12. kalau mak dah cakap tak suka , ada benda la tu dia nampak kat laki tu. Cuba la dengar cakap mak ko, amende la nk kahwin senyap senyap la apala. Fikir kedepan! syang tkboleh beli pampers anak apa smua, lagi lagi pernah curang. woi takfhmla , ni kalau adik aku ni dah kene basuh dah ni otak ni. Choose mother over everything, ingat, Takde duit lagi sakit daripada takde laki!
    kalau mak tak restu, ko tgk la apa nsib ko kahwin jgk, sbb aku pernah tgk benda ni depan mata sendiri, tpi ikut mung la, nasihat lebih lebih pun karang ikut otak hati mu jgk , maleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *