Aku Nak Konvo Juga

Konvo dah nak dekat,tinggal beberapa jam je lagi.Gembira tengok kawan-kawan dah nak konvo,tiba-tiba terdetik di hati…“bila aku nak konvo ni?”…Kawan-kawan yang lain dah,aku bila lagi?

Kira-kira berapa lamakah lagi aku perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah ni?rasa lama sangat nak habis,cepat la habis.Rasa dah tak mampu dah ni nak tempoh alam pengajian.Mungkin ramai orang di luar sana berfikir,awat budak ni nak cepat habis belajar?orang lain bukan main berebut2 nak sambung belajar lah,yang dah habis belajar dan dah keja pun rasa nak belajar lagi.Budak ni pulak nak cepat2 habis.Tak kisah lah apa orang nak cakap, itu pendapat individu itu sendiri kita tak boleh nak halang diaorang nak berpendapat macam mana.Tapi bagi aku,aku dah tak sabar nak habis belajar.Sebab aku rasa, aku dah tak boleh dah nak hadap buku lama2,hadap esaimen yang bertimbun2 bagai lah,pi kelas pagi,petang ada tu sampai ke malam sebab perlu siapkan tugasan.Memang best jadi student ni,macam2 aktiviti kita boleh buat.Join tu join ni,dapat pelbagai lagi keistimewaan sebagai pelajar.Bila kita tanya diri kita balik,sampai bila nak jadi student?dari tadika ke sekolah rendah,naik sekolah menengah sambung pulak peringkat universiti.Berbelasan tahun aku memegang title pelajar ni.Aku dah tak sabar untuk menempuh ke alam lain pulak iaitu alam pekerjaan.Orang kata alam pekerjaan ni banyak cabaran.Tapi aku rasa,alam pembelajaran pun penuh cabaran jugak.Perlu susah payah nak dapatkan sekeping sijil tu tak payah cakap la,biar pun aku tak konvo lagi.Tapi perlu tempuh penat dan perih dulu la nak sampai ke tahap tu.

Ok berbalik cerita aku, pasal aku pun nak konvo jugak… “pasal apa nak konvo?” ..eh,aku pun konvo jugak lah! korang tau ke aku dah berapa lama tunggu saat tu?ok sini aku cerita,masuk tahun ni dah tahun ke-6 aku jadi pelajar di bawah naungan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,tu termasuk dengan asasi la.Aku pulak di jangka akan konvo pada tahun 2018, insyaAllah.Tambah tolak bahagi darab semua 8 tahun aku duk dalam uia ni.Orang kata sayang sangat ye ko kat uia?tak pun awat hang lama sangat nak habis belajar ni orang lain dah lama dah grad,hang bila?banyak lah lagi kata2 yang kurang sedap di dengar sampai dekat telinga aku ni.Tu aku tak kisah la,terserah dekat korang la nak cakap apa.Memang aku akui ,aku tak berapa pandai macam orang lain.Tu pun, tak tahu macam mana la aku boleh masuk uia ni,aku pun tak tahu.Mungkin rezeki Allah bagi ,wallahualam.Aku pernah terfikir “ kenapa apa yang aku nak tu tak dapat,tapi yang aku tak nak tu pulak yang aku dapat?”… ‘Allah berikan sesuatu yang bukan pilihan kita adalah mungkin yang terbaik untuk kita,dan tidak memberi yang kita kehendaki itu,sebab Dia tahu apa yang kita kehendaki itu tidak baik untuk kita’….Allah Maha Mengetahui. Sedangkan kita tidak.Allah Maha Kuasa. Allah berhak menentukan segala sesuatunya.Segala sesuatu yang Allah tentukan, pasti ada hikmahnya bagi kita.

Seperti dalam firman Allah:
”.….. karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak .”(QS. An Nissa [4] : 19

Benar lah semua itu,aku terima semua ini dengan hati yang terbuka.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
Sebab aku terima semua ni aku kena teruskan hidup aku sebagai pelajar uia yang masih berbaki 2 tahun lagi nak grad.Sepatotnya aku grad tahun 2017,tapi di sebabkan masalah peribadi aku terpaksa tunda satu tahun lagi.Tak tahu nak cakap la tu,nape perlu grad lama.Mungkin sebab kurang minat dalam bidang yang aku ambik sekarang ke apa.Atau dah tawar hati dah nak teruskan pembelajaran.Memang aku akui,bidang yang aku ambik ni agak susah sebab tak kena dengan jiwa.Tapi nak tak nak kena teruskan,sebab dah tak de pilihan lain dah.Tu jadi sangkut bagai tu..
Haaa bagi adik2 yang berniat nak masuk universiti.Pilih lah pilihan yang tepat, dan bidang yang betol2 adik2 minat dan adik2 mampu boleh teruskan dalam bidang tu.Jangan jadi macam aku ni.Dah separuh abad baru nak realize,dulu dah realize tpi ingat boleh lah bawak.Last2 terkapai2 di sungai uia yang banyak biawak ni.Saja nak bagitau adik2,dekat sungai uia ada banyak biawak.Heee,iklan jap.

Konvo,konvo,konvo…eeee,cepat la konvo.aku nak konvo! Sebenarnya nak cepat habis belajar je,hehehe.Dah tak tahan dah kena tocer nih.Maklum lah ambik jurusan design based kan.Memang dah lali la kena tocer bagai ni.Harap2 dapat survive sampai konvo lah.Sekarang memang berharap untuk survive je kat uia ni.Mohon doakan! Aku tak tau la camne la korang boleh survive sampai grad,mungkin perlu sedikit pengorbanan.Kalau aku,mungkin perlu banyak pengorbanan kot.Sebab perlu fight dgn diri sendiri untuk teruskan hidup di sini.Akhir kalam,pengorbanan itu memang perlu untuk merealisasikan impian kita.Semua berimpian untuk konvo,sama macam aku.Sempena majlis konvokesyen uia yang ke-32 tahun ni,aku nak ucapkan tahniah buat korang semua.You do deserve the best! Yang bakal grad,selamat bekerjaya buat korang,teruskan berbakti buat masyarakat dan tanah air.

– Aku pun nak konvo jugak!

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit