Aku Nak Kurus

Assalamualaikum sahabat IIUM Confession semua. Aku adalah salah seorang pengemar cerita di page ini. Terlalu banyak ilmu yang dikongsi. Tapi hari ini aku tidak menulis untuk mengupas isu yang ada dalam page ni.

Ya. Seperti yang tertera pada tajuk diatas. AKU NAK KURUS. Maaf kalau cerita aku ini agak panjang. Tapi ini sahajalah platform yang boleh aku gunakan untuk luahkan perasaan aku.

Aku seorang gadis yang baru sahaja mencecah awal 20-an. Ya, Masih muda remaja, Namun tubuh badan aku tidaklah menampakkan aku ini muda tapi tampak lebih tua dari usia.

Dahulu aku bukanlah gemuk seperti ini. Namun semenjak menyambung pelajaran di universiti di ibu negera, Aku dengan jayanya menambah berat badan aku berganda-ganda.

Sewaktu sekolah di akhir tingkatan lima, berat badan aku hanyalah 50kg sahaja, Masuk matrik berat badan aku naik mendadak menjadi 62kg,

Dan seterusnya ketika sambung degree berat badan aku mencecah 69kg dan sekarang mencecah 75kg dengan ketinggian aku yang hanya mencecah 159cm ini, memang kelihatan agak besar.

Bermacam cara sudah aku buat. Makan ubat kurus, tapi tidak pernah berhasil. Malah kalau aku tak makan nasi sekalipun berat badan aku tetap tidak turun.

Aku jadi stress, Aku jadi buntu. Orang-orang disekeliling aku sentiasa mengutuk aku, Memanggil aku dengan gelaran gemuk.

Ada kala kalau terjumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcik mereka akan direct tegur “Eh kamu ni lagi besar dari mama kamu”.

Sumpah, Demi Allah dengan kata-kata yang sedemikian rupanya menyebabkan saya rasa down dan sangat stress.

Malah ada ayat yang lagi pedih, “Kalau gemuk begini memanglah takde orang nak” sangat terpukul rasanya. Kejam sungguh kata-kata mereka.

Wahai manusia. Seandainya kalian tahu, bukan mudah untuk kuruskan berat badan, Aku tengah mencuba sedaya upaya, Tolong jangan musnahkan harapan aku dengan kata-kata keji dari mulut kalian.

Apa salahnya jika kalian mendoakan yang baik-baik. Seandainya kalian tahu orang yang berat badan berlebihan ini terlebih sensitif, kurang keyakinan.

Maka bantulah kami, Berilah aku ini semangat untuk kurus dan cantik seperti orang lain.

Aku mohon supaya admin siarkan luahan hati aku ini. Moga-moga pembaca-pembaca yang mempunyai pengalaman dari gemuk menjadi kurus boleh beri aku tunjuk ajar.

Akhir kalam, Aku mendoakan sesiapa sahaja yang membaca confession ni aku doakan agar kalian murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi keberkatan umur.

Yang benar,

– Si Gadis Chubby Yang Cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *