Aku Nak Berhijrah

Aku sebenarnya tak tahu nak mula daripada mana. Cuma cukuplah pembaca semua tahu aku seorang perempuan yang hanya berniaga, walau dalam keluarga, aku sorang saja lepasan degree.

Umur aku sekarang dah hampir 30 tahun. Aku ambil keputusan untuk menulis di ruangan IIUM Confession ni sebab aku sendiri pun dah tak tahu dan rasa putus asa, kecewa dengan semua benda.

Bertahun aku pendam sorang-sorang sampai aku rasa mental aku sekarang ni dah tak stabil. Selalu jugak aku terfikir untuk akhiri semuanya tapi masih lagi ada iman Allah jentikkan dalam hati.

Kenapa aku nak berhijrah?

Pertamanya sebab aku daripada kecil lagi memang belajar di asrama dan universiti dalam negeri tempat kelahiran aku saja.

Sebab kedua, sebab aku masih bujang, aku jadi mangsa keadaan untuk uruskan komitmen orang lain.

Sebab kedua tu lah yang sekarang ni jadi benda paling trigger aku untuk aku berhijrah. Maaf kalau cerita aku tak tersusun sebab mental health aku tengah tak stabil. Aku penat sangat. Penat gila.

Kenapa aku kata aku uruskan komitmen orang lain? Aku ni anak bongsu perempuan dalam keluarga, patut aku ni manja kan? Tapi aku rasa sampai tahap ni aku sangat berdikari, sambung degree pun aku buat part time cari duit sana sini.

Sengsara aku bermula tahun lepas masa PKP bila kakak aku dimadukan. Kan PKP 1 tu, ramai yang terkandas tak boleh balik ke kampung, masa ni laa pecah tembelang abang ipar aku kahwin lain dah hampir setahun.

Kononnya ke luar negeri sebab ade projek mega kena handle, hah hambik! Memang mega sangat sampai lah kakak aku ni macam orang tak betul dah.

Waktu ni aku yang ambil tanggungjawab jaga anak-anak saudaraku sebab memang dorang rapat dengan aku.

Dan sebelum pecah tembelang ni jugak lah, abang ipar aku bagi aku kereta atas alasan mudah untuk aku bergerak ke daripada rumah mak aku ke rumah kakak aku kalau dia takde kat sini.

Aku paling kasihan tengok mental anak-anak sedara aku, kecil-kecil lagi dah hadap ujian besar macam ni. Ni seme salah mak ayah dorang, tapi dorang jadi mangsa. Sampai yang sulung tu selalu bertumbuk semata nak lepaskan perasaan.

Yang kecil pulak selalu lukis dan warnakan hitam semua gambar sebab dia cakap, ayah dia dah tak sayang mereka semua.

Sampailah keadaan dah okay dan back to normal, abang ipar aku ceraikan bini kedua dia. Tapi tak habis kat sini. Muncul pulak cerita kecurangan kedua. Ni melibatkan abang kandung aku sendiri.

Waktu ni aku dah slowly burn out sebab aku terpaksa handle budak-budak kecil kat rumah ni, 4+4 daripada 2 buah keluarga yang hampir berpecah dan berpisah. Aku dah buat yang terbaik kan as tanggungjawab aku sebagai adik?

Sampailah aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisnes supaya aku ada banyak masa untuk di rumah dengan kanak-kanak riang ni. Walau hakikat, aku tahu aku tak dibayar sesen pun.

Dan masa ni jugak, aku putuskan hubungan dengan seseorang sebab aku tak mampu beri komitmen.

Aku sibuk handle anak-anak saudara dan jadi orang tengah untuk pulihkan hubungan abang dan kakak aku even aku tak kahwin lagi, been there dan jadi pendengar dan uruskan kerja rumah dan anak-anak sedara aku.

Tapi lama-lama aku rasa jiwa aku hilang. Aku tak rasa happy. Even orang cakap, ni life kau, kenapa kau perlu ambil komitmen orang? Sebab aku kesian dekat anak-anak sedara aku.

Dan kali ni, aku buat keputusan drastik paling besar dalam hidup. Aku dah dapat kerja kilang dekat sebuah bandar di Selatan tanah air.

Walau hati aku berat nak tinggalkan mak ayah aku, tapi bukan aku sorang saja anak mak ayah yang ada tanggungjawab uruskan mereka.

Aku fikir, aku kena ambil peluang kerja ni even kerja kilang saja pun sebab aku tak boleh dah nak push diri aku buat bisnes.

Mak aku menangis, tapi jiwa, mental dan otak aku dah sakit hadap semua ni. Paling aku risau, aku takde simpanan dan kerjaya tetap. Abang ipar aku pun dah tuntut balik kereta dia.

Aku nak pergi sebab aku rasa aku tak diperlukan lagi dan adik beradik aku berkira dengan aku. Tolong doakan aku, aku rasa sangat useless sekarang. Doakan aku okay di tempat kerja baru.

Terima kasih sebab sudi baca. Kalau ada dalam kalangan pembaca yang ada pengalaman kerja kilang, komen lah. Aku nak prepare mental fizikal aku sebelum pergi ke tempat baru.

– Abiel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *