Hi. Nama aku Flower ni kali kedua aku karang cerita ke IIUMC. Kali pertama tak diterima, tapi aku faham sebab cerita aku masa tu serabut sangat sebab tulis waktu tengah berkecamuk. Tapi kalau diterima aku nak ucapkan terima kasih.
Aku ni muda lagi. Orang kata baru belajar nak hidup. Sekarang tengah sem 2 dalam course pendidikan Bahasa Inggeris. Kenapa aku ambil course ni bukan sebab aku di paksa ke apa, tapi memang aku minat sangat dengan Bahasa Inggeris.
Aku ni semenjak kecil dalam darjah 3 macam tu suka sangat cabut rambut. Cabut bukan biashe-biashe tau tapi sampai tahap rambut aku botak. Mak aku marah-marah aku suruh berhenti cabut rambut. Tapi time tu aku tak terfikir pula kenapa aku suka cabut rambut. Yelah budak lagi masa tu tak berakal lagi.
Habit ni berterusan sampailah tahun lepas sebelum SPM, aku tengah tekun mencabut rambut dan bulu kening aku depan TV. Masa tulah aku terfikir “ Eh kenapa aku suka cabut rambut eh?”.
Aku pun google dan keluarlah artikel-artikel mengenai trichotillomania. Benda ni menyebabkan sesorang akan mencabut rambut waktu dia tengah sedar ataupun luar sedar dan biasanya disebabkan stress. Tergamam lah juga waktu aku baca artikel ni. Lepastu aku terus meraung kuat -kuat dalam rumah sebab mak dengan ayah aku tiada time tu.
Aku ni anak tunggal. Tiada adik beradik. Apa aku nak in sha Allah mak dengan ayah aku mesti cuba tunaikan. Aku ni gemuk paras obesiti. Memang gemuk gila. Low self-esteem dan memang tak pandai bergaul. Masa form 3 aku pindah ke sekolah lain di selatan. Masa ni kaw-kaw aku kena buli. Aku dah lah budak baru waktu tu pergi tegur classmate aku salah pronounce doppelganger patutnya dia pronounce ˈdɒp(ə)lˌɡaŋə,.
Sejujurnya sampai sekarang aku masih rasa bitter pasal benda ni. Sebab kan benda ni life aku masa form 3 kucar-kacir. PT3 aku hancur teruk sebab aku tak boleh survive benda tu. Sampai tipu ayah aku semata-mata tak nak pergi sekolah. Masa ni lah aku perasan yang tabiat aku cabut rambut makin teruk dan kadang-kadang aku rasa sukar nak bernafas.
Mujurlah naik form 4-5 dah kelas lain dengan pembuli-pembuli tu. SPM aku biasa-biasa je tapi aku bangga dengan result aku dan sekarang aku tengah sambung belajar. Lepas SPM, aku duduk dengan Mak aku, parents aku tak duduk sekali sebab komitmen kerja. Aku duduk dengan mak aku dan cuba cari kerja.
Dapat kerja kedai waffle memang excited habis aku time tu. Sekali pekerja pakistan tu ambil kesempatan dekat aku. Semua kerja dia suruh aku buat. Pagi tu, dia suruh aku buat kerja macam biasa dia main phone. Aku rasa stress sangat, aku rasa nak hempuk kepala dia dengan tray makanan. Masa ni lah aku tersedar dan lari pergi ke hospital buat ujian dass (ujian kesihatan mental).
Aku dah lama ajak mak aku tapi dia tak berapa berkenan. Bukannya dia tak berapa berkenan, tapi dia risau life aku akan susah nanti sebab ada rekod. Last-last aku pergi sendiri. Result keluar memang aku ada anxiety,depression dan stress yang sangat tinggi. Doctor tu pun terkejut dan aku di nasihatkan untuk jumpa lagi dengan pakar pshycytrist.
Balik tu aku akhirnya jujur dengan mak aku. Mak aku pun menangis dan teman aku jumpa pakar tu. Masa tu jangan cakaplah menangis aku meluahkan segala-galanya. Dia syak aku ada borderline personality disorder.
Next appointment aku pergi, ada seorang pshycytrist ni (dia macam pangkat lebih tinggi) clarify yang aku ni takde masalah apa-apa pun. Cuma benda tu adalah personality aku? Aku masa tu pelik sangat-sangat dengan result dia. Agaknya dia nak tunggu aku betul-betul jadi macam soalan yang dia tanya aku dulu baru dia nak clarify yang aku ni tak okay barangkali?
Selepas tu memang aku tak pergi jumpa mana-mana doctor dah. Mak aku pun cakap yang itu hanyalah mainan perasaan aku. Aku pun biarkan sampai lah lepas masuk belajar ni aku dilanda masalah lagi. Manusia tu dia pergi jaja cerita buruk pasal aku. Jadi takdelah orang aku nak kawan sekarang ni.
Aku mula terfikir nak bunuh diri je sebab sepanjang aku hidup memang banyak menyusahkan orang. Aku beli ubat panadol tu aku makan 2 biji almost setiap hari sebab aku nak tidur. Harini pun aku terfikir lagi macam mana agaknya kalau aku telan semua ubat tu. Takpun kalau aku terjun je dari hostel aku ni.
Semua orang pernah buat benda bodoh dalam hidup dia. Aku pun pernah buat, dan benda tu sangatlah mengaibkan. Tapi hanya sebab tu aku dah tak boleh jadi orang baik dah ke? Aku memang dah tak boleh berubah ke? Memang Allah takkan terima doa aku dah ke sebab hati aku dah hitam?
Aku penat sumpah penat. Aku tak nak mati bunuh diri. Sah-sah masuk neraka plus kesian dekat parents aku nanti. Tapi macam mana aku nak hidup dengan situasi macam ni?
– Flower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit