Aku Nak Cerita Sesuatu Yang Indah

Aku bercinta tak lama, tapi dah berkawan hampir 3 tahun.

Berpisah, 1 tahun dah berlalu.

Aku tak nak cerita profesion kerja aku, ada sebab.

Aku cerita ni sudut yang matang, bukan bercinta zaman universiti ke sekolah ke, hahaha.

Profesion kerja aku dan dia ni kerja hampir 24 jam, sangat sibuk, tapi bagaimana ianya menjadi utuh ada lah kat bawah ni.

So korang rajin-rajin kan lah baca kat bawah yer, haha.

Aku dan dia dari kaum yang berbeza, agama yang sama.

Permulaan bercinta ni memang indah, indah sangat.

Setiap hari lepas habis kerja kami akan pergi makan, tapi waktu makan tu penuh dengan perkongsian kes di tempat kerja. Lepas habis makan akan on phone sampai lah tidur.

On phone ni sebab kita akan share kes2 di tempat kerja, untuk pembelajaran, walaupun kadang- kadang tu yelah lagho, aku ni marhaen dan hamba sahaya, ada banyak lagho nya, hahahaha.

Permulaan tu aku terima dia sebab aku taknak hilang friendship ni, aku rasa tak sedap hati nak terima lebih dari kawan, tapi pada masa yang sama kalau tak terima nanti mesti awkward kat tempat kerja.

So, i said yes.

Permulaan sayang tu 2 minggu lepas in ‘real relationship’, mungkin sebab aku dah mula rasa rindu.

1 minggu kemudian dia kena transfer pergi negeri lain, jadi aku pun sama tolong pindahkan barang-barang dia ke sana.

Percintaan jarak jauh. Dahlah baru 1 minggu in real relationship, berpisah pulak, mungkin ni dari awal Allah nak tunjuk.

Okey kita mula begini :

Aku nak bagi tips sikit kat korang yang in PJJ atau LDR (long distance relationship), kahwin atau belum.

Walaupun aku dengan dia akhirnya putus di tengah jalan tapi apa yang dia buat sepanjang PJJ ni aku rasa sangat berguna dan perhubungan kami jadi lebih kukuh.

1. Setiap pagi, setiap malam, korang sibuk macamana pun, walaupun tak sempat call, jangan pernah lupa text goodnight atau goodmorning.

2. Lepas habis kerja tepat pukul 5, call. Waktu ni kami sama-sama akan berjalan ke kereta lah tapi pada tempat yang berbeza.

3. Hari-hari akan berkongsi kes, cerita tempat kerja, masalah.

4. No secrets in relationship, kenapa? Pergi makan dengan siapa, keluar dengan siapa, bagi aku kita perlu inform partner kita, ada orang kata macam queen control lah, ganggu privasi.

Aku tak setuju, this is how u gain ur partner’s trust, no secret, no lying, daripada datang dari mulut orang better kau cakap awal.

5. Setiap minggu kita akan jumpa, ada waktu aku ke tempat dia, tapi mostly dia akan datang ke tempat aku, korang kena rajin tau, dan jangan berkira sangat penat, bila jumpa tu share la and spend every seconds together.

6. Piagam kita – haha kami ada piagam rules and regulations in our relationship and none of us can break the rules.

7. Gaduh macamana pun, jangan lebih dari 24 jam, dan jangan ego, text your partner, a simple ‘hi’ means everything, kadang2 dia shut down diri sebab tengah sakit hati tapi kalau kau text tu dia akan tahu la ‘that u still care’.

8. Listen – yes, dia ni suka cakap, banyak benda dia nak cerita, well me? Im a listener, walaupun ada topik tu korang tak suka atau not interested, make yourself interested, he/she will appreciate more.

9. Send picture of your day – ini akan buatkan korang sebenar nya tak jauh, ibarat macam jumpa tapi di screen. Jadilah kan? Bukan hantar gambar bukan-bukan pulak.

10. Ask your partner for opinions, walaupun sekecil kecil benda, ini sebenarnya akan membuatkan korang lebih memahami satu sama lain.

11. Love? Yes, love words are beautiful, jangan lupa cakap benda ni, and laugh more, even it is just a simple jokes.

12. Shopping? Ini situasi kalau kau shopping seorang lah, call him/her, throughout the process, this will actually buat korang rasa dekat, acah macam shopping bersama.

13. Share about families, friends – yes make them know u better and deeper, ni proses sebelum kau jumpa bakal keluarga baru, kawan baru, ada lah sikit tips dia.

14. Doa? Yer betul, sentiasalah berdoa yang baik-baik, jodoh ni bukan kat tangan kau, yang mengindahkan sentiasa bukan kau, tapi yang di atas.

15. Untuk yang belum berkahwin – bincang mengenai tempat tinggal, nak kahwin macamana, ni bincang lah dengan lebih matang dengan bajet yang ada. Aku dengan dia plan lah dengan teliti (walaupun hanya kenangan sekarang).

16. Nasihat, cubalah, nasihat perkara yang kau rasa perlu, matang lebih dalam memberi nasihat dan cuba menerima.

Semua ni dia lah yang usahakan, aku sebenarnya kurang sikit manis-manis ni, tapi itulah, hidup ni kan kontra.

Akhir :

Kalau korang baca kat atas kan, ada satu benda yang aku tak sebut,

Berkat ibu bapa

– Sebab ini aku dan dia tak dapat, dari kedua dua belah pihak, halangan muktamad, tiada perbicaraan atau peluang setipis kulit

11 malam : satu perkara yang paling indah berakhir.

Susah kalau kedua ibu bapa ni tak setuju, keluarga dia hingga sanggup putus hubungan kekeluargaan kalau dia masih nak kahwin dari bangsa yang lain.

Keluarga aku cuma menghalang, tak adalah sampai nak pecah belah.

Kami berpisah.

Aku menangis, hati aku remuk, aku kecewa.

Aku menyesal, tapi aku keliru, kenapa aku menyesal? Mungkin kalau aku tak terima, kami mungkin masih kawan, aku tak perlu rasa sedih kecewa begini.

Nampak tak point no.15? Sepatutnya minggu depannya tu aku patut pergi tempat dia, kami nak survey rumah, tapi takdir.

Zohor – lepas aku sujud yang terakhir tu, aku beri salam, aku sujud semula, aku menangis.

Aku menangis sebab aku banyak dosa.

Itulah point no.16

Aku berdosa, aku menangis, aku cakap “ya Allah, ampunkan lah dosa aku dan kedua ibu bapa ku dan ampunkanlah dosa aku dan dia, ampunkan lah maksiat dan dosa kami”.

Aku menangis lagi, tangan aku bergetar memohon ampun, aku cakap “Ya Allah, ya Allah”.

Aku ke masjid, aku tunduk.

Aku menangis seorang diri, sambil aku lihat pakcik makcik mengaji, setiap alunan tu aku meratap dalam hati, hati aku yang dulunya kering, basah, penuh dosa.

Aku banyak lalai.

Yes, we were holding hands, whenever we were together, and others that we did tapi bukan lah ke tahap pihak wanita hilang takhta paling berharga, tapi banyak perkara berdua.

Persentuhan dengan bukan mahram tu berdosa.

Aku tak tulis point no.16 – sebab aku malu, malu dengan hamba yang lain, sebab aku pendosa.

Kami berdua bekerja profesion yang bergaji besar, 5 angka – tapi siapa sangka, duit tak dapat beri aku bahagia.

Kami ada duit, ada rumah, ada kereta dan aset lain.

Aku tak ada satu benda – orang yang aku sayang.

Aku tak dapat beli redha.

Aku tak dapat beli bangsa.

Sampai sekarang pun, aku akan doa yang sama, mohon Allah ampunkan dosa kami berdua, mohon Allah kurniakan keredhaan pada hati kami.

Kenapa keredhaan? Sebab aku masih sayang.

Kami tak pernah putus hubungan, dia masih mengharap tapi aku tipu.

Ya, aku tipu aku tak sayang. Sebab tiada indah di dalam dunia ini selain berkat ibu bapa. Perit nak diterima. Mungkin juga dosa kami, membuatkan hilangnya berkat.

1 tahun – aku dan dia masih sendiri, masih in contact with each other tapi hanya kawan.

Aku pun tak pasti bila aku nak rasa buka untuk orang lain.

Mungkin, sebab aku ikhlas.

– Ikhlas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *