Hi semua. Maaf aku just nak meluah. Dari aku sekolah sampaila menghampiri 30s ni aku tak pernah bercinta atau orang kata in a relationship. Jadinya aku tak pernah tahu apa yang korang hadap sepanjang bercinta. Aku expect semuanya mesti indah2 belaka.
Sejak 2 tahun lepas, aku selalu diasak dengan soalan bila nak kahwin. Mula2 tu aku boleh buat derk lagi tapi lama2 tipula kalau tak terkesan. So aku decide untuk nak kahwin.
Pembacaan aku kalau nak lelaki yang terbaik, kita haruslah jadi yang terbaik.
Aku ubah diri aku untuk jadi lebih baik. Banyakkan pergi masjid, no more keluar malam, cakap pun aku cuba sehabis baik berlapik. Jaga adab dan aurat sebaik mungkin.
Alhamdulillah selesai rukun ke 5 juga. Tapi yang ni untuk diri aku juga, bukan sebab nak cari bakal suami saja.
Dulu aku belajar rajin2 sebab aku nak kerja hebat2, dapat gaji yang tinggi. Alhamdulillah dah capai 5 figure and now hoping aku layak berdamping dengan bakal suami aku.
Plus aku beli kereta dan rumah juga sebab aku nak bakal suami aku rasa aku layak untuk dia financially juga. Tapi takde juga orang yang nak berkenalan.
Aku ingat dengan kerjaya, ada rumah, ada kereta and all boleh meletakkan aku di satu aras yang mana aku layak untuk mana2 lelaki dan mereka sudi kenal2 dengan aku. Tapi rupanya aku hanya berangan di tengah hari.
Entahla mungkin niat aku salah. Bab kereta dan rumah tu selain untuk diri aku, niat utama aku mmg aku konon nak berdiri sama tinggi dengan bakal suami aku nnt. Aku tak nak orang cakap pada aku ‘what you can bring to the table’.
Entahla aku selalu triggered dengan ayat atau content sebegitu. Fikiran aku kalau nak lelaki kaya, kena kaya. Nak lelaki provider, kita sendiri kena jadi provider dulu. Nak lelaki yang baik2, kita sendiri kena jadi baik dulu.
Aku dah buat tapi masih takde pun jodoh datang walaupun hanya untuk berkawan.
Walaupun sekarang orang memilih untuk single semua, aku tetap memilih untuk berkahwin. Antara nikmat dunia yang Allah hadiahkan pada para hambaNya. Aku nak juga ada keluarga kecil sendiri. Suami yang prihatin, yang jaga kita as a wife. Anak2 sebagai penyeri hidup.
Sampai bila aku nak hidup sorang. Sampai bila aku nak harapkan pada mak aku untuk sentiasa dengan aku, melayan aku dalam pelbagai perkara.
Dalam usia senja, mak aku memang memilih untuk banyak menyendiri dan fokus beribadah. Tinggal aku terkapai2 keseorangan.
Kehidupan aku pun dah mcm lembu. Pergi kerja balik kerja. Bercuti dengan kawan2 atau family. Habis bercuti, diorang pun balik pada keluarga masing2. Tinggal aku hanyut malam2 layan emosi sendiri.
Nak bercerita, nak meluah perasaan, nak acah2 manja, nak gelak ketawa, nak orang pujuk, nak share kejayaan. Belum lagi nak layan aku pergi mana2, nak makan apa, jadi imam solat, ngaji sama2, pergi masjid sama2, pergi majlis anak sama2.
Aku nilai hidup aku pun sedih. Aku sangat2 bersyukur pada Allah dengan nikmat yang diberi tapi jauh di sudut hati aku, aku nak juga someone untuk share segala perasaan aku.
And now aku mohon semua doakan aku agar tetap bangkit and terus maju. Aku kalau boleh tak nak layan sangat perasaan ni.
Aku ada Allah tapi aku manusia, kadang2 cuba tutup mata nak tidur mesti teringat2 hidup aku yang memang sunyi ni. Aku doakan semoga kita semua dalam lipatan rahmatNya.
Terima kasih..
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I understand your feeling sis sbb dah laluinya,
Time tu, semuanya I ada kecuali peneman hidup,
I pun buat mcm yang sis buat sekarang ni,
Berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah,
Sedih, risau and emosi negatif mmg hadir,
Tapi I percaya Allah loves me dan Allah perancang yang terbaik,
I percaya Allah nak bagi I enjoy my single years,
I fokus berbakti kepada keluarga dan buat apa yg I suka masa single tu,
Akhirnya dalam usia 30s, dengan persetujuan mak ayah I dan selepas solat istikharah, I mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang I kenal secara kebetulan
Lelaki itu kehidupannya tidaklah senang mcm I, ada pendidikan lebih kurang I tetapi sentiasa solat di awal waktu.
Masa tu bakal suami I (ada duit minimum cukup utk sara isteri) dan sedang cuba membina kerjayanya
I xkisah apa orang kata tentang calon suami yang xberada mcm I
Rasa takut tu, ada juga bila nak masuk alam rumahtangga sebab I ni jenis sentiasa buat yang terbaik dan nak yang terbaik.
Risau sekiranya insan tersebut bukan seperti yang I impikan
Tapi, I memberanikan diri menjejak alam rumahtangga dengan harapan 100% pada Allah
Allah akan jaga I dan rumahtangga I…Yang penting I jaga hubungan I dengan Allah
Selepas kahwin, hidup I sangat berubah,
Suami I suka makan di rumah, dan I yang xsuka memasak, belajarlah memasak
Mcm2 lagi yang aku perlu sesuaikan dengan citarasa suami
Kehidupan yang banyak bersantai masa zaman single tu dah bye-bye
Alhamdulillah, Suami I lebih berjaya dan harta aku (xberkurang ye, Allah tambahkan lagi)
Episod bahagia, sedih, marah, geram bla2, memang ada
Itu adalah asam garam sebuah perkahwinan
I masih lagi belajar ilmu bab rumahtangga supaya tahu hak isteri, hak suami dan yang berkaitan Seperti pasangan lain, I sentiasa berdoa dan berusaha agar rumahtangga I ni kekal bahagia .
Mohon doakan ye sbb bukan mudah nak bahagia,…Dugaan tu memang ada..
Pesanan ringkas.
1. Gunakan masa single sis dengan sebaik-baiknya (Masa lapang sebelum sibuk)
2. Sentiasa positif dengan Allah…Allah sangat sayang sis…Allah akan beri yang terbaik untuk sis at the right time in His knowledge.
3. Teruskan berdoa dan berusaha dengan cara yang dibenarkan oleh Allah (sila rujuk ustaz atau ustazah untuk penjelasan lanjut)
4. Didoakan sis dipertemukan dengan insan soleh (yang menjaga solat 5 waktu) yang boleh membahagiakan sis di dunia dan akhirat.
Silap ni…orang laki kalau nak kawen dia x tgok achievement kau atau kau jemaah 5 waktu kat surau. Dia nak tgok kau cantik ke tak. Tu je. Melainkan kau nak kawen dgn biawak hidup.
Setuju. Lelaki ni mostly species yg “visual”. Mereka lebih tertarik pada paras rupa yg menawan. Yang cantik comel biasanya lebih cepat “laku” walaupun mungkin kerja biasa-biasa saja & tidak pula berharta.
Confessor ni dah ada kerjaya, rumah, kereta, boleh holiday.. sounds perfect. But what about your looks? Your BMI? Penampilan diri? Mungkin masih ada ruang yg boleh diperbaiki.
Semoga berjaya mendapat jodoh yg baik & dapat membina keluarga yg sakinah wamaddah. Till jannah.
Teruskan hidup beragama & bermaruah, bkn utk kawen, tp krn Allah.. Insha Allah jodohbyg baik, Allah akn beri awk.. dan jgn nk kawen semata2 nk elak soalan “bla nk kawen..” dari org lain.. minta maaf, ramai org skrg hanya nk kawen sbb cantik, kaya, ternama dsb., sbb tu ramai yg x kekal lma usia perkahwinan nya, sbb ada yg cantik, tp perangai n hatinya tak ‘cantik’ pulak, atau pon bila usia mningkat, diri tu dah x cantik mcm dlu, mngkin dah x kaya ir terkenal, mula lah suaminya ‘buat hal’ utk cari yg lbh cantik.. sbenarnya cantik tu relevan, berlainan persepsi utk setiap org.., sbb tu kdg2 kita tengok irg tu x cantik pon, ada org yg suka n kawen dgn dia.. mngkin dia setia dan hatinya baik.. dan sanggup mnerima seadanya.., so jadilah seorang yg cantik hati, budi & akhlak.., cantik fizikal tu ‘bonus’, klaw dapat yg sederhana pon ok, xlah org asyik pandang pasangan kita sbb kecantikannya.. doa bnyak2, klaw ada org2 yg bole dipercayai bole la minta nasihat or mintak kenalkan dgn org yg baik2.., klaw bole jgn berkenalan melalui ruangan ‘cari jodoh’ d media sosial.. mmg ada yg ‘ikhlas’ dan baik, tp takut terkena org yg hanya nk amk kesempatan ke aras awk, tambahla klaw dia tau yg awak dah ada kerja yg baik, rumah, kereta dsb., senangla dia bole “cuci kaki” je msuk ke rumah awk.. sekali lg, mohon petunjuk Allah utk dpt jodoh yg baik.. ustazah kta, “jgn doa utk dpt jodoh shj, tp doa la, klaw perkahwinan aku akn memberi natijah yg baik kpd diriku, pasanganku, kluarga kmi dan keturunan kmi, maka temukan la aku dgn jodoh yg baik..” perkawinan itu sesuatu yg baik utk diri n org lain. Klaw x bertemu jodoh pun xpe, teruskn berbuat baik dlm agama.. Imam Nawawi dlu juga x berkahwin, tp jasa nya kpd agama amat bnyak dan dikenang hingga ke akhirnya.. Allahu a’lam..
Aku laki baru bakal masuk 30 tahun depan.
Tak. Cik terlalu sempurna sampai lelaki macam saya takut nak jumpa.
Takut jatuh cinta dan terpaksa melepaskan kerana rasa diri tak sekufu.
Saya pernah cintakan seorang perempuan. Sangat cantik orangnya. Walaupun umurnya 4 tahun lebih tua daripada saya. Tetapi wajah dan seluruh penampilan si dia tampak remaja. Jika si dia ke sekolah menegah masih ramai remaja yang cuba memikat si dia.
Orangnya berkulit cerah sekilas pandang bagai celebrity Jepun dengan muka yang comel….. Tapi saya berasa rendah diri hingga over thinking bagaimana si dia boleh suka pada saya yang wajah Melayu biasa ini. Sampai saya lepaskan peluang satu satunya dan menyesal saat kini.
Saya ke utara ke selatan ke bumi Mekah ke luar negara. Tapi hati saya hanya untuk si dia
Saya berharap sangat jika si dia terbaca janganlah berkahwin.
Tunggu saya
Saya sedang siapkan diri untuk menjaga awak selamanya