Pernah dengar tak orang cakap. JADILAH DIRI SENDIRI. JANGAN PEDULI APA KATA ORANG?.. KORANG RASA RELEVAN? ? Boleh pakai tak ayat ni?? Buat la apa pun yang penting jadi diri sendiri. Huhu. Bagi saya no….. Big no!!.
Kisah saya, dulu saya sangat teruk. Biadap, ego, sentiasa merasa diri saya yang terbaik, sombong, jahat dll. Dalam sekeliling kota mmg ada spesies manusia macam ni so korang rasa relevan tak klu nak guna pakai prinsip jadilah diri sendiri. Hello diri kita ada byk kekurangan. Mana yang teruk tu perbaiki. Kita manusia mmg ada fasa dia dari yang teruk tiba2 dapat hidayah nak berubah. Betul tak? Begitu juga saya. Dekat setahun saya da berubah. Saya solat, saya jaga pertuturan, saya jaga tindakan saya agar tidak menyakitkan hati orang lain tapi saya dilema.. Saya tak tau nak buat apa. Bila saya baik orang sekeliling ambil kesempatan nak pijak saya. Diorang pergunakan saya, saya ok je dengan niat membantu kerana allah. Tiada kebaikan yang sia2 kerana pahala mengalir di setiap kebaikan yang saya buat jadi ada keuntungan juga untuk saya. Masalahnya kawan2 pula yang melampau. Saya hairan dengan manusia ni. Bila kita baik, kita dipijak tapi bila kita jadi jahat diorang takut. Takkan saya nak jadi jahat lagi? Saya da cuba betul2 ikhlas tapi orang perbodohkan saya sampai keikhlasan saya pun jadi tak ikhlas. Pergunakan yang tahap da menyusahkan saya. Saya dilema nak jadi kejam ka yang tak fikir perasaan orang atau saya kena sabar saja. Da la hampir 24 jam nak hadap. Kalau tak sama2 ok juga ni kat tempat kerja kat hostel muka itu juga kita nampak. Saya sampai keliru dgn diri saya. Da jadi macam orang tak da identiti. Kejap baik kejap jahat. Kejap berani melawan kejap jadi penakut. Saya kadang2 bukan takut tapi nak mengelak dari ada isu. Kadang saya fake. Saya tak suka dia tapi saya tetap layan sebab apa bodoh la 1 tempat kerja pun nak gaduh nak masam muka. Sudahlah kerja pun menuntut kena kerjasama. Tak ke awkward oiii.. Saya anggap saja saya profesional bukan penakut tapi tula manusia makin melampau pula dia kenakan kita. Saya nak berpegang dengan tuntutan agama. Patut ke saya bersabar. Kalau perlu tolong bagi saya semangat untuk dorongan supaya saya kuat. Kalau saya melawan pula tak ke saya da berdosa sebab buat orang terluka. Saya dilema.
– Hinata (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit